Tiba pukul 9 pagi, Shah bangun dari tidurnya dan merenggangkan badannya. Kemudian dia pergi ke bilik air sekejap untuk membasuh mukanya. Apabila dia melintasi dapur itu, dia ternampak Intan yang sedang duduk di luar dapur itu. Dia hanya membuat tidak tahu lalu duduk di meja makan itu.Intan yang termenung kerana hal tadi dan memikirkan bagaimana nak meminta maaf kepada ‘tuan muda’ nya itu, terkejut apabila dia terdengar bunyi kerusi ditarik menunjukkan ada orang duduk di atas nya.
Intan pun menoleh untuk melihat, rupanya Shah yang duduk di kerusi itu. Dia teragak-agak ingin masuk dan menyediakan makanan ataupun tidak. Namun dia tidak ada pilihan lain lalu dia masuk juga ke dalam dapur itu.
Shah hanya memerhatikan pergerakkan Intan yang menyediakan sarapan pagi itu.Intan yang merasa bahang di badan belakangnya dek kerana diperhatikan Shah itu cuba mengabaikan sehabis mungkin.
Dia pun meletakkan semuanya di atas meja makan itu, hanya tinggal menunggu mak Lela saja turun supaya mereka dapat makan bersama. Intan yang berdiri itu merasa kekok mahu duduk atau tidak.
‘Aduh mahu duduk ke tak? Malu lah aku…hah apa kata aku panggil mak Lela’ bisik hati Intan. Apabila Intan cuba melarikan diri, dia disapa oleh suara garau itu.
“Duduk” Hanya satu patah perkataan itu sahaja sudah buatkan Intan meremang satu tubuh badannya. Intan hanya menurut kata dan duduk di hadapan Shah itu. Mereka hanya duduk diam tanpa membunyikan satu suara apa pun lebih-lebih lagi Intan.
Intan terfikir juga apa kata dia cuba meraih kemaafan dari Shah semasa dia berdua ini. Nanti mungkin tidak ada masa lagi nak meminta maaf sebab lelaki itu kan sibuk nya mengalahi raja Negara ini.
Setelah Intan mengumpulkan kekuatan, dia membuka mulut untuk memulakan sesi maaf itu. “Aaa…awak..saya nak—” kata-katanya itu dicelah oleh mak Lela.
“Hah kamu berdua ni sudah ada di sini rupanya. Puas mak ketuk bilik kamu rupanya kamu di dapur dah. Mari kita makan”
Shah melihat Intan yang kalut semacam itu hanya tersenyum nipis mendengar olahan mak Lela selepas menuturkan kata-katanya itu kepada Shah. Shah agak bingung apa yang hendak dikatakan oleh Intan namun dia abaikan saja.
Lalu mereka semua pun menikmati sarapan pagi itu dengan kesunyian yang tenang namun tidak pada Intan kerana dia termalu sendiri lagi lepas mak Lela mencelah sesi maaf nya itu.
*****
Selepas mereka bersarapan pagi, Intan pergi membasuh semua pinggan dan mangkuk yang telah digunakan tadi.
Sedang Intan membasuh, dia ada ternampak dari sebelah kanannya ada satu tangan yang menolongnya mengeringkan basuhannya tadi dengan tuala. Ya, tangan itu adalah tangan Shah.
Alangkah terkejut nya Intan sehingga dia kalut hendak mengatakan sesuatu. “Lah, tuan muda tak usah pun membuat kerja ni tuan muda. Biar saya saja yang buat---” kata-kata Intan dicelah lagi.
“Boleh tak kau diam je? Aku buat ni sebab mak aku suruh aku tolong kau lah kalau tidak memang pun aku nak tinggalkan kau dekat sini” kata Shah dengan kasar sekali.
Intan tergamam dengan ayat-ayat pedas itu. Sungguh sekali dia tidak pernah ada orang mengatakan kepadanya dengan nada yang kasar seperti itu. Dia merengus lalu apabila dia hendak menjawab balik, dia dicelah lagi.
“Shah! Intan! Apa lagi kamu ni, tak habis-habis bertengkar! Kamu Shah kalau mak tak masuk dapur ni tadi, memang habis anak dara orang kamu bebelkan! Macam mulut bapak ayam lah kamu ni” setepek kena dengan bebelan mak Lela.
Intan terketawa mendengar Shah dipanggil ‘bapak ayam’ oleh maknya sendiri. Shah yang memang semakin berapi itu menoleh kepada Intan setelah mendengar ketawanya.
‘Ohh kau ketawakan aku ye, nanti siap kau!’ bisik hati Shah
“Dah! Dah! Sebagai hukuman kamu yang tidak pandai habis bertengkar itu, kamu berdua pergi membersihkan halaman belakang itu. Intan, kamu pergi menyiram bunga ye selepas mencabut segala tangkai bunga yang patah dan kamu Shah, pergi menyapu segala dedaun yang gugur dari pokok itu terus bakar sekali” arah mak Lela.
Shah hanya pasrah dengan bebalan arahan maknya itu lalu meninggalkan Intan yang terkulat-kulat sendirian. Intan pun baru saja habis membasuh semuanya lalu ikut mengekori Shah ke luar halaman belakang itu.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...