Bab 24 ✨

48 23 0
                                    


“Intan!” Shah menghampiri mereka dengan raut muka yang sangat garang.

Uthman dan Intan sama-sama menoleh kearah Shah dek kerana terkejut dengan sergahan kasar Shah. Intan terus kelam-kabut takut dia ada buat salah yang membuatkan Shah garang semacam ini.

“Ye awak? Kenapa—”

“Intan masuk ke dalam!” arah Shah tiba-tiba. Intan semakin takut dengan nada yang digunakan oleh Shah itu.

“Tapi kenapa—” 

“AKU CAKAP MASUK!” Shah menjegilkan matanya bukan kepada Intan tetapi tepat kepada Uthman yang di belakang Intan tu. Uthman pula merasa panas hatinya melihat Intan diarah sekasar begitu

“Shah! Apa ni kasar-kasar begitu dengan perempuan! Benda boleh bawa bincang dengan tenang kan?” nada suara Uthman juga meninggi sedikit tetapi tidaklah kasar seperti Shah.

“Kau diam! Aku bercakap dengan Intan bukan dengan kau!”

“Apa masalah kau ni Shah? Kalau betul pun kau bercakap dengan Intan cuba berlembut sedikit, dia tu kan perempuan…”

Shah melihat sekilas kearah Intan yang menunduk memandang lantai dengan wajah yang takut. Shah mengeluh sekejap lalu memandang kembali kearah Uthman.

“Baik, kau nak tahu apa masalah aku? Masalah aku adalah aku dah dengar semuanya  yang kau katakan kepada Intan tadi”Uthman dan Intan terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Shah itu. 

“Apa? Kau curi-curi dengar apa yang kami bualkan tadi? Mana boleh macam tu—” ayat Uthman dicelah oleh Shah.

“Boleh jika ianya membabitkan Intan” dengan yakin Shah berkata depan mereka berdua. Mereka berdua bingung apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Shah itu. Shah berdehem sebelum kembali bercakap.

“Maksud aku, Intan tu pembantu rumah aku. Jadi apa-apa masalahnya ialah masalah aku juga. Dia juga ialah tanggungjawab aku jadi apa-apa yang kamu bualkan tadi, aku berhak tahu sepenuhnya”

Semakin tercengang Intan dibuatnya kerana adakah istilah begitu? Teori mana kah yang Shah ambil ni, macam buat-buat saja. Manakala Uthman pula sudah memerah telinga dan pipinya kerana luahan hatinya itu bukan saja Intan yang tahu malah Shah juga tahu.

“Tapi tu kan perbualan kami yang tidak boleh ada sesiapa yang mengetahuinya—”

“Jadinya? Ada Nampak muka aku ni kesah ke? Hei berani betul kau meluahkan perasaan kau terhadap Intan? Dekat belakang rumah aku pula tu? Tak romantis lah kau ni. Dulu, kau buat juga perkara yang sama kepada adik aku” Shah merengus.

“Perkara lama tak usah lah diungkit Shah—” 

“Perkara lama tulah yang masih menghantui aku Man!” Shah menapak kearah Uthman dan menarik baju Uthman sehingga terangkat sedikit badannya. Memerah mata Shah meneliti insan yang pernah dia gelar sebagai sahabat tu.

“Kau…KAU TAK TOLONG DIA MAN! DIA ADIK AKU TU MAN, DIA MINTA TOLONG MAN! KAU DEKAT DEPAN DIA! MANA PANGKAT KAU SEBAGAI ANAK KETUA KAMPUNG MASA TU?! JAWAB!”

Shah jerit di hadapan muka Uthman yang sudah kalut itu dan dia pun melepaskan Uthman dengan lemah sekali. Dia menunduk sambil menahan tangisannya. Mereka terdengar bunyi tapak kaki yang bergegas menuju kearah mereka.

“Shah! Uthman! Apa yang terjadi ni?! Kenapa gaduh ni?” soal mak Lela sambil memegang bahu Shah. Uthman yang di hadapannya itu hanya mendiamkan diri sementara mak Masnah menilik muka anaknya itu takut ada kesan calar luka namun tiada apa.

Shah mendongak kembali melihat muka Uthman dan ketika itulah air mata lelakinya menitis sehingga membuatkan mereka semua tergamam melihat Shah begitu. Shah menapak kearah Uthman dan mengatakan sesuatu yang membuatkan mereka sekeluarga tergamam lagi sekali.

“Man, ni lah panggilan aku untuk kau semasa kita masih bersahabat tetapi itu dulu. Sekarang apa yang aku nak cakap ni baik kau hadam betul-betul. Kau, kalau nak memilih perempuan, tolong jangan ambil yang berada dekat dengan aku. Aku tak kesah kalau kau suka dekat perempuan lain tapi jangan dekat perempuan aku. Sebab aku tak nak perkara lama berulang kembali, faham?”

Sebelum Shah mahu pergi dari situ, dia sempat berkata lagi dengan nada yang sangat rendah hingga hanya Uthman dan keluarganya saja yang terdengar. “Jujur aku kata, aku suka Intan atau mungkin aku dah mula sayangkan dia dah lebih dari seorang pembantu rumah. Jadi aku berharap kau dapat mengundurkan diri kau dan semoga Intan juga menolak kau dengan cara yang baik”

Dengan itu, Shah bergerak pergi keluar dari rumah itu untuk cuba menenangkan dirinya. Manakala Intan dan mak Lela terpinga-pinga kerana mereka tidak terdengar apa yang dikatakan oleh Shah itu.

Namun satu saja yang Intan pasti, perkara yang dikatakan oleh Shah itu adalah membabitkan dia kerana jelas Uthman dan keluarganya terus memandangnya dengan muka yang terkejut dan terkilan selepas Shah beredar dari situ.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now