Aya dihantar ke hospital pergi ke wad kecemasan. Perry berasa sangat risau lalu menelefon Kayr tetapi tidak dijawab malah dimatikan telefon. Perry menggenggam telefonnya
Setelah beberapa minit, Aya sedar daripada pengsan dan terus bangun daripada katil. Perry terus bergegas bersama dokter namun Aya masih mamai dan mahu mencari Kayr
“Suami saya tengah tunggu saya"
“Puan, puan kena rehat tak baik untuk kandungan puan tu"
“KAYR TETAP PERLUKAN AKU! AKU NAK PERGI DEKAT DIA"
Nurse cuba menenangkan Aya yang menangis meronta-ronta dan akhirnya berjaya. Aya menundukkan kepala dengan sayu manakala Perry mengeluh dan terus memaling kepada doktor yang menggelengkan kepala
“Doktor boleh bagitahu sekarang, Puan Aya perlu tahu sendiri sebab suami dia tak angkat ni call saya”
“haih... Puan Aya awak okay ke? tapi benda ni tak ada apa-apa pun just saya takut... awak tertekan je”
Aya memandang kepada doktor kemudian kepada semua orang yang mengelilinginya. Aya memandang perutnya dan menggelengkan kepala sambil menahan air mata
“Tak ada apa yang terjadi dekat baby saya kan?! Tolong la ini satu-satunya harta paling bahagia buat kami! tolongg"
“Puan Aya bawak bertenang, jangan risau kandungan puan selamat diselamatkan cuma ini sebagai amaran. Puan tak boleh terlampau lasak sebab antibodi untuk menampung berat badan tidak mencukupi... dan saya takut baby akan effect lagi dan kalau terjadi lagi kemungkinan... baby pun tak ada”
Aya dan Perry terkedu lalu terkaku. Nafas mereka terhenti seperti dicabut nyawa buat seketika. Aya mengalirkan air mata lalu mengusap perut dengan lembut bersama-sama senyuman yang terukir di bibir
“Baby mama kuat... and disebabkan kita berdua kuat, kita kena tolong papa. Papa perlukan kita”
Perry dan lain-lain tidak sanggup melihat Aya yang bersedih merindui Kayr. Perry pun terkejut ini kali pertama Kayr lari dengan mengejut serta tidak menjawab panggilannya
“Betul tak dapat cari Kayr? yakin dia tak balik ke Perry?"
“Maaf Puan tapi... telefon Tuan Kayr dimatikan"
Aya memejamkan matanya. Aya mengusap perut dengan lembut. Aku tahu Kayr... Aku tahu kau rasa bersalah atas semua ni, tapi ini bukan salah kau.. kau tak ada kaitan dengan semua ni kau tetap suami aku! Datang la balik Kayr
Kayr sekarang setelah beredar dari rumah menggunakan motorbike, dia buat keputusan untuk balik ke rumah semula. Sejujurnya aku malu, aku malu dilahirkan oleh keturunan yang jijik macam ni... keturunan pembunuh! Tapi aku dah tak ada tempat lain selain rumah
“Balik lah Kayr... Tuhan pun rindu kau”
Suara kecil itu sering berbisik di dalam lubuk hati aku, dah lama dah aku ronda-ronda... bawa laju-laju and lepak pantai tapi tak ada satu pun yang tenang... mungkin aku kena balik rumah? Tapi aku malu Ya Tuhan... aku mempunyai darah pembunuh! Aku pembunuh Ya Allah..
