3 tahun kemudian….
“Indera Idlan Saniy!” jerit Intan kepada putera sulongnya yang berusia 3 tahun itu. Puteranya sedang berlari di taman itu tidak berhenti sambil ketawa riang disebabkan ayahandanya Shah mengejarnya.
“Abang! Dahlah tu main dengan Idlan! Pening lah saya….meh lah minum the dulu!” ujar Intan mengeluh. Shah dan puteranya menoleh kearahnya kejap sebelum mereka sambung bermain.
Amboi sombong eh! Intan menjeling saja mereka sebelum duduk di kerusi batu di taman itu. Terkedek-kedek dia berjalan dek kerana kini dia sudah sarat mengandungkan anak kedua mereka dan yang akan lahir nanti adalah puteri.
“Akak, tak payah lah berdiri banyak….akak sarat dah tu nanti sakit kaki akak” ujar Nilam adik angkat Intan dulu. Intan mengeluh, “Yelah, akak tahu..tapi kalau dah riuh macam tu naik pening kepala tahu?”
Nilam terketawa mendengar bebelan kakanya itu sambil mengusap perut labunya juga. Ya, dia pun tengah mengandungkan anak pertamanya dengan Farid. Selepas saja Shah dan Intan berkahwin, alat sebulan mereka berdua pula sampai jodoh dan berkahwin.
“Hah, dia cakap kita sarat mengandung…dia pun sama juga. Bila lahirnya anak kamu berdua?” soal Intan. Nilam tersenyum ceria, “Lagi sebulan akak hii…akak bila?” Intan menganggukkan kepalanya.
“Ohh, akak lagi dua minggu lah ni—” pertuturannya dicelah oleh Farid yang baru tiba di situ. “Adinda! Rindunya dekat dia..” Farid peluk Nilam sebelum melabuhkan bibirnya di dahi Nilam dan perut Nilam.
“Alaah kau, aku pun boleh buat..” tiba-tiba datang Shah bersama putera mereka lalu dia pun melabuhkan bibirnya di dahi Intan dan perut Intan. Farid menjeling apabila melihat senyuman mengejek Shah.
“Kanda..cuba ada malu sikit..depan orang malu lah dinda” ujar Nilam malu. Farid terketawa sekejap sebelum mengusap kepala Nilam yang ditutupi tudung itu.
Manakala Intan di sebelah sudah jeling Shah membuatkan Shah mengangkatkan keningnya. “Apa salah abang lagi ni sayang?” Intan memuncungkan bibirnya, “Abanglah! Tak dengar cakap sayang tadi, pening kepala tahu?”
Shah tersengih, “Maaflah, ni Idlan yang bawa bermain..kasihan dia tak ada dengan bermain lagi, adik dia masih dalam perut..” Seraya itu Shah mengusap perut Intan, “Semoga nanti Maleeka Iris menjadi puteri yang solehah ye dengan umi dan abi…termasuk kamu juga Idlan”
Idlan yang mendengar namanya disebut terus mengangguk, “Ni ayik (adik) bila yahir (lahir) umi?” soal Idlan dengan pertuturannya yang pelat. Mereka berdua terketawa, “Sabarlah, nanti sampai masa adik Idlan keluar”
Idlan bersorak gembira, “Yapat (dapat) dengan yembak(tembak) lah nii kan abi?” Intan sudah menjeling kearah Shah. Ya Shah yang suka membawa anak mereka ke markas dan menunjukkan ‘barang’ yang tidak sepatutnya umur 3 tahun melihat.
“Ya boleh…nanti adik jadi hebat macam Idlan juga—aw! Aw!” Intan sudah menarik telinga dan genggam rambut Shah dengan sekuat hati. Bukan kerana geram dengan pertuturan Shah tadi namun disebabkan dia tengah menahan kesakitan yang kuat di bahagian rahim nya itu.
“A-abang s-sakit!” jerit Intan sambil mengerutkan dahinya. Shah pun mengerang sakitnya, “Dia pula yang sakit, habis aku ni?” Manakala Nilam dan Farid sudah mula berdiri dan cuba meleraikan genggaman kuat Intan itu.
“Akak, dah kenapa kak? Sakit apa?” soal Nilam cemas. Intan menggeleng, “S-sakit bawah a-aku..” Akhirnya terlerai juga genggamannya pada rambut dan telinga Shah itu. Shah menggosok bagi meredhakan kesakitannya itu.
“Bawah mana sayang? Kaki kau ke?” soal Shah bingung. Farid menoleh kearahnya, “Wei sama! Aku pun baru nak cakap tu!” Intan sudah memegang perutnya. Terang lagi bersuluh pun masih nak tanya!
“SAYA DAH NAK TEBERANAK LAH!”
“HAH?!” jerit dua lelaki itu lalu lekas-lekas Shah mahu mengangkat Intan. Manakala Farid mengarah pengawal istana di situ untuk segera beritahu ayahanda Intan dan memanggil doktor.
“Akak kata berapa tadi?” soal Nilam sambil berjalan perlahan. “L-lagi dua m-minggu..” balas Intan. Nilam menggeleng, “Laah, dia tak sabar sangat nak keluar tu yang dia awal lahir tu..”
Dengan itu, mereka berempat lekas-lekas pergi ke bilik Intan dan Shah. Sampai saja doktor dan bidan-bidan itu, mereka terus memasuki bilik itu dan membuat kerja mereka. Shah diminta untuk bersama dengan Intan.
Dalam proses pemberanakan puteri mereka itu, Shah cuba bertahan sehabis baik walaupun ketika itu dia ada rasa ingin muntah melihat banyak darah. Disebabkan inilah, peristiwa dia pengsan ketika Intan melahirkan Idlan sering ditertawakan oleh Farid.
Akhirnya, terdengar tangisan puteri mereka yang bergema di dalam bilik mereka. Kedengaran bunyi tembakan meriam bagi menandakan permaisuri selamat melahirkan bayi yang sehat.
“Assalamualaikum, puteri abi dan umi….Puteri Maleeka Iris” senyum Intan dan Shah apabila melihat tangisan anak mereka diam selepas dengar suara mak ayahnya. Selepas itu, Shah pun mengazankan puteri mereka.
“Terima kasih atas kurniaan mu ya Allah, memberikan ku keluarga yang baik, suami yang bertanggungjawab dan anak-anak yang comel ini…malah sahabat-sahabat yang baik juga” bisik hati Intan sambil tersenyum apabila Shah kembali kearahnya.
“Alhamdulillah terima kasih sayang…melahirkan zuriat abang dengan kesungguhan dan kesakitan yang sayang alami itu…semoga kita dapat besarkan anak-anak dengan baik dan abang janji akan jaga keluarga ni sampai akhir hayat abang” Dengan itu Shah mencium sekilas dahi Intan.
Titik perkenalan yang awalnya banyak perang mulut di antara mereka hingga di satu masa timbulnya suatu perasaan yang aneh di hati masing-masing.
Malah setelah itu mereka tetap berhubungan walaupun takdir seperti tidak memihak kepada mereka disebabkan pangkat dan taraf mereka.
Namun jika Allah itu berkehendak, maka terjadilah suatu keajaiban itu. Kita cuma harus percaya dengan takdirNya walaupun pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi asalkan kita tahu pengakhirannya cantik dengan berkat kesabaran.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...