Bab 17 ✨

52 29 0
                                    


Keesokan harinya, Intan terbangun selepas terdengar bunyi bunyi seperti air yang disimbah. Dia pun bangun dan memakai tudungnya sebelum dia keluar dari biliknya. Apabila dia keluar, dia merasa bahawa kakinya itu basah.

Lalu dia tunduk jugalah ingin melihat, rupa-rupanya kesan basah itu disebabkan ada air yang tumpah. Namun bukan di tempat itu saja, malah ada juga sedikit terkena di ruang tamu dan juga di bahagian dapur.

Dia tidak tahu apa yang terjadi maka dia pun pergi ingin menanyakan mak Lela. Semasa dia di dapur, dia melihat mak Lela yang memberi arahan kepada Shah untuk letak 2 baldi besar itu di luar rumah manakala 1 lagi diletakkan di dalam rumah dan 1 di bilik air.

“Mak, maaf bangun akhir tapi apa yang terjadi mak? Habis basah lantai di dalam itu terkena air” soal Intan polos. Mak Lela yang sedang memberi arahan itu segera menoleh kepada Intan lalu menggeleng.

“Entah lah nak, mungkin selepas kita bersarapan tadi, alat beberapa minit, air pula tutup. Sebabtu ramai orang masa ini sedang mengambil air dari sungai. Tu yang mak suruh Shah ni ambil air tu sekali” terang mak lela.

“Laah, kenapa tak kejut je Intan? Dapat Intan tolong dia tadi. Sian dia keberatan seorang”

“Tak usah lah Intan. Dia tu sudah biasa kerja lasak, setakat berat 5 baldi besar itu belum lagi lenguh sangat badan dia itu” yakin mak Lela. Dia tengok Shah yang berdiri merenggangkan pinggangnya itu hanya mampu kesiankan dia.

“Dah jom, kita pergi kupas bawang-bawang apa semua untuk masak makanan tengahari ini” arah mak Lela sambil menuju kearah bakul bawang-bawang tersebut. Intan pula hanya mengangguk lalu mengikut mak Lela.

*****

Selepas sahaja mereka makan tengahari, Intan pergi membasuh segala pinggan dan mangkuk di luar rumah kerana 1 baldi di dapur itu hanya untuk membasuh yang sedikit saja.

Lalu apabila sudah siap membasuh, dia pergi masuk ke dalam biliknya ingin mengambil pakaian-pakaiannya yang sudah di pakai itu untuk di basuh pula.

Apabila dia sampai di bilik air, air yang di dalam 2 baldi besar itu hanya tinggal sedikit mungkin di sebabkan Shah yang mandi lagi sekali tadi.

Dia mengeluh, akhirnya terpaksa juga dia pergi ke sungai untuk membasuh segala pakaiannya itu dan juga mengambil air sekali untuk mengisi semula baldi di bilik air itu.

Intan mengangkat semula pakaian-pakaiannya itu dan di masukkan ke dalam satu kain sarong dan diikat. Namun apabila dia melintasi ruang tamu, mak Lela dan juga Shah ada di sana sedang berbual.

“Aik kamu nak pergi mana Intan? Dengan kain sarong atas bahu dan baldi besar tu nak buat apa?” tanya mak Lela sambil mengerutkan dahi. Shah juga kebingungan kenapa Intan ni bawa kain sarong itu persis sarong guni di bahunya dan jangan lupa baldi besar tu juga.

“Ohh ni mak, Intan nak pergi sungai sekejap untuk membasuh pakaian-pakaian dan juga mengambil air untuk mengisi semula air di bilik air tu”

“Dah habis ke? Uii sekejap nya air tu habis. Kamu lah ni Shah!” Habis Shah dibantai oleh maknya manakala Shah pula hanya pasrah dengan bebelan maknya.

“Ni kamu seorang je ke Intan? Mana boleh macamtu. Hah Shah apa lagi?  Ikut dia sekali, tolong tunjukkan jalan sungai dan ambil air itu juga. Dia tu perempuan lebih-lebih lagi tanggungjawab kita” arah mak Lela.

Shah mengeluh sahaja lalu menurut juga sambil mengambil baldi yang berada di tangan Intan itu dengan kuat. Intan pula terus memberi salam kepada mak Lela barulah dia bergegas mengikuti jejak Shah yang sudah dihadapan itu.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now