“Aku darah pembunuh sampaikan aku bunuh diri aku yang kuat dulu”
Kayr akhirnya sampai di rumah. Dia bergegas masuk ke dalam bilik. Dia menarik nafas lalu pergi ke bilik air. Kayr menangis sambil mengambil air wuduk
Jam menunjukkan sekarang pukul 5, Aya akhirnya boleh balik dan menuju ke rumah. Aya sampai di rumah dan tersenyum lebar. Turun je dari kereta Perry, Aya terus bergegas masuk ke bilik hanya untuk nampak
“Ya Allah... aku seorang pendosa ya Allah, aku pembunuh! Aku mempunyai darah pembunuh.. Keturunan aku sudah bunuh keturunan dia, Ya Allah sungguh aku malu! Aku jijik dengan diri sendiri.. aku selalu lindungi dia dan berlagak baik tapi sedangkan aku sendiri ialah penyebab segalanya... kau ampunkan dosa aku ya Allah, aku seorang suami yang tidak bertanggungjawab, aku dayus! Aku hina ya Allah ampunkan aku, permudahkan masalah aku... Aku betul sayangkan dia ya Allah, aku tak mahu berpisah dengannya namun jika kami harus berpisah jua, pisahkan kami dengan cara yang paling terbaik buatmu Ya Allah. Berilah aku peluang buat kali terakhir untuk menjadi perisainya, ampunkan dosaku Ya Allah.... "
Aya menangis dan menghampiri Kayr yang juga menangis sambil berdoa akan masalahnya. Aya memeluk Kayr dari belakang, Tangan Kayr masih menadah manakala matanya dipejam
“Abang tak salah... abang tak jijik lagipun Aya dah lama maafkan semua orang, maafkan ibu... Aya sayang ibu, Aya sayang abang.. abang Aya tak nak berpisah dengan abang”
Kayr masih tidak menurunkan tangan dan berdiam diri. Aya memeluk Kayr dengan erat dan mengusap tangan Kayr dengan lembut
“Past biarlah past, jom kita fokus ke depan sama-sama cari jalan baru abang... Abang pun dah bernasar, berjanji dengan Aya kan? Kita akan hidup sama-sama and jaga baby ni sama-sama kan? Abang dah janji nak jadi perisai terkuat Aya... please jangan tinggalkan Aya.. Abang tak salah.. Al-Kayr tak salah”
“Abang minta maaf Aya... Dari pihak ibu atau lain-lain yang pernah menyakiti Aya dan sekeluarga termasuk arwah mama dan papa Aya”
Aya angguk dan mereka menghadap satu sama lain. Kayr mengucup dahi Aya kemudian mereka menatap mata masing-masing. Mereka senyum dan ketawa kecil lalu menggeselkan dahi bersama
“Aya sayang abang"
“Daripada first day kita jumpa, sama ada kita kecil atau di era ini.. sayang abang pada Aya tak pernah ubah. Yang ada dalam hati abang ni, yang pegang dan memiliki ni tak lain tak bukan hanya Nur Ayasya Amirah bin Mohamad Fateh sahaja.. Abang pun sayang Aya, terima kasih sebab tercipta dan hadir dalam hidup abang.. you're my favorite Bijou, anugerah till the day i die”
Mereka senyum satu sama lain dan memeluk erat. Seminggu telah berlalu perkara tersebut. Kayr mengambil cakna untuk lebih berhati-hati mulai sekarang. Dia lebih bersiap sedia untuk menjaga Aya
Clara dan Haqeel pula, selepas membuat perkara ehem sebelum nikah itu (jangan tiru), hubungan mereka bertambah lagi baik. Clara berasa selamat di samping Haqeel yang berwibawa
(Di dalam kereta)
“(mengusap tangan Clara dengan lembut) Clara... you jangan risau, selagi I ada... Keselamatan you akan terselamat, I akan jaga you dan percaya you sampai kita selesaikan semua ni.. I janji lepas settel semua ni, kita kahwin ye?”
“Betul you nak kahwin dengan i? You tak rasa beban ke?"
“Iye sayang... I sayang you sangat-sangat, I janji I akan realisasikan impian kita satu hari nanti"
Clara senyum bersama Haqeel. Jalan jem namun mereka tidak bosan menatap satu sama lain. Tiba-tiba terdapat motorbike yang mempunyai penumpang di belakangnya berhenti. Clara yang pandang ke sebelah tingkap Haqeel keliru
“Kenapa dia tak jalan terus tunggu kat depan? Kenapa dia berhenti--"
*BANG BANG BANG!
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...