Chapter 42

97 8 0
                                    

Aya menatap Kayr sehingga tidak sedar air matanya sudah dikumpul pada kelopak mata yang lentik itu. Kayr menarik nafas dan senyum juga cuba untuk menahan diri daripada menangis

"Aku pun tak expect kita boleh jumpa lagi Aya, berpisah kerana ibu bapa memilih haluan masing-masing membuatkan aku kesal, aku kesal sebab tak rapat dan membukakan hati dengan lebih awal bila bersama kau... Kalau aku sebut nama kau waktu kecil dulu... mesti kau tanya kan nama aku waktu tu? so even kalau kita berpisah pun.. kita akan jumpa and cari each other tanpa ada masalah yang rumit sampai la ke hari ni"

"Tapi Allah dah susun jalan kita dengan lebih baik kan Kayr? Sejujurnya, aku rasa aku bersyukur sangat dapat kenal kau dengan secara tak sengaja bila dah besar ni (senyum) banyak hikmah yang aku dapat sepanjang kita bersama betul tak? terima kasih Kayr, buat aku percaya---"

"Jodoh tu wujud? jodoh tu memang wujud sejak dari kita lahir, itu apa yang aku percaya cuma lambat dan cepat je~ tengok lah kita tau tau jumpa balik hehehe"

Aya hanya senyum dan tidak mahu melawan lagi, aku bagi peluang la kau angau kali ni Kayr. Aya melihat kepada pergelangan tangannya, Kayr juga turut ikut pergerakan Aya. Kayr angkat kening dan berkata

"Kau dah mula pakai balik ya gelang aku bagi?"

"erm, sekarang aku percaya maksud gelang ni. Kalau bukan disebabkan apa yang terjadi dekat Korea, aku rasa sampai sekarang aku takkan pakai ahhahaha"

"Itulah kau aku cakap tak nak caye~ tu nasib baik lah Allah sayang kau sangat-sangat sebab dia gerakkan hati si Zarif untuk tidak meneruskan rancangan bodoh dia dengan arwah Dania tu"

Aya angguk dengan sangat setuju. Dia menghembuskan nafas yang lega lalu menatap Kayr semula. Kayr juga menatapnya dengan penuh rasa cinta

"Terima kasih Kayr, terima kasih sebab sentiasa menjadi pelindung aku, perisai aku. Kau tak pernah tipu bahawa kau takkan pergi selagi Allah tak arahkan malaikat tarik nyawa kau. Sekarang aku betul-betul hadam ayat tu. Terima kasih Al-Kayr, sebab hadir dalam hidup aku"

"Terima kasih juga menjadi permata yang sangat bersinar dalam hidup aku, kau lah permata yang paling penting dalam hidup aku jadi aku akan sedaya-upaya untuk melindunginya seperti yang telah aku nasarkan dalam diri Aya"

Aya senyum dan menunjukkan tanda bagus. Aya bangun dan melihat jam di tangannya. Kayr turut bangun dan menyimpan semua barang yang bersepah

"Aku dah nak kena balik ni, kerja pun aku dah siap and mak cik mesti risau even aku dah maklum kat dia"

"Okaylah kalau macam tu biar aku yang hantar, jap aku nak kemas-kemas barang aku"

Aya angguk dengan teruja dan keluar dari bilik Kayr terlompat-lompat menuju ke mejanya untuk mengambil beg silang yang dibawanya

Kayr ketawa kecil melihat kecomelan Aya yang tak pernah pudar. Kayr menutup semua suiz dan lampu, selesai semua itu dia dan Aya menuju ke lift untuk pergi ke tempat parkir kereta

"Oh ya kenapa kau cakap mak kau hilang? Selain dari aku yang berpisah dengan kau.. mak kau pun turut ikut ke? takdelah aku bukan apa, pada hari kejadian... aku perasan mak kau masih bersama kau. Dia melarikan kau, bawa kau arah berlawanan dengan ayah aku"

"Well lepas larikan diri bersama aku, dia lari sorang pula. Katanya nak keluar kejap... sebab tu la sekarang aku tinggal dengan mak cik. Mama hantar aku dekat mak cik tau tau je accident kereta terbabas"

Kayr terkejut dan terhenti. Kayr menelan air liur lalu menoleh ke arah Aya. Aya hairan lalu menatap Kayr dengan penuh soalan

"Kenapa? Kau simpati ke? tak payah lah risau benda dah lama~ lagipun aku dah redha, kalau sedih lama-lama nanti jadi sia-sia je hajat mama yang nak aku hidup selama ni"

"Be-- betul juga kan? Ha ye lah jom la aku hantar kau balik sekarang, dah lewat ni"

Aya angguk dengan senyuman yang teruja dan sangat manis. Pintu kereta Aya dibuka oleh Kayr seperti biasa. Aya naik dengan penuh rasa senang hati setelah melepaskan segalanya serta belajar dan tahu sesuatu yang baru hari ni

---

(Tok Tok!)

Siapa pula yang kacau hari cuti aku ni? Petang-petang gini elok buat hal sendiri tapi yang ketuk pintu rumah ni agak aneh ya,
Aya membuka pintu dan mengeluh

"Tak lain tak bukan kau lah yang aneh tu ya? Tengku Abu Al-Kayr"

Kayr menayangkan senyuman yang lebar, Kayr memberikan sejambak bunga rose kepada Aya. Aya ambil dengan senyuman, nasib ada hadiah. Kalau dia datang dengan tujuan nak annoyingkan aku lagi sekali memang aku halau, sepak bontot dia lagi kuat.

"Jom ikut aku pergi satu tempat jap"

"Pergi mana?"

"Tempat tu kita main basikal, taman tepi tasik? Alaaah ikut je la lagipun bukannya kau buat apa pun kan? Baik buat kerja faedah sikit, terdedah dengan cahaya matahari baru lah sihat!"

Haih, dia nak kata aku tak sihat ke sekarang ni? Aya tenung Kayr yang semangat itu dengan sangat lama. Aya akhirnya mengalah dan angguk terus menyuruh Kayr menunggu di dalam kereta dan memberikan masa untuk dia bersiap. Kayr setuju dan menunggu seperti diarahkan

(Di taman)

Kayr menyewa dua basikal untuk ditunggang pada hari tersebut. Sebelum bergerak, Kayr menyilangkan beg milik Aya yang membawa semua barang peribadinya bersama bunga ros yang diberi Kayr.

Mereka memandang satu sama lain dan angguk. Selang beberapa saat, mereka mula berlumba menunggang

"Oii jangan laju-laju sangat" - Kayr

"Lemah lah Kayr, kata stamina kuat kantoi ah kau pun jarang terdedah cahaya matahari"

Kayr ketawa tetapi berhasil melepasi Aya. Aya tidak mengalah dan masih mengejar Kayr dari belakang. Senyuman yang terukir di bibir kau membuatkan aku lega Aya, aku lega sebab kau disusun untuk jumpa dengan aku

Setelah beberapa minit mengayuh, Aya menjadi penat lalu berhenti. Kayr berhenti di sebelahnya dan menyuruh Aya tahan sikit lagi. Tempat berhenti dan berehat berada di depan.

"Tapi aku dah tak tahan!! Aku nak air, air mana air huaaa"

"Hang sabaq! Lekaih kita sambung sikit ja lagi Aya!! Jommm"

Aya mengeluh dan ikut Kayr yang sudah maju ke hadapan. Tidak lama kemudian, betul. Tempat berehat yang diberitahu Kayr memang wujud. Wujud dengan cantik sekali

"Taadaaaa suprise~"

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now