Bab 44 ✨

37 17 0
                                    


Setelah beberapa lamanya, mereka tiba juga di Istana Paspuri itu. Apabila pengawal istana yang berdiri membuka pintu utama istana, terus saja Intan meluru masuk meninggalkan Shah dan yang lain di belakang.

Shah yang di belakang sudah menggelengkan kepalanya, ‘tak sabar betul dia ni’. Selepas itu, dia pun turut melajukan langkahnya mengikuti Intan yang sudah tentu tidak tahu selok belok istana itu.

Intan meneruskan langkahnya ke mana saja kakinya membawanya tanpa tahu selok belok dalam istana ni. Tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kaki di belakangnya menandakan ada orang sedang mengejarinya.

“Intan!” Shah berlari kearah Intan sehingga dia tercungap-cungap. ‘Pantas betul kaki pendek ni’ mengeluh Shah dalam hati.

Intan menjelingnya sekilas lalu hendak meneruskan jalannya namun dibantut oleh Shah. “Nak ke mana kau ni Intan? Penat aku kejar kau…” ujar Shah sambil melihat Intan. Intan menoleh kembali kearahnya.

“Siapa suruh awak kejar saya…saya nak ke bilik sayalah” balas Intan dengan nada yang malas sekali. Shah mengeluh, “Kau bukannya tahu pun selok belok istana ni…mari aku tunjukkan”.

Shah terus maju ke hadapan manakala Intan hanya menurut di belakangnya. Sampai saja mereka di depan bilik Intan, Shah menoleh kearah Intan. “Cuba buka bilik kau dan lihat dalamnya..”

Intan teragak-agak ingin membuka pintu yang berwarna krim emas itu. Akhirnya dengan lafaz bismillah, dia buka juga pintu itu. Terlopong Intan melihat dalaman biliknya ketika itu.

Di dalam bilik itu, penuh dengan perabot-perabot krim emas malah juga katil nya lebih besar dari katil empuk miliknya di rumah sebelum ini. Ruangnya juga luas hingga boleh letak satu lagi katil besar.

“Besarlah bilik ni…tak ada bilik yang ruangnya kecil sedikit daripada ni ke?” tanya Intan sambil melihat Shah. Shah sudah tercengang, “Kau ni, ini kan ruang yang luas dan katil yang besar kan selesa ni..tak ada yang lain lagi dah baginda bagi bilik ni dekat kau..ambil je lah”

Shah menjelingnya lalu meluru masuk ke dalam ingin meletakkan beg Intan di atas katil itu. Intan mengerutkan dahi apabila dikata begitu lalu dia pun masuk juga ke dalam bilik itu.

“Cantik juga bilik kau ni, luas yang boleh menyebabkan aku tak akan keluar lagi dari bilik ni…tidur je memanjang”

“Hmm dah pergilah keluar, tak elok lelaki memasuki bilik perempuan lebih-lebih lagi bilik puteri…kan?”

Shah melihat Intan yang sudah tersenyum kearahnya. Shah menganggukkan saja kepalanya lalu dia mengorakkan langkahnya keluar dari bilik tersebut. Lalu apabila dia ingin menoleh kembali kearah Intan ingin berkata sesuatu, pintu bilik itu dihempas begitu saja di depan mukanya.

Shah mengeluh, “Kau ni sabarlah kejap, ni aku nak cakap…besok tunggu aku datang jemput kau depan bilik ni lepastu aku iringkan kau ke bilik santapan diraja”. Selepas itu, barulah Shah membuka langkahnya dari situ.

“Apalah nak jadi dengan kau Intan…sabar nanti aku dapatkan semula Intan aku yang dulu”

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now