Bab 9 ✨

72 39 0
                                    


Suasana agak sunyi di antara mereka berdua yang sedang bertungkus lumus membuat kerja itu. Yang kedengaran hanyalah bunyi penyapu lidi dan air di simbah.

Shah yang sibuk menyapu dedaun yang gugur itu menoleh kepada Intan dek kerana bunyi air yang disimbah ke dalam pasu bunga itu agak kuat. Intan pula tidak sedar bahawa dia diperhatikan oleh Shah yang seperti mahu membahamnya.

"Oi!Kau ni menyiram bunga ke menyiram tanah? Habis basah tanah tu oleh kau, kenapa tak siram diri sendiri jugak?" ejek Shah sambil tersenyum sinis kepada Intan.

Manakala Intan pulak sudah naik darah, tinggal buka saja mulutnya habislah lelaki itu. Namun dia cuba tahankan saja kerana itu adalah tuan mudanya. Intan pun hanya menjeling dan buat tiada apa-apa dengan ejekan tersebut.

"Aku bercakap dengan kau ni!Kau bisu dah ke tak reti nak jawab balik---" terberhenti percakapan Shah apabila Intan tiba-tiba menghampirinya dengan wajah yang bengis sekali.

"Apa masalah awak hah? Saya daritadi lagi tak pun mengacau awak, yang sibuk fasal orang ni tak ada kerja lain ke?" marah Intan.

Shah terkilan sekejap dengan sifat berani Intan yang memarahinya itu. Lalu dia tersenyum sinis dan mendekatkan dirinya kepada Intan sehingga Intan berundur beberapa tapak.

"Pandai pun menjawab...tapi bukan jawaban ni yang aku pinta. Aku tanya kau tu siram apa sebenarnya, bunga ke tanah? Alang-alang tu basahkan diri kau sendiri juga. Kan kau tu menyiram tak ingat dunia juga" ulang Shah yang berada dekat sekali dengan Intan itu.

Intan terkial-kial hendak melepaskan dirinya sebab kedudukan mereka boleh membuatkan orang lain salah faham namun dia tidak boleh berbuat apa lagi selain menjawab soalan lelaki itu.

"Saya siram bunga lah lepas saya ketepikan yang tangkai patah itu, tak nampak ke? Dan kenapa pula saya nak siram diri saya kalau saya boleh saja mandi dekat bilik air?" rengus Intan sambil menolak dada bidang yang tegap milik Shah itu.

Shah menangkap pergelangan Intan yang berlapik itu lalu dia ingin saja nak kenakan perempuan itu lagi sampailah ada orang lain menyapa mereka berdua.

"Oi kamu berdua ni buat apa? Pagi-pagi lagi sudah buat perkara yang tidak sopan. Cuba malu sedikit depan orang" bebel mak Jah iaitu jiran sebelah rumah mereka.

'Elehh, dia marah lah tu kita tolak anak dia untuk menjadi isteriku' ejek Shah dalam hatinya.

Sebaliknya pula, Intan sangat malu selepas mendengar bebelan jiran itu lalu dia berjaya juga menolak badan Shah sehingga dia terundur belakang. Shah melihat wajah Intan yang sangat merah itu lalu dia berasa bersalah terhadapnya.

Namun dia tetap juga dengan egonya, dia tidak akan meminta maaf selagi Intan itu tidak memulakan sesi maaf ini. Dia mengeluh kembali apabila merenungkan kehidupannya sejak 2 hari lepas agak kucar kacir setelah Intan masuk dalam hidupnya.

Namun dalam keluhannya itu, ada juga tersemat rasa bahagia sedikit kerana sudah lama dia tidak melayan seseorang persis seperti adiknya dahulu.

*****

Malam itu, selepas makan malam Intan mahu duduk di halaman luar dekat depan rumah itu. Dia sudah lama bertapa dalam biliknya itu dek kerana tidak mahu berjumpa dengan Shah yang menjengkelkan hatinya itu.

Apabila dia keluar dari biliknya senyap-senyap sambil menjengketkan kakinya, dia tidak perasan ada Shah dari bahagian dapur mengerutkan dahinya kerana tidak faham dengan apa tujuan Intan berbuat begitu.

Intan yang sudah berada di luar itu duduk di atas kerusi kayu yang panjang itu. Dia menghirup udara segar dan bertemankan keindahan langit yang dihiasi dengan bintang dan bulan itu.

"Jika rindu, renungkanlah langit malam itu seperti kamu sedang melihat kami dari bawah dan kami pula akan berkata yang kami di sini baik-baik saja", itulah kata-kata dari ibu dan bapa angkatnya yang dia ingatkan dalam hatinya sebelum dia berangkat ke negeri ini.

Intan tersenyum hingga sedikit lagi air matanya menitis ke pipinya namun kesedihannya itu diganggu dengan bunyi yang datang dari pasu besar yang berisi air itu. Kemudian Intan pun cuba pergi kearah mana datangnya bunyi itu dan rupa-rupanya....

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now