“Awak buat apa tu? Tuan muda baru balik ke? Kenapa dengan tangan tu?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Intan. Shah terkedu sekejap sebelum dia menjawab.“Haah aku baru balik dari kerja. Kau tu, napa tidak tidur lagi?” hanya itu saja yang dia balas, perihal tangannya dia tidak ungkit sekali.
“Dah tidur sebenarnya, tapi saya terbangun sebab kot ada orang lain masuk rumah ni rupanya bunyi tuan muda. Hah tuan muda belum balas soalan saya, napa dengan tangan tu?” ulang Intan.
Shah melihat tangannya lalu berdesis kesakitan apabila dia memicik tangan kanannya itu. Intan yang terdengar bunyi desis itu terus meluru ke tempat Shah duduk. Shah kalut sendiri kerana tidak tahu mengapa Intan tiba-tiba datang kepadanya.
“Oi kau kenapa datang dekat aku ni? Kau nak apa?”
“Sakit? Nak saya ambil ubat-ubatan tak?” soal Intan. Shah ketika itu tergamam seketika lalu dia tunduk dan menggelengkan kepalanya.
“Tak payahlah ambil ubat-ubatan tu semua, sakit biasa saja---” terberhenti percakapan Shah apabila dia melihat Intan yang segera pergi mengambil beg ubat-ubatan itu semua. Intan pun kembali dengan beg itu.“Sini, bagi dekat saya tangan awak tu” arah Intan. Shah tetap menggelengkan kepalanya.
“Eh aku cakap tak payah tu tak payahlah!” halang Shah namun Intan tetap mengambil dan memegang tangan tuan mudanya di bahagian yang berlapik itu untuk merawatnya.
“Degil lah tuan ni! Tahu sakit tu buat-buat sakit saja lah!” kata Intan yang hendak mulakan rawatannya itu. Namun dia mengerutkan dahinya apabila tiada kesan luka pun.
‘Hmm mungkin sakit urat di dalamnya kan?’ bisik hati Intan terus dia menekan tempat urat tangan Shah. “Sakitlah!.” Shah mengerang kesakitan lalu menarik tangannya dari genggaman Intan.
“Cuba bertahan sekejap, tuan muda terseliuh ni!”Intan menggeleng lalu dia mengambil semula tangan Shah dan membalutnya dengan kasa. Manakala Shah hanya memerhatikan hasil perbuatan Intan itu.
Intan pun sudah siap membalut lalu dia berdiri sambil menayangkan senyuman. “Sama-sama tuan muda. Lain kali jangan buat kerja lasak sangat kan dah terseliuh. Dah jangan guna tangan kanan tu masa membuat kerja, nanti tidaklah lekas sembuh tangan tu ye tuan muda? Saya masuk tidur dulu, assalamualaikum”
Shah hanya menjeling dan memerhatikan Intan yang tinggalkannya di ruang tamu ini. Shah senyum kembali apabila melihat kasa yang dibalut kemas oleh Intan tadi.
“Waalaikumsalam, terima kasih” seraya itu dia pun pergi masuk ke dalam biliknya.
*****
Pagi subuh sudah tiba, membuatkan Intan yang nyenyak tidur terpaksa bangun. Dia merengangkan badannya justeru mengambil tualanya untuk mandi. Yakinnya dia keluar dari biliknya itu tanpa tudung nya malah rambutnya yang panjang itu pula menghiasi dirinya.
Lalu apabila dia hendak memasuki bilik air itu, ada sudah yang membuka pintu bilik air itu dari dalam. Alangkah terkejutnya dua manusia itu melihat masing-masing punya kejadian.
Shah yang hanya ada tuala mengelilingi pinggangnya dan menampakkan segala otot ketul-ketul di badannya manakala Intan pula yang dengan rambut panjangnya persis hantu.
“AAAAA!” “TUAN MUDA!” “HANTU!”Mereka menjerit sama-sama.
Intan yang sudah malu dengan ciptaan Allah di hadapannya itu hendak lari namun sempat di simbah air ke mukanya oleh Shah yang kebetulan sebelahnya ada pasu air mandi.
Mereka berdua terkilan sebentar untuk memproses apa yang sedang berlaku. Sedar saja Intan, dia terus menilik dirinya sendiri dan sedar bahawa dia tidak memakai tudung, dia terus memakai tuala untuk menutup bahagian rambutnya.
“Tuan muda! Apa ni simbah saya?! Kan basah lah saya oleh tuan!”
“Kau lah! Napa rambut kau macam tu? Napa tak pakai tudung? Aku terkejut lah kot ada hantu nak merayap dekat aku! Lagipun kau memang juga nak mandi kan?” alasan Shah.
“Ye lah saya lupa pakai tuan! Tapi tuan tu napa tayang badan tuan begitu, cuba pakai baju terus lah” malu Intan sambil menundukkan pandangannya itu.
“Baju aku dekat dalam bilik. Kalau aku tahu kau pun nak mandi, awal-awal lagi lah aku dah pasang baju. Dah lah aku nak masuk, kau pergi mandi cepat! Kalau kau akhir, solat lah kau seorang diri”
“Yelah, tapi tuan bagaimana nak berwudhu dengan keadaan macam tu?”
“Kau ni banyak soal lah! Aku tahu lah cara nak wudhu dengan keadaan ni”
Shah pun terus tinggalkan Intan yang terkial-kial disitu. Kesudahannya Intan lekas masuk bilik air untuk mandi, takut kena solat sendiri nanti.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...