Bab 34 ✨

40 21 0
                                    


Setelah beberapa hari, akhirnya siap juga persiapan yang dibuat Shah dan angkatan lain untuk menyambut kedatangan Raja Sakara dan puteranya.

Malah dalam beberapa hari ini juga, Shah dan Intan tidak banyak bercakap disebabkan kerja Shah yang meliputi semua masa itu. Balik saja dia dari kerja, Shah akan makan dan terus tidur lepastu besok pagi nya dia akan berangkat pergi ke istana lagi. Tetapi kadang juga dia tidak langsung balik dan hanya tidur di markas mereka.

Kini, tiba hari dimana mereka menyambut kedatangan kerabat diraja itu. Shah dan angkatan lain berbaris di hadapan istana Paspuri itu. Tiba-tiba ada bunyi kuat yang memberitahu ketibaan kerabat diraja.

Raja Sakara dan puteranya Saqeef sedang berjalan menuju kearah mereka. Shah dan seorang lagi angkatan atasannya menunduk kearah mereka.

“Tuanku! Hari ini patik dan di sebelah patik ini akan mengiringi Tuanku sehingga keberadaan Tuanku” kata seorang atasan di sebelah Shah. Shah masih menunduk dan tidak berkata apa-apa.

“Baiklah, terima kasih. Boleh beta bertanya nama kamu berdua siapa?”

“Nama patik Muhammad Razim dan di sebelah patik adalah Indera Shah, Tuanku”

“Baiklah, Razim dan Shah, tolong tunjukkan jalan ya?”

Dengan itu, Razim dan Shah mengiringi mereka memasuki istana itu untuk berjumpa dengan baginda. Sesampai saja didepan bilik tetamu, baginda Mahapuri sudah menunggu ketibaan mereka.

Baginda Mahapuri dan Raja Sakara bersalam tangan malah juga Puter Saqeef. Mereka duduk di sofa yang berwarna emas itu lalu memulakan perbualan mereka. Manakala Razim dan Shah hanya berdiam diri di belakang mereka.

*****

Setelah malam menjelma, Shah baru dapat keizinan untuk balik ke markas untuk berehat. Ya, dia tidak akan balik ke rumah disebabkan amanah kerjanya di samping itu untuk menyenangkan perjalanannya ke istana.

Shah menghempas badannya ke katil bujang di dalam bilik markas itu lalu dia mengeluh. Penat sangat dengan beberapa hari ini, bukan saja badan yang lelah malah kepalanya juga lelah memikirkan masih perihal Intan.

‘Macam mana aku nak beritahu dia yang dia tu sebenarnya puteri? Memang dia akan fikir aku ni main-main….belum lagi hal baginda nak berjumpa dengannya. Memang baginda akan tahu tu anak dia kalau Intan beritahu namanya, nanti alih-alih pula aku yang kena salahkan. Aduh serabut lah!’ bisik hati Shah.

Farid yang baru masuk ke dalam bilik itu, melihat sahabatnya yang sedang mengusut itu. Dia kerutkan dahinya lalu dia melangkah kearah Shah.

“Kau dah kenapa kusut semacam ni? Ada hal apa-apa ke?” soal Farid sambil duduk di birai katil Shah.

“Haah aku kusut Farid, macam mana aku nak bagitahu dia?” Shah berkata sambil melihat siling atas. Farid tercengang sekejap sebelum bertanya lagi.

“Yelah kau kusut fasal apa? Pastu kau nak bagitahu apa kepada siapa ni?”

“Intan” Shah jawab sepatah. Farid lagi lah mengerutkan dahinya.

“Apa fasal lagi dengan awek kau yang cun tu? Dia ada buat salah ke?” soal Farid polos. Shah menggelengkan kepalanya lalu bangun duduk di depan Farid lalu dia melihat Farid.

“Habistu apa—” soalan Farid itu dicelah oleh Shah.

“Intan tu sebenarnya puteri baginda, Farid…” akhirnya Shah beritahu juga kepada Farid setelah beberapa hari dia memendam dengan diri sendiri.

“APA?!”

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now