Kini, mereka sudah selamat tiba di rumah mak Lela. Shah menyandar badannya di sofa dalam ruang tamu itu manakala Intan terus pergi masuk ke dalam biliknya untuk mengambil tuala dan pergi mandi.Tadi…
Tadi selepas adegan kejar-mengejar mereka, barulah mereka terdengar bunyi orang-orang kampun menyebut nama mereka.Akhirnya barulah mereka menyahut juga hingga orang-orang kampong itu menjumpai mereka yang berada di hadapan air terjun.
Apabila mereka bertanyakan kepada orang-orang kampong itu mereka berada di mana, rupa-rupanya mereka tidaklah jauh sangat dan hanya memerlukan 30 minit untuk pergi ke tempat mereka itu. Intan pula hanya menjeling Shah manakala Shah pula abaikan jelingan maut Intan.
Mak Lela pula terus memeluk mereka berdua kerana khuatir akan mereka. Dia fikir mereka sudah tiada kerana dihanyut sungai deras kelemarin atau mungkin dibaham binatang buas. Tetapi syukurnya dia terhadap Illahi kerana membantu mereka disaat darurat begini.
Sekarang…
Selesai saja mandi dan memakai pakaiannya, Intan dipanggil oleh mak Lela keluar dari biliknya untuk membincangkan perihal semalam itu. Sekarang Shah dan Intan duduk berdapanan dan samping kanan Shah dan kiri Intan ialah mak Lela.
“Apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa boleh kamu berdua hanyut hingga sungai yang jauh sana?” soal mak Lela.
“Begini mak, Intan tu dia pergi membasuh pakaiannya di hujung sungai tu lepas itu bila kami nak beredar, tiba-tiba pula air sungai tu deras dan terkena kaki Intan. Dia pula sedikit lagi tergelincir lah mak pastu elok-elok Shah dah tarik dia , tak sedar kitaorang tergelincir juga masuk dalam air sungai tu dan hanyut lah sampai ke sungai jauh sana” terang Shah.
Intan yang mendengar itu separa bersetuju dengan keterangan Shah lebih-lebih lagi fasal mereka nak beredar itu. Hrmp! Sungguh tak benar lah si Shah ni, dia yang buat aku terkejut sebab sergahannya alih-alih dia pulak putar belit sedikit cerita itu.
“Pastu, kamu berdua bermalam di sungai hujung sana?” Shah dan Intan anggukkan kepala mereka. Mak Lela sambung lagi, “Kamu berdua bermalam di sana ada makan tak? Makanan apa?”
“Ada mak, Shah sendiri tangkap ikan di sungai tu dan membakarkan ikan-ikan tu atas kayu api yang Shah buat. Pastu untuk sarapan pagi tadi kitaorang hanya makan buah-buahan je lah mak”
“Hmm faham-faham. Lain kali berhati-hati ya. Kamu berdua ni tanggungjawab mak tahu? Intan, kamu tu anak dara orang dan kamu berkerja dibawah kami jadi memang segala keselamatan dan tanggungan kamu, mak yang bertanggungjawab dan hah kamu Shah, kamu tu hanya tinggal satu-satunya permata sulung mak di dunia ni jadi memang kamu pun jadi tanggungjawab mak”
Shah dan Intan hanya menganggukkan kepala. Intan merasa kerisauan di nada mak Lela terhadap Shah itu. Yelah Shah saja yang dia ada di dalam keluarga dunianya ini.
“Dah kamu pergi mandi Shah dan Intan kamu berehat saja di bilik. Biar mak saja yang memasak untuk kita makan tengahari ni ye?”
Intan dan Shah turut saja perintah mak Lela dan pergi ke tempat yang dituju itu manakala mak Lela pun terus mengeluarkan bahan-bahan masakan untuk makanan tengahari mereka.
*****
Selesai saja makan tengahari, Intan pergi ke luar rumah untuk menyidai pakaian-pakaian basahnya. Setelah itu, dia pergi kearah ayam-ayam mak Lela untuk memberi mereka makan tengahari pula iaitu sama saja bertih jagung.
“Alahaii, baru saja tinggalkan kamu semalam dah rindu pulak dengan kamu ayam-ayam…..macam mana nanti kalau aku dah balik negeri sebelah hm?” sambil tersengih Intan menyoal kearah ayam-ayam itu.
“Dah tu, janganlah pergi…menetap je dekat sini. Berdengan lah juga mak aku tu di rumah” sampuk Shah dari belakang. Intan segera menoleh kearah Shah.
“Apa? Menetap? Mana boleh awak, kan kerja saya hanya untuk beberapa bulan saja di sini. Lagipun saya bukan siapa-siapa untuk terus menetap di rumah sedang besar ni”
“Jadi, kau sambung je lah kerja kau tu sampai beberapa lamanya…jangan risau aku akan bagi duit lebih dekat kau dan apa tadi? Bukan siapa-siapa? Mana ada orang peduli kau tu siapa-siapa atau bukan siapa-siapa pun” desak Shah lagi. Diam-diam ubi berisi dia ni!
“Awak…saya kan ada keluarga di negeri sebelah tu untuk ditanggung segala nafkahnya. Bukanlah saya kata yang ayah saya tu tidak mencari nafkah untuk kami , dia tetap membagi kami nafkah tu tetapi saya semakin kesian dekat ayah dan mak yang menanggung kami ni lebih-lebih lagi mereka semakin dijemput usia. Jadi saya sebagai anak sulung cubalah membantu mereka walaupun hanya sedikit saja”
Shah tersenyum mendengarkan itu namun cepat-cepat dia menepis.Shah mengeluh, “Hmm manasajalah kau….tapi ingat Intan, kalau kau nak sambung berkerja dekat sini, kami tetap akan terima kau menjadi pembantu rumah kami semula.”
“…….dan mudahan kau belum berpunya pada masa tu…sebab aku dah mula sukakan kau Intan” dia hanya dapat meluahkan ayat itu dalam hatinya. Kemudian Shah pun terus memasuki rumah itu meninggalkan Intan yang terpinga-pinga diluar kerana bingung dengan sikap memaksa Shah petang itu.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...