Bab 42 ✨

33 18 0
                                    


“Ayahanda..” gumam Intan perlahan. Baginda menapak kearah Intan lalu memegang bahu Intan perlahan.

“Ayahanda faham perasaan Intan tapi…kamu kena faham juga bahawa kamu tu lahir dikalangan kerabat diraja lebih-lebih lagi nanti kamu akan memegang jawatan permaisuri setelah ayahanda” ujar baginda.

“Jadi, ayahanda mahu kamu mula tinggal di sini kerana istana inilah tempat asal kamu Intan…Intan faham kan maksud ayahanda? Ayahanda juga tidak akan menyekat kamu dari melihat dunia luar dan juga mulai sekarang Shah akan menjadi pengawal peribadi kamu, faham?” sambung baginda dengan sehabis baik membuat Intan terbuka hati faham akan maksudnya.

Intan segera menoleh ke belakang dan melihat Shah lalu menjeling tajam. Intan masih tidak puas hati dengan Shah yang tidak memberitahu kepadanya tentang perkara ini awal-awal.

Kemudian dia menoleh semula kearah ayahandanya dan mengangguk perlahan. “Baiklah ayahanda, insyaallah Intan akan cuba biasakan diri dengan kehidupan baru ini”

Manakala Shah yang melihat jelingan Intan itu hanya mampu mengeluh dalam hati. ‘Aduh satu lagi hal pula kena memujuk dia ni…’

“Baguslah kalau begitu..” baginda melihat kearahnya lalu mengarah, “Shah, beta mahu kamu bawa segala barang keperluan Intan ke sini bersama pengawal-pengawal lain ya?”

Shah mengangguk lalu ingin berkata sesuatu namun pantas dicelah oleh Intan. “Eh ayahanda! Boleh Intan ikut Shah? Biar Intan saja yang kemas barang keperluan Intan sendiri…dan berjumpa dengan mak Lela sekejap ..boleh?”

Intan merenung mata ayahandanya sambil meminta kasihan. Baginda terketawa melihat Intan yang mencuba habis untuk meraih keizinan daripadanya. Lalu baginda hanya anggukkan kepalanya.

Intan sengih lebar kearah ayahandanya lalu dia peluk ayahandanya buat kali pertamanya. Lalu terus dia berjalan meninggalkan Shah dan pengawal lain di belakang. Tergopoh-gopoh pengawal di sana mengikuti langkah pantas Intan itu.

“Pergilah Shah…jaga dia dengan sepenuh hati kamu…itu arahan beta untuk kamu” baginda melihat Shah dengan penuh harapan.

Shah menunduk sebagai tanda hormat tugasan yang diberikan kepadanya kemudian barulah dia pergi mengikuti jejak mereka.

‘Aku janji akan ku jaga kau dengan sepenuh hati aku Intan…walau hakikatnya cinta kita terlarang dan mungkin tidak akan bersama nanti tapi akan ku cuba perjuangkan demi kita’

*****

Perjalanan mereka ke rumah mak Lela tidaklah mudah sekali apabila pandangan orang-orang sekeliling membuatkan Intan kecut perut. Dia seperti orang tahanan yang dijaga oleh pengawal-pengawal supaya tidak lari.

Melihat itu, Shah terus menghampiri Intan dan berdiri sebelah Intan sambil merenung tajam orang-orang sekeliling. Dengan renungan tajam itu barulah berjaya membuatkan mereka berpaling pantas.

Intan sedar bahawa Shah berdiri di sebelahnya namun dia hanya abaikan. Dia masih merasa tidak puas hati dengan Shah disebabkan itu dia buat misi mahu abaikan Shah.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now