Setelah beberapa lamanya, mereka pun tiba di rumah mak Lela.Intan turun dari kenderaan beca itu lalu mengucapkan terima kasih kepada pak tadi.Pak tadi hanya membalasnya dengan senyum apabila dia menghulurkan duit. Intan pula segan rasanya apabila pak tidak ambil huluran duitnya.
"Tidak apa nak, pak bagi percuma saja.Biar ni tanda selamat datang ke negeri ini ye" senyum pak itu.
"Baiklah pak, terima kasih.Inshaallah ada masa kita jumpa lagi, saya akan balas budi pak"
Mereka senyum sesama mereka dan pak itupun akhirnya beredar keraan ingin menyambung tugasnya.
Jeda.Intan terasa asing pula berada di hadapan rumah yang tidak dikenalinya ini.Namun apabila dia ingin memberi salam, ada dahulu menyapanya dari bawah rumah itu iaitu mak Lela.
Intan tergesa-gesa menyalam orang yang lebih tua daripadanya itu. Mak Lela senyum kepada Intan yang sangat jelita dan berbudi bahasa orangnya, tidak ubah seperti baginda Permaisuri Kaseh Mastura iaitu ibu kandungnya.
Namun Permaisuri Kaseh Mastura sudah mangkat disebabkan tragedi dahulu yang meragut nyawa baginda.Raja Mahapuri Agong sangat berduka buat beberapa bulan namun setelah merasakan ia telah mengabaikan rakyatnya, dia menguatkan semangat untuk teruskan kehidupan baginda walaupun tanpa orang yang dikasihinya.
"Kamu Intan kan?" soal Mak Lela.
"Ye mak Lela.Ibu kata mak Lela sedang mencari pembantu rumah.Jadi boleh tak-"
"Betul nak, mak Lela sedang mencari dari masa itu namun tiada seorang pun yang nak tapi ada Intan ni barulah ada teman berborak setiap hari" senyum mak Lela.
"Alhamdulillah, baiklah kalau macam tu. Mak lela tinggal seorang ke?" Tanya Intan sambil mereka menaiki tangga untuk memasuki rumah itu.
"Tidaklah, mak tinggal dengan anak lelaki mak tapi dia selalu kembali balik akhir malam"
"Ohhh.." tergamam Intan apabila melihat rumah mak Lela itu sangat luas dan cantik bagai tinggal di rumah orang atasan. Mak Lela terus berlalu ingin menunjukkan dimana biliknya berada.
"Sini ye nak bilik kamu. Segala keperluan semua sudah ada dan disusun di dalam almari itu.Tinggal keperluan yang kamu bawa saja yang perlu disusun sana"
"Baiklah terima kasih mak Lela" senyum Intan lalu mereka berdua pun beredar ke bilik masing-masing
*****
Malam menjelma, Intan yang baru saja selesai menyiang ikan dan ikut memasak bersama mak Lela itu merebahkan dirinya di katil.Jelas kepenatan terpampang di wajahnya yang jelita itu.
"Baik aku mandi dulu sebelum anak lelaki mak Lela balik" ujar Intan lalu terus dia pergi ke tandas di halaman belakang rumah.
Selesai saja mandi dan mengerjakan solat, dia terus memakai tudung segi tiganya kemudian keluar bilik hendak menjenguk mak Lela.
Kelihatan mak Lela sedang turun pergi ke dapur itu, dia ikuti juga dibelakang.Mereka berdua menghidang kan segala lauk-pauk dan sayuran serta nasi di atas meja makan. Lalu mereka membaca doa makan dan terus menjamah makanan tersebut.
Intan yang kelaparan itu dilihat oleh mak Lela. Mak Lela seraya tersenyum melihat apabila Intan begitu enak sekali memakan masakkannya.
"Amboi Intan, sedap dia makan ye" sakat mak Lela. Intan hanya tersenyum dan membuat isyarat di perutnya mengatakan yang benar dia memang lapar sangat.
"Keluarga kamu di sana sihat?" Tanya mak Lela
"Sihat Alhamdulillah"
Mereka berdua senyum lalu sambung menjamah makanan mereka. Setelah habis makan dan tinggal lebih makanan untuk anak lelaki mak Lela itu, mereka diam sekejap.
"Oh kalau kamu nak tahu, besok malam ada pertunjukkan menari berhampiran antara pasar dan juga istana Paspuri."
"Iyakah? Mesti seronok kan? Tapi Intan tak ada teman nak pergi" kata Intan dengan nada yang sedih.
Mak Lela tersenyum melihat karenah Intan itu, "Mak Lela boleh saja temankan Intan pergi tengok pertunjukan itu.. lagipun sudah beberapa tahun tidak diadakan upacara itu"
"Terima kasih...eee tidak sabar rasanya hendak tengok upacara itu. Baiklah mak Lela, Intan pergi basuh pinggan dahulu" Intan bangkit dari duduknya lalu pergi ke sinki untuk membasuh pinggan-pinggan.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...