Bab 39 ✨

41 19 0
                                    

Setelah mereka keluar dari bilik tetamu tersebut, Intan menoleh ke belakang untuk melihat kelibat Shah namun hampa dia tidak mengikuti mereka. Kemudian Intan kembali pandang ke hadapan.

“Boleh beta bertanya kepada Intan?” soal baginda kearah Intan.Intan mengangukkan kepalanya, “Boleh Tuanku, nak tanya apa tu?” 

“Perihal kamu dan Shah. Kamu kekasih kepada Shah kan selain menjadi pembantu rumahnya?”

Intan mengangguk malu, “Betul Tuanku, kami baru menjadi pasangan kekasih hampir 2 minggu yang lalu…”

Baginda hanya anggukkan kepalanya. Selepas itu, barulah mereka tiba di dalam suatu bilik iaitu bilik potret diraja dimana tersimpannya segala potret lama raja-raja dan permaisuri terdahulu.

“Mari masuk Intan” seraya itu mereka memasuki ruang bilik itu. Intan melopong melihat banyak potret kerabat diraja disitu malah kagum dengan lukisan-lukisan itu. Baginda tertawa kecil melihat reaksi Intan.

“Tak usahlah begitu Intan, ianya hanya potret dan yang paling penting kita menghargai jasa kerabat raja dahulu” kata baginda sambil melintasi beberapa potret hinggalah mereka tiba di satu potret ini.

“Wahh, cantik sangat lukisan ini….itu adalah Tuanku dan keluarga Tuanku ke?” kagum Intan melihat lukisan yang tertera di hadapannya itu. Baginda sudah tersenyum melihat Intan lalu menganggukkan kepalanya.

“Betul Intan....ini adalah gambar lama keluarga beta sebelum peristiwa hitam itu terjadi” senyuman baginda tadi terus memudar apabila mengingatkan perkara yang telah lama berlalu.

“Faham…ampunkan patik Tuanku tapi apa yang berlaku sebenarnya dengan permaisuri dan puteri?” soalan dari Intan membuatkan baginda terdiam sekejap sebelum membuka cerita tentang itu.

“Permaisuri mati dibunuh oleh pemberontak itu yang berlaku 20 tahun lepas manakala puteri kami…” seraya itu baginda memandang lama kearah Intan hingga Intan terasa tidak senang hati dengan pandangan baginda itu.

“Masih hidup….tetapi dia tinggal bersama keluarga angkatnya dimana mak dan ayahnya itu adalah dayang istana dan tukang kebun istana dahulu..”

Intan sudah mengerutkan dahinya kerana dia merasakan cerita itu macam mengisahkan tentang dirinya namun dia hanya abaikan saja.

“Ohh, dia tidak kembali ke negeri asalnya kah?” 

“Dia tidak tahu bahawa dia adalah seorang puteri diraja malah beta tahu keluarga angkatnya takut hendak beritahu kepadanya kerana mereka tahu puteri tidak akan percaya tanpa ada bukti” seraya itu baginda mengambil kalung emas dari perabot emas disana yang terukir nama Intan disitu.

 Kalung emas itu sudah pernah dipakaikan kepada Intan semasa dia bayi tetapi baginda bertindak untuk menyimpan kalung itu sebelum Intan dibawa ke negeri sebelah.

“Inilah bukti kukuhnya…cuba kamu lihat” baginda memberi kalung emas itu kepada Intan. Intan mengambilnya lalu melihat nama yang terukir disitu. Tiba-tiba hatinya berdebar melihat namanya yang tertera disitu.

“Ini bukan kah nama—” soalan dari Intan dicelah oleh baginda.

“Betul Intan…kamulah puteri beta….Puteri Intan Mawarti binti Raja Mahapuri Agong”

Dengan itu, Intan terjatuh ke lantai kerana terkejut dengan apa yang baru dinyatakan oleh baginda.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now