‘Wah, bagus ye Intan…berani kau puji lelaki lain belakang aku’ bisik Shah. Ketara sungguh dia sedang cemburu sekarang. Dia menunggu mereka masuk ke dalam dewan besar diraja dulu sebelum pergi kearah Farid.“Ketibaan Raja Mahapuri Agong dan Puteri Intan Mawarti bersama Raja Sakara dan Putera Saqeef” umum salah seorang pengawal yang berdiri di sebelah pintu besar dewan tersebut.
Dengan itu, pintu besar dewan diraja terbuka luas sehingga semua rakyat yang berada di dalam dapat menyaksikan ketibaan kerabat diraja itu. Mereka teruja kerana akhirnya dapat melihat wajah-wajah kerabat diraja itu secara berdapanan lebih-lebih lagi Intan.
Keempat-empat mereka melambai kearah semua rakyat itu sambil tersenyum lebar. Intan masih merasa kekok ketika melambai mereka semua. Dia juga terdengar beberapa bisikan daripada mereka.
“Cantiklah puteri mahkota nya!”
“Anggun dan ayu lah puteri ni”
“Aku yakin dia memang baik hati…cuba tengok senyumannya tu….sejuk je mata memandang”
“Wahh cantiknya…aku nak dia lah, boleh gak?” soalan itu menarik perhatian Intan. Dia menoleh kearah gerangan yang bersuara tadi.
Di situ, kelihatan tiga orang lelaki bersahabat, dimana dua daripada mereka bergelut untuk menahan diri sahabat mereka yang lagi seorang. Intan yakin lelaki yang ditahan itulah yang bersuara tadi.
“Kau jangan nak gila lah , Nazim! Puteri mahkota kot! Kau tu celah tapak kaki dia je malah kami semua ni hah! Dah baik kau duduk diam!” marah Zufar yang sedang memegang lengan Nazim itu.
“Haah kau! Gatal tak reti tempat! Cuba bawa bertenang sikit…tu puteri sudah pandang kita” ujar Bahri. Lalu mereka bertiga tersenyum kekok seraya menundukkan kepala kearah Intan.
Intan hanya senyum kembali lalu terus dia menoleh kedepan. Tiba di hadapan pentas yang rendah, baginda menghulurkan tangannya kearah Intan. Lalu Intan pun menyambut huluran itu dan duduk bersama dengan mereka tiga. Dengan itu, majlis pun bermula.
*****
Sementara diluar dewan besar diraja tadi, selepas saja Shah melihat mereka berempat sudah masuk terus saja dia pergi menapak kearah Farid. Farid di situ sudah tergamam melihat wajah cemberut Shah.
‘Betul lah tu, memang nahas aku malam ni..’
“Farid!” Shah sudah di hadapan Farid. Farid tersengih kearah Shah namun hilang terus sengihannya melihat wajah garang itu. Farid berdehem bagi menenangkan hatinya yang sudah berdegup kencang itu.
“Apa? Aku dah buat dah kan tugas yang kau bagi tu? Apa lagi yang salah Shah?” rungut Farid selamba.
“Ni bukan fasal tak cukup Farid, tapi fasal kenapa kau tak berhentikan Intan memuji lelaki lain?” rengus Shah. Farid sudah tercengang dengan kata Shah itu.
“Oi bengang! Sekarang ni, kau tak nampak ke ‘Intan’ yang kau sebutkan tu adalah kerabat diraja? Takkan lah aku memandai je mengarah dia berhenti memuji Putera Saqeef tu? Aku tak ada hak kot” ujar Farid.
Semakin cemberut muka Shah apabila Farid mengeluarkan fakta tiba-tiba itu. “Yelah tapi…ish aku cemburu tahu Farid..dah lah aku baru je habis menyiapkan tempat kejutan untuk nanti tu, tahu-tahu je dia puji lelaki lain” Shah menggosok kepalanya kasar.
Farid mengeluh lalu dia menepuk bahu Shah. “Kau ni pandai juga cemburu..cemburu badak pula tu. Kau ni kena faham juga Shah, aku sebagai sahabat kesayangan kau nasihat kau untuk jangan cemburu sangat”
“Yelah tak salah cemburu ni tapi kena dengan keadaan…kau tengok tadi Intan puji Puteri Saqeef tu disebabkan dia hormat sebagai sesama kerabat diraja. Mungkin betul dia puji sebab memang Putera Saqeef tu nampak segak dan matang tapi apa yang penting adalah ni..” ujar Farid sambil menekan dada Shah.
“Dalam hati Intan ada kau Shah….Kau tu cinta hati dia jadi takkan mudah untuk dia lupakan kau begitu je lepas dia hidup sebagai kerabat raja ni lebih-lebih lagi sahabat aku yang tampan dan gagah ni” Akhirnya terlecus juga ketawa mereka berdua.
“Hm terima kasihlah menenangkan aku dengan kata-kata kau tu…kalau tak memang aku nak suruh Intan memujuk aku hah”
“Entahlah kau! Besar panjang dah jadi panglima angkatan ni pun masih nak merajuk” usik Farid. Shah menepuk kuat bahu Farid seraya berkata, “Dah lah, aku pergi masuk dulu…kau pun sambung tugas kau tahu?”
Dengan itu, Shah pun memasuki dewan besar itu melalui pintu lain memandangkan dewan besar itu mempunyai beberapa pintu. Farid menggelengkan kepalanya lalu dia pun menyambung tugasannya yang terbantut kerana Shah tadi.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...