Selepas mendengar Intan berkata dengan nada marah, Shah tahu perbincangan mereka tidak akan berlalu dengan mudah sekali. Shah mengeluh sebentar sebelum memulakan penjelasannya.
“Intan! Janganlah macam ni…aku belum jelaskan semuanya pun kepada kau! Aku pun dikatakan tersepit dalam hal ini tahu?” sayu pandangan Shah kepada Intan. “Cuba bawa bertenang sekejap saja Intan….aku akan ceritakan semuanya kepada kau”
Intan merengus lalu duduk sambil beristighfar. Shah yang melihat Intan menurut katanya itu senyum sekilas sebelum dia memulakan penjelasannya itu.
“Begini, Intan kau perlu faham keadaan kita sekarang boleh? Sebenarnya aku pun tak tahu akan hal ini sehinggalah mak Lela yang sendiri beritahu kepadaku. Kau ingat masa mak panggil kita seorang demi seorang? Ya ketika itulah aku baru tahu tentang perkara ini dan jujur aku juga memberi reaksi yang sama iaitu menafikan segalanya hinggalah aku cuba terima secara perlahan-lahan. Bayangkan Intan, kita masa tu sudah menjadi…pasangan kekasih selama seminggu tapi selepas tu aku baru tahu bahawa aku berpasangan dengan puteri diraja? Sakit dan serabut Intan!” jelas Shah sambil merenung wajah Intan yang sudah bergetar badannya.
Ingin saja Shah memeluk Intan namun tahu akan batasnya belum halal itu, dia batalkan saja niatnya itu. Shah mengeluh lalu sambung, “Betullah apa yang dijelaskan oleh baginda tadi Intan…bahawa kau anak sebenarnya dan puteri diraja. Ini semua berlaku sejak peristiwa hitam dahulu dimana kejadian pemberontakan yang meragut nyawa ramai rakyat termasuk bonda permaisuri kau. Disebabkan itulah baginda memberi amanah kepada dayang yang menjaga kau ketika bayi lagi untuk menjaga kau di negeri sebelah iaitu dimana kau dengan keluarga kandung kau menetap hinggalah sekarang kau dah dewasa. Sudah tiba masanya kau kembali ke negeri asal dan tempat asal kau iaitu istana…sebabtu kau berada disini Intan”
Intan melihat mata Shah untuk mencari kebenaran malah benar semua yang dikatakannya itu benar belaka. Intan mengangguk faham dengan penjelasan Shah.
“Tapi mak saya menghantar saya dekat rumah awak untuk mencari pendapatan demi hutangnya saja—”
“Mungkin itu adalah caranya untuk menghantar kau ke tempat asal kau Intan” andaian Shah saja. Intan terkilan dengan andaian itu lalu menggelengkan kepalanya.
“Yang penting sekarang ni, memang benar kau adalah puteri baginda dan kau…perlu tinggal dalam istana ni mulai sekarang” ujar Shah. Intan kembali melihat Shah sambil mengerutkan dahinya.
“Tak nak! Saya nak jadi rakyat biasa saja seperti orang lain….nanti mak Lela seorang saja lepastu keluarga saya—” katanya dicelah oleh Shah.
“Tak boleh Intan..kau adalah puteri malah kau pun nanti jadi permaisuri kami setelah baginda” Shah mengatakan dengan nada serius tetapi hatinya berkata sebaliknya.
“Hrmp!” Intan merengus lalu dia berdiri siap sedia untuk keluar dari bilik itu untuk melarikan diri namun apabila dia membuka pengawal di sana membuka pintu tersebut, terlihat keberadaan ayahandanya di hadapan pintu itu.
“Nak ke mana Intan….atau anakandaku puteri Intan?”
Intan tergamam sekejap melihat ayahandanya yang merenungnya lama bahkan di sekeliling itu diawasi oleh pengawal-pengawal istana. Shah yang melihat baginda di hadapan itu mengeluh lalu senyum kearah baginda.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...