Pada malam hari yang disinari oleh bulan dan bintang itu, ayah mereka Nuqman sedang makan angin sambil melihat keindahan ciptaan Illahi itu.“Abang…” panggil isterinya, Aziza. Aziza yang memang sedang mencarinya kerana mahu bincangkan sesuatu itu ternampak suaminya dibuai angina malam di luar.
Nuqman menoleh ke arah isterinya lalu mendepakan tangannya kepada Aziza. Aziza pun masuk kedalam pelukan hangat itu dan mereka terus sambung menghayati suasana itu.
“Abang, ziza mahu cakap sikit ni…..tentang Intan” Aziza mulakan perbualan terlebih dahulu.
“Ah kenapa dengan anak kita?” soal Nuqman. Dia tahu akan apa isterinya mahu cakap.
“Bukan anak kita abang….dah sampai masanya untuk dia kembali dekat tempat dia yang asal” nada suara Aziza lemah selepas mengatakan apa yang terbuku dalam hatinya.
“Hmmm mesti kah dia kembali? Macam mana pula nak kata dekat baginda yang kita nak mengembalikan puterinya?”
“Abang ingat tidak janji kita dahulu dengan baginda? Abang, kita mesti juga kembalikan Intan, bukan sebab apa tetapi Negara nya memerlukan waris pemimpin mereka nanti dan baginda pun mahu juga tengok puteri peninggalan isteri baginda…..” terang Aziza.
“Abang berat mahu lepaskan Intan…Abang dah sayangkan dia macam anak abang sendiri” sedih Nuqman tak terkata kerana dia mesti terima hakikat bahawa Intan bukan anaknya.
“Saya juga abang tapi kita mesti relakan---“ terhenti perbualan mereka apabila orang yang dibualkan itu memanggil mereka.
“Ibu,Ayah? Kenapa tidak masuk lagi? Malam-malam ni sejuk anginnya” soal IntanAziza dan Nuqman saling berpandangan. ‘Dia dengarkah apa yang kami bualkan tadi?’ monolog Aziza.Aziza mengeluh lalu memanggil Intan untuk duduk di hadapan mereka.
“Intan, kami ada benda nak beritahu kamu”
“Apa dia ibu?” soal Intan hairan dengan muka kedua ibu dan ayahnya yang resah itu.
Aziza tergamam sekejap hendak apa yang mahu dikatakan kepada Intan. Tiba-tiba dia ada idea yang mungkin tidak masuk akal tetapi dia terpaksa juga.
“Ni ibu nak cakap yang kami dua ada hutang yang begitu besar jumlahnya tetapi kami tidak tahu macam mana lagi hendak selesaikannya….kami dah bagi banyak barang kemas kami tapi tidak cukup” Aziza berkata dengan gelisah sekali manakala Nuqman membulatkan matanya kearah isterinya.
Hakikat sebenarnya Aziza cuma tipu Intan yang mereka berhutang kepada entah siapa kerana inilah saja jalannya untuk bawa Intan balik ke negeri asalnya.
“Hah! Betul-betullah ibu….lepas tu macam mana sekarang?”
“Ibu nak kamu cari pendapatan dekat negeri sebalah…boleh? Sementara ayah akan terus berniaga ikan di pasar dan ibu akan buat kuih-muih untuk dijual juga”
Nuqman melihat isterinya yang bersungguh-sungguh manipulasi Intan itu sampai kan namanya juga dikait namun dia hanya anggukan sahaja.
“Boleh ibu tapi kenapa jauh sangat?”
“Sebabnya Negara sebelah itu pendapatannya mungkin lebih besar kerana Negara itu sedang maju sekarang berbanding dahulu..” kata Aziza menyakinkan Intan.
“Dan juga sahabat ibu, mak Lela tu sedang mencari pembantu rumah, jadi ibu nak kamu kerja dekat sana sajalah. Tidak lah ibu mahu kamu pergi kerja dekat pasar nanti ada lelaki miang kacau kamu” gurau Aziza dan mereka pun ketawa dengan andaian itu.
“Hm kalau macam itu baiklah ibu. Intan akan buat apa saja demi keluarga kita...jadi esok lah Intan kena berangkat ke negeri sebelah?” soal Intan.
“Ye nak, esok pagi ada kenderaan yang selalu bawa rakyat kita yang mahu pergi negeri sebelah jadi senanglah buat kamu nanti”
“Baiklah ibu, Intan kemas-kemas dulu” ibunya mengangguk manakala ayahnya hanya diam perhatikan mereka sedari tadi lalu Intan pun masuk ke dalam rumah untuk mengemas keperluannya.
*****
“Intan pergi dulu ibu, ayah, adik” Intan menyalam kedua ibu dan ayahnya dan juga adiknya Nilam.
“Baiklah terima kasih ye nak…jaga diri dekat sana baik-baik, apa pun mak Lela dan keluarga aka nada untuk kamu di sana jadi minta tolong saja dari mereka. Ibu sayang anak ibu” sedih hati Aziza hendak melepaskannya tetapi ini untuk kebaikan Intan. Mereka sekeluarga berpelukan buat kali terakhir.
Dengan berat hati, Intan pergi masuk ke dalam kenderaan panjang itu lalu melambai keluarganya apabila pembawa kenderaan itu mulakan perjalanan.
Setelah sampai di Negara Manwura itu, mereka diturunkan di tempat yang terkenal di dalam negeri itu. Lalu seorang demi seorang berpisah untuk pergi ke destinasi mereka.
Intan terkulat-kulat sendirian tidak tahu pergi mana manakala dia juga tidak faham alamat mak Lela yang diberi oleh ibunya itu.
Demikian itu dia ternampak ada lelaki umur 50-an sedang membawa kenderaan beca lalu dia terus pergi dan meminta pak itu membawanya kepada alamat mak Lela.
“Kamu dari negeri sebelah ye nak?” soal pak itu
“Ye pak, saya nak pergi rumah mak Lela tapi tidak tahu di mana” ujar Intan.
“Tidak apa, mari pak bawa kamu ye” Intan mengangguk dan mereka terus memulakan perjalanan pergi ke rumah mak Lela.
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...