Bab 31 ✨

49 20 0
                                    


“Mak? Shah?” tiba-tiba suara halus itu kedengaran di telinga mak Lela dan juga Shah. Rupa-rupanya Intan yang menyapa mereka. Intan pula yang memang menunggu mereka itu, berasa bimbang apabila melihat adegan mereka seperti ada sesuatu yang berlaku sebab itu dia pergi menyapa mereka.

“Hah ye Intan? Kenapa? Ada apa-apa ke?” soal mak Lela. Shah pula tidak sanggup memandang Intan kerana dia takut dengan mukanya yang agak memerah ingin menangis itu akan membuat Intan bimbang dan menanyakan soalan.

“Tak ada apa-apa, mak. Cuma Intan risau melihat adegan mak dan Shah sejak dari tadi sementara menunggu giliran Intan” terang Intan. Dia cuba melihat Shah namun Shah tidak langsung melihat kearahnya.

“Ohh, Intan dengar ke apa yang kami bincangkan tadi?” soal mak Lela. Intan menggelengkan kepalanya tanda dia langsung tidak mencuri dengar perbualan mereka tadi.

“Ohh, faham. Dah, Shah kamu pergi masuk. Kini giliran Intan lagi, mak nak berdua dengannya” Mendengarkan itu, Shah berdiri dan menyalam maknya lalu terus masuk ke dalam rumah.

Intan melihat Shah sehingga hilang kelibatnya masuk bilik. Intan mengeluh kerana dia tidak tahu apa salahnya hingga buatkan Shah begitu dingin dengannya tiba-tiba.

“Duduk Intan” arah mak Lela. Intan pun duduk di sebelah mak Lela. Mak Lela memegang tangannya lalu memulakan perbualan mereka.

“Maafkan mak terlebih dahulu ye Intan jika mak ada berbuat kesalahan kepada Intan”

“Tidak apa mak, Intan memang sedia memaafkan mak lagipun mak tak ada buat kesalahan pun” senyum Intan. Mak Lela semakin dihurungi rasa bersalah.

“Intan…sayangkan Shah?” soalan tiba-tiba yang mengejutkan Intan. Intan tersenyum malu kearah mak Lela.

“Ye mak, Intan pada mulanya suka sedikit saja tetapi sekarang menjadi bertambah sayang kepada Shah. Sejak kami mula bercinta, Shah menampakkan sisi nya yang tidak orang lain tahu iaitu sifat penyayangnya, prihatin dan lebih banyak bergurau senda”

Mak Lela senyum mendengarkan itu, “Alhamdulillah, Shah memang begitu dengan orang yang dia sayang. Siapa yang meluahkan perasaan terlebih dulu?”

Intan senyum malu lagi, “Shah mak, walaupun dia malu tapi dia beranikan dirinya untuk menyatakan perasaannya terhadap Intan. Itulah Intan menjadi lebih suka tu. Intan suka lelaki yang berani hihi”

“Andai suatu hari nanti,terjadinya sesuatu perkara, Intan masih mahu tak nak kahwin dengan Shah?”

“Maksud mak terjadinya sesuatu perkara? Inshaallah, selagi mana Allah izinkan kami berjodoh, Intan mahu kahwin dengan dia mak lebih-lebih lagi dapat mak mertua yang baik dan penyayang ni” Intan terus memeluk bahu mak Lela.

Mak Lela memandang muka Intan yang dihiasi senyuman itu. Dia tidak tahu bagaimana mahu bagi petunjuk lagi bahawa nanti ada sesuatu perkara yang akan membuat Intan terkilan dan mungkin menukar cara hidupnya 360 darjah.

“Inshaallah ye Intan. Mak pun mahu bermenantukan Intan yang cantik dan baik hati ini. Tetapi satu saja yang mak ingin beritahu Intan.Andai suatu hari, cara hidup Intan akan bertukar sepenuhnya jangan mengeluh dan teruskan melalui cara kehidupan Intan yang baru itu ye nak? Mak dan Shah akan masih di sisi kamu tetapi tidak selalu…”

Intan mengerutkan dahinya, bingung dengan apa yang dimaksudkan dengan mak Lela namun dia hanya menganggukan kepalanya saja. Lalu mak Lela mengajak Intan pergi masuk rumah dan bilik untuk tidur kerana sudah lewat malam.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now