Bab 60 ✨

34 15 0
                                    


Pada petang itu, mereka semua sudah berkumpul di dalam bilik mesyuarat diraja. Suasana sangat dingin sebelum baginda terlebih dahulu bersuara.

“Baiklah, mengenai ugutan ini kita perlu bersiap sedia dalam masa seminggu…dengan itu, beta akan arahkan kamu panglima 1 dan 2 untuk bekerja keras lagi melatih angkatan-angkatan itu malahan jika ada penambahan angkatan adalah lebih baik. Sekarang kita bincangkan strategi untuk berperang kerana beta yakin seminggu yang disebutkan itu sebenarnya lebih kurang daripadanya..”

Mereka semua menganggukkan kepala termasuk Shah namun fikiran Shah melayang memikirkan Intan. Dia sebenarnya risau akan keadaan sekarang ini dimana ugutan itu membabitkan nyawa baginda dan Intan.

“Shah, kamu dengar tak ni?” soal panglima 1. Shah kembali sedar lalu dia menganggukkan kepalanya, “Teruskan saja”

“Ampun Tuanku kerana bertanya, tapi siapakah yang mengugut Tuanku dan Tuanku Puteri itu?” soal salah seorang atasan. Baginda mengeluh lalu membuka kisah dahulu.

“Dia lelaki yang kejam sekali dimana 20 lebih tahun lalu, dia telah mengambil nyawa isteriku iaitu permaisuri kamu dan banyak rakyat telah terkorban juga. Jika sekiranya beta dan keluarga angkat Intan tidak sempat menyelamatkan Intan, mungkin Intan sudah tiada di sini. Sebabnya adalah kerana dia berdendam dengan beta dan permaisuri tentang suatu hal ini dan beta yakin dia mahu membunuh beta dan puteri kerana dia tidak mahu ada waris yang menyambung takhta ini” terang baginda.

Mereka semua menganggukkan kepala sambil berasa simpati terhadap baginda kerana puterilah satu-satunya anak dan waris takhta ini. Dengan itu, mereka pun menyambung perbincangan mereka.

*****

Sepanjang dalam beberapa hari ini, Intan telah dilatih memanah oleh seseorang angkatan yang pakar dalam memanah. Bukan setakat Intan saja tapi kebanyakan gadis-gadis di negeri itu diberi latihan memanah dan juga rawatan kecemasan.

Namun perkara ini hanya diketahui oleh baginda dan juga panglima 1 saja manakala Shah terlalu sibuk sehingga tidak ada masa untuk mengambil kisah mengenai perkara ini.

Kini, Intan sudah tiba di padang markas itu dengan pakaian puterinya yang biasa. Dia melihat Shah yang bersungguh-sungguh melatih angkatan-angkatan bawahan termasuk orang-orang kampung sejak beberapa hari ini.

Ye dia tahu bahawa dia telah diugut oleh seorang ketua yang pernah membunuh permaisuri iaitu ibunya. Dia berasa takut tetapi dia dikelilingi dengan pahlawan dan angkatan-angkatan yang kuat dan gagah.

“Awak..” panggil Intan. Shah terkejut dengan panggilan Intan itu segera menoleh kearahnya. Shah melihat wajah Intan yang sudah kurang bermaya dek kerana perkara ugut itu.

“Kau baik-baik saja kan?” soal Shah risau. Intan senyum lalu menganggukkan kepalanya, “Ye wak, Alhamdulillah baik saja…awak tu baik-baik saja kan?”

Shah menganggukkan kepalanya, “Alhamdulillah cuma penat sikit…” Mereka memandang sesama sendiri bagi melepaskan rindu yang tersemat selama beberapa hari tidak bertegur sapa.

“Kau akan baik-baik saja Intan begitu juga kami dan baginda…Inshaallah kita berperang di jalan Allah iaitu menentang orang yang jahat akan dapat pahala…”

Intan senyum kelat saja tidak bermaya dia hendak meyakinkan sesuatu yang dia tidak pasti. “Inshaallah Shah, jika Allah berkehendak, maka kita sebagai hamba hanya mampu redha dan begitu juga manusia hanya merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang terhadap sesuatu itu”

Shah mengangguk saja lalu dia melambai Intan kerana dia ingin menyambung latihannya kemudian Intan pun melambai balik dan masuk ke dalam istana semula.

‘Semoga Allah permudahkan segalanya demi hamba-hambanya yang berusaha menentang orang-orang yang zalim ini’

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now