Selepas 2 jam, barulah Intan tersedar dari pengsannya itu. Lalu dia bangun dari baring nya itu dan juga sedar bahawa badannya itu ditekup dengan daun yang besar.Dia mengalihkan pandangannya dari daun itu kepada Shah yang dihadapan kayu api itu yang sedang membakar berapa ekor ikan. Dia segera pergi kearah Shah dan duduk di sebelah Shah.
Shah yang sedar Intan sudah bangun itu hanya memandangnya dengan sekilas lalu menyambung membakar ikan-ikan itu. Intan buntu tidak tahu nak buat apa lebih-lebih lagi dia tengah lapar sekarang ini.
“Sedap tidur?” perli Shah sambil menjeling Intan di sebelahnya. Intan pula hanya tersengih rasa bersalah. “Kau tu cuba bawa bertenang, kalau nak ambil nafas kena bertenang dulu baru lancar saluran nafas kau tu. Ni tidak, kan dah pengsan lagi sekali….dahlah aku kena angkat kau, barat tahu tak?” nasihat Shah sekaligus mengusik Intan yang sudah memerah mukanya.
“Alah tuan muda, saya panik lah…saya tak pernah lagi lemas macam tu” alasan Intan. Shah pula hanya pasrah dengan jawaban Intan.
“Habis aku ni pernah lah? Hish kau ni, nah makan ikan bakar ni. Buat alas perut kau tu yang dah berbunyi sejak tadi tu”
Intan semakin memerah pipinya apabila diusik begitu. Lalu dia pun mengambil huluran Shah itu dan memakan ikan bakar itu.
‘Sedap juga ikan bakarnya ni walaupun tak ada perisa’ bisik hati Intan.
“Yelah, masakan aku memang sedap pun. Ni perisa dia kasih saying tahu? Sebab tu sedap semacam tu..” kata Shah sambil dia pun memakan ikan bakar miliknya. Intan pula terkejut yang Shah boleh pula terdengar suara hatinya lebih-lebih lagi setelah mendengar ayat Shah hujung itu.
Mereka pun memakan ikan bakar itu dalam suasana sunyi. Setelah habis makanan mereka, mereka berdua mencuci tangan mereka di air sungai itu. Selepas itu mereka kembali diam di antara mereka sambil itu memerhatikan langit malam yang cantik itu.
“Kau di negeri sebelah tu..tinggal dengan siapa je selain ibu bapa kau? Ada kakak, abang atau adik?” Shah membuka mulut terlebih dahulu. Intan yang mendengar soalan itu tersenyum.
“Haah, tinggal dengan ibu, ayah dan adik perempuan. Err…tuan muda pula sebelum ni?” soal Intan takut-takut terkacau emosi lelaki itu. Shah terkejut dengan soalan Intan itu namun dia jawab saja.
“Aku sebelum ni macam kau lah, tinggal dengan mak, abah dan adik perempuan aku. Tapi…setelah peristiwa hitam itu adik aku meninggal dan selepas tu pula abah aku. Kini tinggal aku je lah sama mak”
Intan hanya angguk saja tetapi rasa ingin tahu nya itu membuatkan dia ingin menanyakan kepada Shah. Shah pula melihat Intan melalui ekor matanya itu nampak Intan yang teragak-agak itu.
“Tanya je lah, aku tak marah”
“Hmm macam mana boleh adik perempuan tuan muda meninggal? Maaf kalau saya tanya” dengan rasa bersalah Intan bertanya.
“Panggil je Shah. Tak payah lah tuan muda tu lagi” Shah memandang sekilas kearah Intan.
“Hmm adik aku tu cantik orangnya, sopan dan baik hati. Nama dia Anggerik. Masa tu ada berlaku pemberontakan dari negeri entah mana, habis hancur separuh negeri ini. Aku pula sibuk dengan tugas angkatan ku, yelah nak buat strategi peperangan untuk memerangi pemberontak itu semua. Tidaklah aku tahu yang adik aku masa tu……menjadi salah seorang dari tebusan. Sampai masanya kami datang memerangi mereka, barulah aku tahu yang adik aku tu…” tidak sanggup Shah ingin mengulangi sakit yang dahulu itu.
Intan yang melihat air mata Shah ingin menitis itu, segera dia memberhentikan Shah. “Tak apa awak, kalau awak tak sambung pun saya turut saja ye?” Intan memujuk Shah.
Shah menggeleng dan terus menyambung, “Barulah aku tahu adik aku tu jadi mangsa mereka…kau tahu taka pa diorang buat? Mereka sentuh dia dan habis segala lebam-lebam di badannya. Aku masa tu tidak sanggup lagi menahan sakit melihat, aku terus memerangi pemberontak tu diikuti dengan angkatan lainnya. Setelah itu, barulah kami dapat bawa tebusan itu balik untuk merawat mereka manakala aku terus bawa adik aku tu dirawat dirumah” Shah menghembuskan nafasnya dulu baru dia sambung kembali.
“Dia hanya bertahan selama 3 hari, Intan…kau tahu dia masa tu tidak lagi bermaya untuk meneruskan hidupnya, dahlah tidak makan, minum….dia balik-balik cakap dia rasa nak mati, sakitnya ya Allah saja tahu. Namun selepas 3 hari, dia pun pergi meninggalkan kami semua. Aku sakit Intan bila dapat tahu adik yang kau saying dulu menghadap Illahi sebelum aku tetapi aku juga redha kerana itu sudah ajalnya dan juga asalkan dia tidak lagi merasa peritnya meneruskan kehidupan dengan kesakitan peristiwa hitam itu”
Akhirnya baru selesai kisah hitam yang diceritakan oleh Shah itu. Intan merasa kesian terhadap apa yang dirasa oleh mereka sekeluarga lebih-lebih lagi Shah yang hilang satu-satunya adik kesayangannya. Ditambah pula selepas itu, dia kehilangan insan yang melahirkannya ke dunia juga iaitu ayahnya.
“Tidak apa awak, saya mungkin tak akan faham apa yang awak rasa tetapi tetaplah teruskan kehidupan ini demi mereka ye? Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya, mungkin ini adalah sebagai iktibar untuk awak nanti di masa hadapan. Benar tidak semua sejarah yang baik ke buruk untuk kita mampu lupakannya namun cukuplah ia sekadar sejarah. Mana yang baik kita ingatkan dan mana yang buruk itu kita cuba lupakan tetapi jika tidak dapat, kita letak dia di belakang kepala kita. Meneruskan kehidupan kita adalah bahagia yang sebenar bagi orang yang telah pergi kerana mereka juga menumpang bahagianya meneruskan hidup itu. Cukuplah kita mendoakan mereka supaya mereka berada di kalangan orang-orang yang dipilih oleh Allah memasuki syurga-Nya. Semoga awak dan mak dapat jumpa mereka kembali di syurga”
Kata-kata Intan itu menusuk ke jiwa mereka berdua dan tanpa sedar, mereka pun bersama-sama menitiskan air mata. Intan melihat Shah yang melepaskan segala kesakitannya itu terasa juga keperitannya.
“Awak kena jadi bunga tanpa daun, Shah”
Terberhenti tangisan Shah itu selepas Intan memberi kata-kata yang kurang difahaminya.
“Maksudnya awak kena ikhlaskan apa yang sudah terjadi kerana itu sudah Takdir-Nya”
Shah tersenyum sekilas mendengar ayat daripada Intan itu. Lalu dia berterima kasih kepada Intan sebab mendengarkan segala luahan hatinya pada mala mini. Intan pula senyum kembali dan mereka sama-sama kembali menikmati langit malam itu.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...