Sudah hampir 30 minit berlalu, peperangan itu masih berjalan di mana ramai sudah yang terkorban lebih-lebih rakyat negeri Manwura itu. Namun itu tidak meruntuhkan jiwa semangat di dalam diri tiap-tiap angkatan-angkatan baginda.Kini baginda sedang bergelut bersama Jalil, Shah berlawan dengan pemberontak yang menghalang tujuannya untuk menyelamatkan baginda malah Intan bersama kumpulannya memanah mana-mana yang senang disasarkan.
“Kau tu dah nak mampus! Mengalah je lah raja! Haha” ketawa sinis Jalil berikan kepada Raja Mahapuri yang sedang bergelut untuk lepas dari tindihan Jalil. Baginda sudah terluka di kakinya akibat pedang tajam milik Jalil.
“Kau pun apa kurangnya jahanam! Kau pun dah banyak berdarah elok tunggu ajal ja menimpa arah kau!” ucap Raja Mahapuri dengan nada marah juga. Dia tidak suka apabila dia tidak dihormat begitu rupa.
“Baguslah! Biar kita mati sama-sama..hahaha!” Jalil terus mengangkat pedang tajamnya ingin menusuk pinggang baginda namun terbantut tindakkan itu akibat serangan panah dari Intan.
“Ayahanda!” Intan memanah tangan Jalil yang memegang pedang tajamnya itu lalu dia berlari pantas kearah ayahandanya. Intan menendang kuat dada Jalil hingga dia terjatuh ke belakang.
Semua mata yang ada di sana kini melihat adegan itu termasuk Shah yang berhenti bergelut dengan pemberontak tidak kurang muda sepertinya.
“Ayahanda baik-baik saja? Tahan sikit je” Intan sudah mula menangis kerana takut akan kehilangan ayahandanya. Jalil yang sudah berdiri setelah dibantu oleh pengikutnya terketawa sinis.
“Hoi! Tak payah lah nak jejak kasih dekat situ! Bapak kau dah nak mati tu! Kau nak ikut dia sekali ke? Boleh juga haha!” Dengan itu, Jalil melirik kearah seseorang untuk tampil kehadapan membunuh dua beranak itu.
Semua angkatan-angkatan di situ terbeliak apabila melihat susuk tubuh yang dikenali itu. Ya, seseorang itu adalah salah seorang dari angkatan baru mereka yang baru saja direkrut minggu lepas.
Shah yang melihat dia sedang menuju kearah Intan dan baginda ingin terus maju kedepan namun dipegang kedua lengannya oleh pemberontak itu. Puas Shah merentap bagi melepaskan genggaman itu tapi tidak juga terhasil.
Angkatan baru itu kini sudah berada di belakang Intan yang memangku ayahandanya itu. Angkatan baru itu mengacungkan pedang tajam di leher Intan. Intan terkejut dengan ketajaman pedang di lehernya itu terus menoleh ke belakang.
“K-kau!” terbeliak mata Intan apabila dia melihat gerangan itu. Lelaki itu adalah lelaki yang berlintasan dengannya sewaktu di markas angkatan diraja. Rupanya selama ini ada pembelot berada di kalangan mereka.
“Kenapa? Terkejut? Itulah anak aku, Ateeq…Dia lah yang menyusup dalam angkatan-angkatan ayah kau untuk apa? Untuk mendapat maklumat lalu dia berikan kepadaku..haha!” ujar Jalil dengan puas sekali.
“Dasar pembelot!” Intan sudah memerah matanya akibat menangis malah juga melempiaskan amarahnya terhadap Ateeq. Ateeq tersenyum sinis lalu duduk bertinggung di hadapan Intan.
“Kau, orang-orang kau termasuk ayahanda kau yang mudah mempercayai orang! Itulah padahnya! Aku hanya melakukan tugas aku iaitu menjadi pembelot seperti yang kau kata tadi” seraya itu dia memegang sisi wajah Intan dan mengusap air mata yang jatuh itu.
“Janganlah nangis…buah hati kau sekarang tak dapat lap air mata kau tu” sengih Ateeq puas melihat wajah terkejut Intan lalu dia berpaling menghadap Shah yang masih bergelut itu sambil mencerlung tajam kearahnya.
“Wowo tak payah tenung aku tajam macam tu…haha! Aku tak ingin lah Intan kesayangan kau ni…Oh ya! Sekarang kamu semua dah tahu kan yang sebenarnya Intan dan Shah ada hubungan mesra! Tapi sedih lah….sebab aku akan..” Ateeq sudah berdiri dan menjadi gila persis ayahnya. Bapak borek anak rintik!
Ateeq berpaling semula kearah Intan, “Sebab aku akan bunuh kau Intan! Selepas tu barulah buah hati kau!” Intan sudah menggelengkan kepalanya, “Jangan! Jangan apa-apa kan ayahanda dan Shah dan orang-orang aku!”
“Sudah terlambat” Intan segera menoleh semula kearah ayahandanya untuk melindunginya sambil melihat kearah Shah yang sudah ingin menangis. Akhirnya perkara yang paling dia takut, berulang untuk kali kedua.
Dengan bersaksikan semua orang, pedang tajam Ateeq melukai badan belakang Intan dalam sekali. Intan terjerit seketika sebelum matanya mulai kabur akibat darah yang banyak keluar.
Dalam kekaburan matanya, dia masih ternampak Shah yang bergelut untuk lepas namun sebelum dia memejamkan matanya untuk kali terakhir, kelihatan tubuh Shah yang ditusuk dengan pedang tajam Ateeq sehingga terjatuh.
“Shah…” “Intan..” Mereka melihat sesama mereka dengan pandangan kabur untuk kali terakhir sebelum akhirnya terpejam mata mereka. Sayup-sayup kedengaran suara jeritan di sekeliling mereka.
“Jahanam! Serang balik! Jangan tertinggal sisa pemberontak-pemberontak ini sehingga semua terbunuh” jerit panglima 1. Dengan itu, bermula kembali peperangan antara mereka sehingga habis sisa-sisa pemberontak itu.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...