Bab 56 ✨

33 14 0
                                    


Setelah tiga hari berlalu, keadaan kembali seperti biasa dimana Shah menyambung tugasannya melatih angkatan-angkatan bawahannya dan sekali sekala menghadiri latihan silatnya juga setelah sibuk dengan urusan istana.

Manakala Intan pula, hanya terpuruk di dalam biliknya ataupun dia membaca buku mengenai ciri-ciri menjadi puteri mahkota yang sebenarnya.

Kini, Intan duduk di birai katil besarnya dengan perasaan bosan sekali. Mana kan tidak, Shah buah hatinya itu kini sedang melatih angkatan-angkatan itu. Dia tidak ada siapa lagi dengan berborak melainkan Shah.

Ayahandanya pula sibuk dengan urusan negara beberapa hari ini bersama Raja Sakara dan Putera Saqeef sebelum keberangkatan mereka pada hari ini. Intan mengeluh untuk sekian kalinya.

Dia bangun dari duduknya dan menuju ke depan cermin almari soleknya. ‘Fuh, tak apa Intan…nanti Shah tak sibuk, dia akan datang jenguk kau juga’ bisik hatinya sebelum melangkah keluar dari biliknya.

*****

Sekarang Intan bersama ayahandanya berada di depan istana untuk berjumpa dengan Raja Sakara dan Putera Saqeef buat kali terakhir sebelum mereka berangkat.

“Terima kasih untuk dua minggu ini Mahapuri….nanti ada masa, aku datang lagi inshaallah. Kau pun dialukan untuk datang ke negeri ku juga” ucap Raja Sakara seraya berjabat tangan dengan Raja Mahapuri.

“Terima kasih juga atas kerjasama kau dalam urusan negara ni….inshaallah nanti adalah aku pula yang datang ke negeri kau” ucap Raja Mahapuri. Raja Sakara mengangguk sekilas sebelum menoleh kearah Intan.

“Intan…beta sekali lagi mahu mengucapkan selamat pulang ke pangkuan ayahanda kamu dan jadilah puteri mahkota yang sentiasa cantik dan bijak dalam urusan negara ye?”

Intan mengangguk tersenyum kearahnya. Manakala Putera Saqeef pula maju ke depan untuk berjabat tangan dengan Raja Mahapuri. Lalu dia pun tersenyum sekilas saja kearah Intan.

Raja Mahapuri dan Raja Sakara memandangnya dengan perasaan bersalah dek kerana Putera Saqeef sudah menjelaskan bahawa dia sudah tahu kebenaran tentang hubungan Intan bersama Shah.

Awalnya Raja Sakara tidak mahu mempercayainya kerana dia masih berharap anaknya itu nanti akan bersama dengan Intan namun setelah dipastikan oleh Raja Mahapuri sendiri, dia hanya mampu terima takdir itu.

“Baiklah, kami berangkat dulu ya Mahapuri….sampai jumpa lagi, assalamualaikum” Dengan itu, Raja Sakara dan Putera Saqeef terus masuk ke dalam kereta kuda mereka lalu mulakan perjalanan dari situ.

“Hm, ayahanda nak masuk ni….Intan lepas ni nak ke mana?” soal baginda setelah hilang kelibat mereka tadi. Intan menoleh kearahnya llau tersenyum kekok, “Hihi, tak tahu lagi ayahanda…mungkin meronda istana lagi lah agaknya”

“Baiklah, ayahanda masuk dulu” ujar baginda lalu terus masuk ke dalam istana hendak pergi ke bilik pejabatnya untuk menguruskan hal negara lagi. Intan menganggukkan kepalanya.

Setelah hilang kelibat ayahandanya, Intan pun meliarkan matanya memandang sekeliling. Namun terbantut apabila beberapa pasang mata pengawal istana memandangnya tidak lepas.

Intan jadi malu sendiri lalu dia berdehem untuk menutup rasa malunya itu. Lalu terus dia berlari anak masuk ke dalam istana dan memulakan misi menerokai istananya itu.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now