Bab 16 ✨

53 29 0
                                    


Setelah beberapa hari berlalu, rumah itu semakin sunyi sejak Shah kembali pada kerjanya iaitu melatih angkatan-angkatan bawahannya. Intan sangatlah bosan hingga semua kerja rumah itu dia sudah habiskan.

Mak Lela pula banyak meluangkan masa berehat dalam bilik. Takut juga Intan jika mengacau masa rehat maknya itu.

Intan yang berada dalam ruang tamu itu berfikir jika dia patut keluar berjalan-jalan atau tidak. Namun dia memilih untuk keluar rumah juga dan menikmati masa jalan-jalannya.

Selepas beberapa lamanya, dia telah sampai di tempat terkenal hari itu. Cumanya hari ini tidaklah ramai sangat pengunjungnya. Lalu Intan pun terus kan meneroka tempat itu hinggalah dia terlihat tempat jualan gelang hari itu.

Dia membawa dirinya ke sana malah terus melihat gelang-gelang cantik itu. Matanya lebih bersinar apabila dia melihat gelang yang dihiasi dengan gambar bulan disertai dengan warna biru gelap dan cair itu.

Dia segera mengambil gelang itu dan memerhatikan gelang itu lagi, namun selepas berapa saat gelang itu diambil oleh seseorang. Dia menoleh kepada gerangan itu malah terkejut pun juga ada.

“Cantik lah gelang ni…awak nak ke?” soal seseorang itu. Intan pula hanya kaku di situ sebab dia tidak tahu ingin jawab pertanyaan orang yang tidak dikenalinya itu ataupun tidak.

Akhirnya, dia menjawab pertanyaan itu dengan anggukan. Lelaki itu senyum dan terketawa kecil kepadanya. Lalu lelaki itu berikan kembali gelang itu kepada Intan.

“Maaf, saya lupa pula kenalkan diri saya. Saya Uthman Hafiz, anak ketua kampong di sini” ujar Uthman sambil tersenyum kepada Intan. Intan hanya senyum sekilas sahaja.

“Ah ye, fasal tadi, maaflah saya sergah awak begitu. Saya cuma terkejut ada orang ambil gelang itu sebelum saya sebab saya nak hadiahkan gelang ini kepada adik saya.” Ujar Uthman lagi.

“Ohh yeke? Kalau begitu, awak ambil sajalah gelang ini beri kepada adik awak” Intan beri gelang itu kepada Uthman. Namun Uthman menggelengkan kepalanya lalu dia tolak kembali gelang itu kepada Intan.

“Tidak apa, gelang ini cantik pada awak. Jadi pemilik cantik bagi gelang yang cantik ini” puji Uthman. Intan mengangguk sekilas dan senyum kepadanya lalu ingin memberi wang kepada penjual yang leka melihat adegan mereka berdua daritadi itu.

Tetapi terbantut pula sebab Uthman yang terlebih dahulu memberi duit itu.“Eh tak payah! Biar saya saja yang bayar, ye? Nah pak duitnya, terima kasih” Kemudian Uthman beri gelang itu kepada Intan. Intan mengucapkan terima kasih kepadanya lalu dia meminta diri untuk beredar.

“Jumpa lagi!” lambai Uthman manakala Intan senyum dan angguk sekilas meneruskan perjalanannya.

*****

Lewat petang itu, barulah Intan mencari jalan balik. Apabila dia masuk dalam rumah itu, dia sedar ada bunyi orang berbual di bahagian dapur. Lalu dia pergi kearah situ.

“Assalamualaikum mak!” ujar Intan sambil menuruni tangga itu lalu terkejut apabila dia melihat ada Shah di hadapan mak nya itu.

Mungkin awal habis kerjanya hari ini. Intan pun senyum dan menyalam tangan mak Lela.

“Waalaikumsalam, Intan dari mana nak?”

“Ohh Intan pergi beli-belah di tempat hampir dengan pasar mak” ujar Intan lalu duduk di sebelah mak Lela. Dia sedar bahawa Shah daritadi merenungnya bagai nak tembus. Dia tidak tahu mengapa tetapi dia akhirnya abaikan saja.

Mak Lela anggukan kepalanya. “Dah jom kita makan, sekejap lagi dah nak maghrib ni. Taknak lah nak lalaikan sesuatu yang baik ni”

Kemudian mereka pun mula menjamah makanan malam dengan disertai kesunyian yang tenang.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now