Bab 49 ✨

33 18 0
                                    


“Ayahanda izinkan” sampuk baginda dibelakang mereka. Manakala mereka berdua sudah terbungkam mendengar celahan tiba-tiba dari baginda itu. Intan sudah berdegup kencang hatinya.

“Betul ke ayahanda?” sudah tersenyum Intan dibuatnya. Baginda terketawa melihat reaksi anaknya yang sudah ceria itu. Lalu baginda menganggukkan kepalanya sebelum mengangkat satu jari kearah mereka.

“Tapi dengan satu syarat, kamu berdua kena sembunyikan dahulu hubungan kamu. Ayahanda mahu kamu bersedia dahulu dengan apa-apa yang akan terjadi nanti sebelum ayahanda mengumumkan kepada semua rakyat. Ayahanda tak mahu kamu berdua dikecam dan juga diberi ancaman” terang baginda.

Intan dan Shah hanya mengangguk lalu memandang sesama sendiri sambil tersenyum. “Alhamdulillah terima kasih Tuanku…akan patik jaga puteri dengan baik dan hubungan kami inshaallah” ujar Shah.

Baginda menepuk bahunya, “Tak usah panggil Tuanku, panggil saja ayah semasa kita berdua atau bertiga begini saja kecuali di depan orang ramai lah”.Shah tersengih, “Inshaallah ayah”.

“Dah mari kita masuk, bagi ayah masa lagi untuk berbual dengan puteri ayah. Kamu pergi sana menguruskan apa-apa yang tak cukup untuk majlis tu” ujar baginda seraya mengusir Shah dengan riak mengusiknya.

Intan dan Shah terketawa lalu mereka semua pun masuk ke dalam istana balik dan membuat haluan masing-masing iaitu Intan bersama ayahnya dan Shah pergi menguruskan majlis tersebut.

*****

Setelah 2 hari kemudian, akhirnya tiba juga hari yang dinantikan itu iaitu majlis menyambut kepulangan dan perasmian Intan menjadi puteri mahkota. Sekarang semua persiapan majlis sudah selesai, hanya tinggal menunggu rakyat-rakyat sekalian datang ke istana tersebut.

Kini, Intan sudah selesai bersiap dengan gaun warna biru muda yang telah disarung di tubuhnya dan tudung yang sama warnanya di kepalanya. Sangat cantik dan indah dipandang rupa Intan pada malam ini.

Dia mengucapkan terima kasih kepada dayang-dayang istana yang membantunya sejak tadi. Apabila tinggal dia berseorangan, dia terus menghadap kearah cermin biliknya dan melihat dirinya.

“Cantiknya masyaallah! Selesa lah gaun ni…cantik pula tu. Tak sia-sia orang yang memilih warna ni! Siapa ya..? Apa-apa pun gaun ni ala2 puteri…eh memang aku puteri pun, adoi kau ni Intan!” Intan menepuk dahinya sambil terketawa sendirian.

Tok! Tok! Tok!

Tiba-tiba ada seseorang yang mengetuk pintu biliknya. Intan hairan sekejap lalu dia tersenyum apabila difikirkan orang yang mengetuk itu adalah Shah. Dia terus menerpa kearah pintu itu. Apabila dia membuka pintu, mati senyumannya.

‘Laah Farid rupanya, fikir Shah tadi..’ bisik hati Intan.

Ya, orang itu adalah Farid. Farid diarahkan oleh Shah menjemput tuan puteri itu di bilik tersebut untuk diiring pergi ke majlis itu. Farid tersenyum manis kearah Intan sambil teringat perbualannya dengan Shah tadi.

*****

“Asal aku pula yang jemput dia? Kenapa bukan kau je Shah?” rungut Farid. Bukan kerana tidak mahu menjemput tetapi dia juga punya tugas untuk dilaksanakan.

“Aku suruh tu buat je la! Ish kau ni..aku ada benda nak di buat lah” jelingan maut diberi kearah Farid. Farid mengeluh, “Yelah, ‘benda’ tu adalah kau menyediakan tempat teropong bintang di taman tu kan?”

Shah tersengih dan mengusap lehernya. Farid memutarkan bebola matanya, “Hmm tahu lah baru pernah bercinta, semua nak dibuat romantik” Shah menjelingnya, “Sudahlah, kau pergi sana jemput puteriku dan cakap aku tak dapat jemput dia sebab tugas aku di majlis”

Farid hanya pasrah saja, “Apa-apa je lah, janji lepasni kau kena lanja aku makan dekat kedai Mak Munah” Shah hanya menganggukkan saja asalkan si Farid itu pergi dari sini. Kemudian Farid pun membuka langkahnya ke bilik Intan.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now