Bab 53 ✨

32 17 0
                                    


Kini, Shah dan Intan berada di ruang tempat makanan. Shah sedang menunggu Intan yang masih memilih makanan-makanan di situ sejak tadi lagi.

Shah menggeleng melihat makanan-makanan yang ada di pinggan Intan itu. “Sudahlah Intan, banyak sangat tu…nanti tak habis, siapa yang nak habiskan?” Intan menoleh kearah Shah lalu menjelingnya.

“Fasal makanan jangan persoalkan eh…lagipun awak kan ada?” Intan mengambil satu lagi kuih. “Dah mari kita duduk sana” Mereka bersama-sama pergi kearah tempat duduk dan meja kerabat diraja.

Intan senyum kearah ayahandanya dan Raja Sakara. Putera Saqeef tidak kelihatan di meja santap itu. Lalu Intan duduk bersebelahan ayahandannya sambil mencuit lengan Shah untuk duduk juga namun Shah hanya menggeleng.

“Duduk saja lah Shah, tidak apa” arah baginda. Kemudian Shah pun duduk bersebelahan Intan. Shah hanya memerhatikan Intan yang memakan makanannya dengan cepat sekali.

“Kau ni Intan, makan macam kebulur beberapa hari sangat dah kenapa?” bisik Shah. Intan menoleh kearahnya lalu tersenyum malu.

“Yelah, saya tak makan banyak pagi tadi tu yang lapar sangat awak..” ujar Intan. Shah hanya mengangguk lalu berkata, “Hm apa-apa je lah, ni nanti ikut aku tahu…aku nak tunjukkan kau sesuatu”

Intan mengangkat keningnya, “Apa dia?” Shah menjelingnya, “Kalau aku bagitahu kau, bukanlah namanya kejutan dan memang dari awal aku bagitahu kau..” Intan tersengih saja.

“Sambung je makan kau Intan, jangan lupa bersihkan bibir kau tu….comot dah” Shah mengambil tisu di meja lalu dihulurkan kepada Intan. Intan mengambil lalu dia cuba bersihkan.

“Bukan sana” “Atas sikit” “Bawah sikit” arahan Shah itu membangkitkan kemarahan Intan. “Ish awak ni! Cuba cakap betul-betul mana satu yang comot tu” Shah terkilan apabila dia dimarah begitu.

“Laah aku pula dipersalahkan? Hm, minta tisu tu, aku je yang bersihkan..” Shah mengambil tisu itu dari tangan Intan. Lalu dia bersihkan tepi bibir Intan yang comot tu. “Macam budak lah kau ni, comot betul nasib comel” bisik Shah.

Intan tergamam bukan disebabkan kata-kata Shah namun disebabkan jarak muka mereka yang dekat sedikit itu. Berdebar semacam jantungnya malah lagi bertambah debaran apabila Shah membersihkan comot ditepi bibirnya itu.

Selesai saja bersihkan, Shah mengundur kembali sambil meletakkan tisu itu di pinggan berhampiran yang tidak digunakan lagi. Shah menoleh kembali melihat Intan namun kelihatan wajah Intan yang sudah memerah itu.

“Kau dah kenapa Intan? Maaflah kalau kasar bahasa aku—”

“Tak, bukan lah..saya tak kesah akan benda tu” ujar Intan sambil menahan malunya. Shah mengerutkan dahinya. “Betul ni? Tapi kejap, kenapa memerah muka kau—” sekali lagi dicelah oleh Intan.

“Dahlah awak! Saya nak hantar pinggan ni dekat…hah pelayan sana!” Intan bingkas bangun dan menapak laju dari situ. Sengaja dia mengelak dari soalan yang bertubi-tubi dari Shah itu.

Shah mengerutkan dahinya, ‘Dah kenapa dia ni?’ bisik hatinya. Seraya itu dia terus mengekori langkah Intan yang sudah ingin pergi keluar dewan besar itu selepas mengucapkan selamat malam kepada beberapa orang rakyat.

*****

Shah menunggu Intan di luar bilik air istana itu. Belum betah menunggu, Intan pun keluar dari bilik air lalu terkejut melihat Shah. Shah terus melangkah ke hadapan Intan.

“Kau baik-baik je kan? Ada apa-apa ke?” soal Shah dengan nada risau. Intan terkesima dengan wajah tampan Shah yang diliputi kerisauan terhadapnya itu.

“Tak ada apa-apa lah awak, saya baik-baik je” Intan tersenyum kearah Shah. Shah mengangguk, “Dah mari ikut aku..” Seraya itu, mereka berdua mula melangkah ke tempat yang dituju.

Tanpa disedari, ada Putera Saqeef yang baru saja hendak masuk ke dalam bilik air lelaki selepas berbual dengan rakyat di dalam dewan besar tadi. Putera Saqeef melihat mereka berdua dengan perasaan curiga jadi dia memutuskan untuk mengekori mereka.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now