2024Nayla Maliysa sedang mengemas barang-barang nenda nya di bilik itu selepas 3 hari terpuruk di dalam biliknya. Nendanya meninggal dunia 3 hari sebelum hari lahirnya yang ke 21 tahun iaitu hari ini.
Sedih di lubuk hati dan jiwanya tiada siapa yang mengetahui akan perasaan itu kerana dia sangat sayang akan nendanya dan dia juga yang paling dikasihi nendanya. Lepas ni, dia akan merindui suara yang memanggilnya ‘Puteri’.
Tengah membokar dan menyusun semua barang nendanya di dalam almari, Nayla ternampak ada satu kotak yang dibalut dengan warna kain keemasan. Lalu dia mengambilnya dan membuka balutan tersebut.
Suatu kotak hitam dan dan agak berhabuk sikit itu dipandang dengan penuh curiga. Namun sebelum Nayla membuka kotak itu, mamanya menyergahnya hingga membuatnya terkejut.
“Apa mommy ni…terkejut lah”
Puan Rania menertawakan anaknya sekejap lalu duduk di sebelah anaknya. Dia terpandang kotak hitam yang di pegang oleh Nayla.
“Oh Nayla dah jumpa kotak tu….konon nak beri masa makan malam nanti selepas your birthday” kata Puan Rania sambil melihat anaknya. Nayla mengerut kan dahinya.
“Napa pulak mommy nak beri arah Nayla? Kan ni barang nenda…” jawab Nayla polos.
“Hmmm nenda kamu punya pesanan terakhir nya, dia nak bagi kamu kotak tu sebagai kenangan dan ada something special yang nenda nak kamu tahu”
“Something special? Hmm nak bukak lah—“
“Eyh jangan dulu, nanti lepas makan malam ke kamu nak buka pun buka lah cuma jangan sekarang ye” pesan mamanya.
“Okay mommy, later je lah kalau macamtu….Nayla nak sambung kemas dulu ye”
Puan Rania mengangguk saja dan terus keluar dari bilik itu untuk memberi ruang Nayla menyambung kemas-kemas.
*****
Selesai makan malam di luar, Nayla terus masuk bilik nya kerana dia ingin mandi dulu sebelum tidur. Selepas mandi, dia membuka phone nya sekejap melihat message kawan-kawannya yang mengucap hari lahirnya.
Dia hanya senyum sekilas sebelum teringat yang dia sepatutnya membuka kotak hitam itu. Lalu dia memandang kotak hitam di atas meja soleknya itu tapi dia hanya menggelengkan kepala nya saja.
“Esok sajalah, penat sangat badan aku hari ni.” Selepas dia bertutur, dia terus tutup phone nya dan tidur dalam keadaannya yang sungguh lelah itu.
*****
Pada keesokan harinya, dia bangun dan terus mandi supaya menyegarkan mata dan minda nya di pagi hari. Selesai mandi, dia turun untuk bersarapan dengan keluarganya.
Melihat daddy nya dan abangnya hendak pergi ke office, dia turut pergi menyalam kedua insan itu. Lalu Nayla dan mommynya melambai mereka sampai hilang kelibat mereka.
“Mommy pergi naik atas dulu ye, lenguh badan mommy lepas memasak tadi. Saja menolong bibik Yuna tu”.
“Okay mommy, bye” lambai Nayla ke arah mommy nya yang sedang menaiki tangga itu.
‘Klau macam tu aku pun lah, nak tengok juga apa yang ada di dalam kotak hitam tu’ monolog Nayla lalu dia juga pergi naik keatas.
*****
Selepas dia masuk bilik, dia terus mengambil kotak hitam itu. Apabila dia melihat isi dalamnya, tubir matanya terasa hangat sekali.
Semuanya adalah gambar nendanya semasa zaman mudanya dan juga gambar perkahwinan nenda dan atoknya.
Dia terharu melihat semua kenangan manis ini, macam terasa berada zaman dahulu kala pulak. Dia tertawa sendirian sambil membokar semua gambar-gambar itu namun dia ternampak ada satu buku lama dibawahnya.
Nayla mengambil dan melihat nama tajuk buku itu. ‘Hikayat Cinta Paspuri’ telah menjadi tajuk buku itu. Nayla rasa ingin tahu itu semakin membuak-buak lalu dia membuka buku itu.
Semua rangka-rangka tulisan dan kertas lama itu membuatkan Nayla berfikir ini adalah tulisan nendanya dan cerita yang di dalamnya adalah hasil rekaan nendanya sendiri. Nayla juga baru teringat bahawa nendanya dulu suka menulis namun tidak sempat hendak mengeluarkan buku. Mungkin yang dipegangnya sekarang inilah yang ‘buku’ itu.
Nayla terus membaca buku itu kerana rasa ingin tahunya terhadap isi cerita itu.
“Bismillahirrahmanirrahim…..”
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...