Bab 29 ✨

45 22 0
                                    


Selama seminggu selepas kejadian luahan hati itu, mereka banyak meluangkan masa bersama-sama sebagai pasangan kekasih. Mereka pergi di pelbagai tempat sehingga lepas solat maghrib ataupun larut malam kadang-kadang.

Mak Lela pula masih tidak tahu akan perkara dimana mereka telah menjadi pasangan kekasih itu. Namun dengan ada firasatnya sebagai ibu, dia senang saja mengetahui yang mereka sudah dilamun cinta.

Ini disebabkan asal saja mereka melintasi sesama sendiri, mereka akan tersenyum sendiri malah lebih banyak meluangkan masa berbanding sebelum ini mereka itu seperti anjing dengan kucing.

Kini, mak Lela sedang menunggu mereka balik dari pertunjukkan yang baru dilaksanakan baru-baru ini. Tidak tenteram hatinya selagi dia belum memberitahu mereka perkara yang sebenar lebih-lebih lagi Shah.

Sebaliknya pula, kini Intan dan Shah sedang menuju jalan balik ke rumah sambil bergelak ketawa sesama sendiri. Mana tidak nya, mereka bahagia sudah dapat cincin janji sebagai tanda pasangan kekasih dari kedai gelang haritu.

Setelah mereka sampai, mereka memasuki rumah itu dengan wajah gembira namun bertukar menjadi wajah rasa bersalah apabila melihat mak Lela yang sudah lama menunggu mereka.

“Assalamualaikum mak” Mereka berdua menyalam tangan tua mak Lela sambil duduk bertentangan dengan mak Lela. Mak Lela menjawab salam dan melirik kearah jari mereka yang dihias dengan cincin tadi.

“Waalaikumsalam, cantik cincin kamu Intan, Shah. Tidak pernah lagi mak melihat kamu memakai cincin, Shah?”

Intan dan Shah lekas-lekas menutup tangan mereka dari pandangan mak Lela. Shah sengih saja lalu berkata, “Apa ada mak tunggu kami? Ada hal terjadi ke?”

“Tak ada apa lah, mak saja tunggu kamu berdua sebab mak ada ingin menanyakan kepada kamu”

“Apa dia mak?” Shah dan Intan bimbang dan cemas terhadap apa yang mak Lela ingin ungkapkan. Mak Lela melihat mereka berdua dulu sebelum mengeluh.

“Kamu berdua ni bercinta ke? Sejak bila? Kenapa tak beritahu mak?”
Intan dan Shah memandang sesama sendiri, terkejut dengan pertanyaan mak Lela. Shah menunduk dan mengeluh sebentar sebelum menjawab.

“Haah mak, kitaorang bercinta sejak seminggu yang lalu….kami belum bersedia mahu beritahu mak takut mak tak restu dengan perkara ni. Maafkan Shah dan Intan mak”

Mak Lela menggelengkan kepalanya kesal lalu berkata, “Kamu seharusnya beritahu mak awal-awal lagi…sudah mak tanya baru kamu beritahu…kalau tidak sampai kesudah mak tak tahu perkara ni”

Intan dan Shah menunduk kesal dengan perbuatan mereka. Mak Lela berdiri dan mengeluh lalu berkata, “Dah, pergi mandi dan solat. Selepas itu, mak nak jumpa kamu seorang demi seorang”

Shah dan Intan menjadi takut dengan nada mak Lela itu namun mereka turuti saja arahan dari mak Lela itu.

*****

Selesai saja mandi dan solat, Shah pergi ke ruang tamu untuk berjumpa dengan mak nya. Namun apabila dia tiba, mak nya tidak kelihatan. Rupa-rupanya mak nya sedang duduk di kerusi kayu panjang di luar rumah.

Kemudian Shah pun pergi kearah mak nya dan duduk bersebelahan dengannya. Mereka masing-masing hanya berdiam diri sebelum mak Lela yang terlebih dahulu membuka mulut.

“Shah…mak ada nak beritahu kamu tapi mak tak tahu hendak mula dari mana” mak Lela mengeluh. Shah memerhatikan maknya disebelah itu.

“Kenapa mak? Cakap je lah, Shah dengar luahan mak”

“Sebenarnya…Intan tu ialah anak kepada raja kita, Raja Mahapuri Agong dan waris takhta sebenar selepas raja kita, Shah”

Dengan itu, dunia Shah tiba-tiba berputar dengan sangat laju hingga membuatnya pening dan bingung selepas mendengar perkara yang baru diungkapkan oleh maknya.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now