Bab 66 ✨

39 17 0
                                    


2 bulan lebih berlalu…

Kini, Shah dan Intan sudah sembuh seperti biasa walaupun ianya mengambil masa lebih dua bulan. Malah sekarang mereka tengah menguruskan persiapan istiadat perkahwinan diraja untuk mereka dan kenaikkan takhta bagi Intan di dewan besar diraja.

Shah yang tengah sibuk mengarahkan angkatan-angkatan itu untuk mengalihkan kerusi istimewa keatas pentas besar. Tanpa sedar, Intan memerhatikannya dari arah hujung tempat itu dek kerana dia pun sedang menolong dayang-dayang istana dalam mengubah bunga-bunga.

Intan bangun dari duduk lalu pergi kearah Shah. Kedengaran Shah mengarah dengan lantang sekali sehingga dia sendiri tidak perasan Intan di sebelahnya. Intan menguis bahu Shah perlahan.

“Eh sayang! Kenapa kau ke sini? Shoo duduk sana lah, gubah bunga-bunga tu…sini kerja berat—”

“Awak…sabar jap boleh? Saya nak cakap sikit pun tak jadi sebab awak” Shah tersengih malu, “Hah apa sayang nak?” Intan menjeling manja terhadapnya sebelum membuka mulut lagi.

“Ni, mari kita ke taman kejap…saya nak berbual lah dengan awak” Intan membuat matanya comel dan hampir saja Shah mengalah namun dia tepis. “Tak boleh sayang, banyak lagi ni kerja ni..nanti mereka tak tahu nak letak dekat mana”

Intan merungut, “Alaah kejap je, tu pun tak boleh” Shah sudah menggaru kepalanya. Sejak mereka sakit tu, Intan semakin manja dengannya lebih-lebih lagi tinggal dua minggu sebelum mereka disatukan.

“Sudahlah tu Shah, kamu ni ingin melihat Intan merungut…tengok tu dia dah nak menangis. Dah, takpa biar kami saja menguruskan..” ucap Panglima 1 sambil memegang bahu Farid yang cemberut mukanya itu.

Shah mengeluh apabila melihat Intan yang sudah berair matanya.“Haih, yelah…tu dah kenapa si Farid tu?” soal Shah kepada Panglima 1. Panglima 1 menoleh kearah Farid lalu selamba menarik telinga Farid hingga dia mendesis kesakitan.

“Ni si Farid ni….selamba lembu dia saja tidur di belakang dewan besar ni. Tak mahu buat kerja lah tu..” Manakala Shah sudah menjeling tajam kearah Farid.

Farid sedar dengan jelingan tajam itu terus berkata, “Mana ada! A-aku rehat kejap je, aku dah banyak buat kerja tadi tahu? Tuan ni suka fitnah saya tahu, tak baik lah aniaya orang macam saya ni….kan Intan kan?”

“Memandai je kamu, bukan kami ni tak sedar sejak tadi kamu tak ada eh…” jeling Panglima 1 arah Farid. Farid tersengih saja tidak sangka diketahui ketiadaannya itu. Shah menggeleng melihat tingkah laku sahabatnya itu.

“Dah, baik kau pergi buat kerja kalau tak…” sengaja Shah melambatkan ayatnya. Farid faham dengan amaran itu lalu lekas saja dia pergi dari situ. Shah, Intan dan Panglima 1 terketawa.

“Baiklah, saya pergi dulu…selamat berbual mesra” usik Panglima 1 sebelum beredar dari situ. Shah tersenyum sekilas sebelum menoleh kearah Intan. “Dah, sebelum kau merajuk lebih baik kita pergi sekarang”

Intan mengangguk betul-betul serupa burung belatuk. Shah terketawa sekejap sebelum mereka bersama-sama beredar dari situ.

*****

Sesudah sampai di taman, Intan terus duduk di ayunan itu diikuti oleh Shah. Mereka duduk bersebelahan namun tidak lah hampir sangat cukup ada ruangan menjadi batas mereka.

“Hmm cepatlah cakap…aku nak dengar” ujar Shah sambil melihat sisi wajah Intan. Intan menoleh lalu tersenyum sekejap sebelum memulakan perbualan mereka.

“Ni, tak sangka dalam dua bulan lebih ni kita banyak harungi pelbagai dugaan termasuk peperangan lepas tu. Alih-alih tinggal dua minggu lagi kita kahwin pastu saya pula naik takhta. Sudah tentu awak sebagai suami yang akan pikul tanggungjawab sebagai raja nanti dan saya jadi permaisuri awak”

“dan isteri serta ibu kepada bakal anak-anak kita” sambung Shah. Intan tersengih malu manakala Shah terketawa melihat kecomelan Intan.

“Yelah, sedar-sedar je dua minggu depan kita kahwin…cepat betul masa sayang…” Intan senyum, “Saya suka dengar awak panggil saya sayang…awak saya panggil ab—”

“Ehh nantilah...lepas kita kahwin saja kau panggil aku macam tu” sudah memerah telinga Shah. Asal geli sangat telinga aku ni! Intan tersengih mengusik lalu dia menghampiri wajahnya ke sisi wajah Shah.

“Malu ke? Awak malu ehh..?” Shah sudah kelam-kabut apabila Intan dekat sikit dengannya. “M-mana ada m-malu..” balas Shah tergagap. Intan mengundurkan dirinya semula.

“Yelah, saya saja usik awak…tak payah buat muka lembu tertelan telur ayam macam tu” Shah menjelingnya sekilas lalu Intan terketawa saja.

“Saya cuma nak bagitahu yang saya tidak menyesal kenal awak walaupun perjumpaan kita pada awalnya agak rumit. Tapi walaupun awak masa tu keras kepala dan suka cari fasal tapi awak pun ada menunjukkan sisi awak yang lembut dan baik hati. Itu yang membuatkan saya jatuh suka dekat awak”

Shah terkilan sekejap dengan luahan hati Intan itu. Barulah dia tahu perasaan sebenar Intan. Shah berdehem sekejap, “Hmm terima kasih? Yelah aku pun suka kau sebelum waktu kita lemas dekat sungai tu…err”

“Lagi?” Intan menunggu ayat dari Shah namun dia sudah sengih malu. “Alaah awak ni tak romantik langsung tahu, saya saja yang beria meluah dekat awak..”

“Alaah romantik aku melalui perbuatan lah sayang…aku jenis yang ‘biar perbuatan yang menjelaskan erti sayang’ tu”

Intan besar kecil besar kecil saja melihat Shah. Ada benar kata Shah tu tapi kadang dia tak tahu mana satu perbuatan Shah yang mengandungi sayang tu.

“Betul lah sayang…takpa nanti aku tunjukkan lebih lepas kahwin nanti eh…nanti jangan sayang pula yang malu” ujar Shah dengan nada mengusik. Intan seperti tahu apa yang dimaksudkan oleh Shah itu sudah malu sendiri.

Lekas saja Intan berdiri ingin pergi dari situ akibat malu. “Eh eh nak ke mana?” soal Shah. Intan menoleh kejap, “Tak nak lah bersama dengan ulat bulu baru lahir ni” lalu dia laju berlari apabila Shah mula membuka langkah seratusnya itu.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now