Bab 23 ✨

47 23 0
                                    


Intan yang sedang menyajikan tetamu dengan teh itu diperhatikan oleh Shah dan Uthman sekaligus. Intan mencurahkan teh itu dalam beberapa cawan untuk dihidangkan.

Lalu dia pun duduk di sebelah kiri manakala Shah sebelah kanan mak Lela. Mereka hanya mendiamkan diri sebelum salah seorang daripada tetamu itu bersuara terlebih dahulu.

“Hm kamu apa khabar Shah? Ada luka mana-mana ke? Bukan apa, ni hah anak dara makcik ni sering tertanya-tanyakan keadaan kamu ni” mak Masnah itu menjeling sekilas anak daranya di sebelahnya itu.

Intan pula sudah tidak tentu rasa melihat anak dara makcik tu memerhatikan Shah bagai nak telan malah dia sendiri tidak sedar Uthman pun memerhatikannya dari tadi lagi. Shah pula selepas mendengar apa yang dikatakan mak Masnah itu hanya tersenyum sekilas.

“Alhamdulillah baik-baik saja mak Masnah, tak ada luka-luka pun. Yelah, bila kita berada dekat dengan orang yang kita sayang, semua luka tu pun sekejap saja sembuh”

Tetamu mereka itu mengerutkan dahi mereka mendengarkan ayat yang ditutur oleh Shah. Mak Masnah berdehem lalu melihat kearah Intan yang hanya mendiamkan diri sejak tadi itu.

“Kamu? Nama Intan kan? Kamu juga baik-baik saja kan? Tak ada luka apa pun?”

“Haah Alhamdulillah baik-baik juga mak Masnah” jawab Intan dengan nada lembut.

Mak Masnah senyum seraya berkata, “Baik kamu ni Intan, cantik dan lembut pula tu bila bertutur. Patutlah anak lelaki makcik ni sering sebut fasal kamu…kamu pernah berjumpa kan di pasar haritu?”

Intan yang terkejut dengan ayat dan pertanyaan mak Masnah itu teragak-agak menganggukkan kepalanya. Manakala Shah semakin berbulu telinganya mendengar ayat yang ditutur oleh mak Masnah tu.

“Haah makcik, kitaorang pernah terjumpa di pasar jual-jual masa itu tetapi hanya sekejap saja makcik”

Mak Masnah hanya menganggukkan kepalanya dan kembali meminum tehnya. Manakala anak daranya itu sudah panas punggung mahu memulakan perbualan dengan Shah.

“Abang Shah, jom kita berbual di luar?” seraya selepas itu, dia terus keluar rumah tanpa menunggu jawaban dari Shah. Shah mengeluh dan melihat kearah Intan yang sudah melihat kearahnya. Dia menjadi rasa bersalah membuat Intan, gadis yang disukainya itu begitu. Dengan keterpaksaan, dia turut juga keluar dari rumah itu.

Manakala Intan pula terasa seperti hatinya dicucuk-cucuk, sakit rasanya melihat Shah berada dengan anak dara mak Masnah itu selain dia. Namun dia abaikan saja rasa itu.

“Kalau macam tu, Intan jom kita berbual di belakang rumah juga? Boleh?” soal Uthman lembut.

Intan hanya mengangguk dengan sekilas, dia tidaklah berani hendak menolak pelawaan orang lain. Jadi mereka pun bersama-sama pergi ke belakang rumah itu. Shah yang kebetulan terlihat Intan dan Shah bersama-sama menuju ke belakang rumah itu mengerutkan dahinya.

Dia mahu mengikut mereka dan mula membuka langkah namun dibantut oleh Aisyah. “Abang Shah nak ke mana? Aisyah belum habis cerita lagi..” rungut Aisyah. Shah menjeling saja lalu dia duduk kembali di kerusi kayu panjang itu.

*****

Intan dan Uthman berdiri di hadapan pintu dapur itu saja. Dengan suasana yang agak sunyi menjadikan mereka berdua sangat kekok untuk memulakan perbualan. Akhirnya Uthman yang bersuara terlebih dahulu.

“Jadi, awak pakai tak gelang yang saya belikan masa tu?”

“Ohh haah tapi sekejap je pastu saya simpan dalam beg saya. Takut tercicir dekat mana-mana”

Uthman hanya mengangguk sekilas mendengar keterangan Intan. Mereka kembali diam dan tenggelam dalam fikiran masing-masing. Intan teringatkan bahawa Uthman ada nak beritahunya sesuatu itu, dia pun terus bertanya.

“Apa yang awak nak beritahu saya tadi?”

“Oh mengenai tu…” Uthman teragak-agak hendak menyatakan hasratnya tetapi dia terpaksa juga memberitahu kerana Intan sudah menyebut perkara itu.

“Begini Intan, saya ni jenis lelaki yang tidaklah berapa pandang akan perempuan kecuali adik saya Aisyah dan mak saya Masnah. Malah juga saya tidak pernah jatuh cinta dan bergaul berlebihan dengan perempuan sebelum ini. Namun sejak awak hadir dalam hidup saya, saya mula merasakan benda yang saya tidak sangka akan berlaku pada diri saya, awak fahamkan maksud saya?” terang Uthman berhati-hati.

Intan yang mendengarkan kenyataan dari Uthman itu terkejut beruk malah bibirnya dikemam kuat kerana dia tidak tahu hendak membalas apa. Kemudian dia mengeluh dan barulah dia membalas Uthman.

“Saya faham apa yang awak maksudkan Uthman tetapi tidak kah awal sangat untuk awak jatuh cinta dekat saya? Hanya dengan sekali pertemuan kita di pasar jual-jual itu saja?”

“Ye Intan, itulah dinamakan jatuh cinta pandangan pertama. Barulah saya faham kenapa hati saya ketika itu ingin sangat pergi ke pasar tu rupanya saya bertemu dengan gadis yang Berjaya mencuri hati saya iaitu awak Intan”

“Sa-saya tidak tahu hendak mengatakan apa Uthman…maafkan saya” 

“Tidak apa Intan, awak boleh fikirkan terlebih dulu perihal ini. Saya akan beri awak masa sebab soal hati dan perasaan ini tidak boleh dipaksa jadi kalau awak tolak pun, saya tidak kisah kalau itu sudah takdir saya, saya hanya mampu terima saja”

“Ye saya tahu….tapi saya—” kata Intan terberhenti dimana dia hendak mengatakan bahawa hatinya sekarang sudah terpaut dengan seseorang namun dicelah oleh Shah.

“Intan!” Shah menhampiri mereka dengan raut muka yang sangat garang.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now