Bab 65 ✨

39 17 0
                                    


Kini, ada seorang doktor sedang menekan kuat dada Shah dengan kiraan-kiraan. Intan sudah terkelu lidahnya melihat keadaannya Shah yang tidak berbaju iaitu hanya berbalut putih namun itu tidak menjadi kerisauannya tapi wajahnya Shah yang sudah pucat.

“Shah! Indera shah!” Intan terus pergi kearah Shah namun bidan-bidan di sana menarik badan Intan. Intan merengus kuat dan cuba melepaskan genggaman mereka malah diabaikan saja kesakitan dibelakangnya ketika itu.

“Shah! Awak bangunlah! Apa ni awak! Awak bangun lah! Argh!” terjerit-jerit Intan dengan tangisannya yang semakin kuat itu. “Doktor kenapa dia tak bangun?” Doktor itu menggelengkan kepalanya sambil melepaskan tekanannya di dada Shah lalu berdiri di sebelah katil Shah.

“Maaf Tuan Puteri…Shah tidak dapat dikembalikan setelah 30 minit selesai rawatannya yang tadi” doktor itu menunduk sambil menyatakan kenyataan bahawa Shah sudah tidak bernyawa.

“Tak! T-tak mungkin! Shah!” dengan sekuat hatinya Intan merentap pegangan lengannya itu lalu laju dia kearah Shah. Intan sudah menyentuh sisi wajah Shah tanpa berfikir secara luas bahawa dia tidak patut menyentuh Shah.

“A-awak…saya dah ada d-dekat dengan a-awak ni…bangunlah awak! Awak cakap nak kahwin dengan saya! M-mana janji awak?! Bangunlah Indera Shah!” teresak-esak Intan sambil tunduk di dada Shah itu.

Semua orang yang menyaksikan itu turut sedih yang menggunung lebih-lebih lagi Farid yang sudah kehilangan sahabat rapat dan seperjuangannya itu. Baginda yang terdengar histeria Intan pun turut berada di situ menyaksikan adegan itu.

Baginda menapak kearah Intan untuk menenangkan anaknya itu namun dibantut oleh Panglima 1. Panglima 1 menggeleng tanda jangan dekat dengan Intan dulu sebab emosi dia tidak stabil.

“Huk! Huk! Haah” suatu deruan nafas terasa di kepala Intan dan itu membuatkan dia berpaling melihat arah Shah. Shah dengan kerutan dahinya mencuba untuk mencari nafas.

“I-Intan..s-sakit..” pantas sekali Intan berdiri bingung dengan apa yang terjadi sekarang. Doktor tadi pun turut terkejut dengan Shah yang kembali hidup tapi tetap bersyukur dengan Allah yang sudah mengembalikan Shah.

Intan mengusap mata dan pipinya yang berair mata manakala doktor dan bidan-bidan sana terus saja memeriksa keadaan Shah. Intan dibawa ke dalam pelukan ayahandannya untuk menenangkannya.

“Alhamdulillah, dengan kuasa Allah Shah telah kembali hidup” kata baginda sambil mengusap kepala Intan. Intan hanya melihat keadaan Shah yang kini diperiksa oleh mereka.

“Alhamdulillah, rentak jantung Shah kembali seperti biasa…kalau Tuanku dan Puteri nak jumpa dia silakan” ucap doktor itu seraya keluar dari situ. “Baiklah terima kasih doktor”

Intan terus menuju kearah Shah lalu duduk di birai katil Shah. Shah tersenyum dalam keadaan pucat kearah Intan. Intan memukul dadanya biar dia rasa betapa sakitnya kena tinggalkan walaupun hanya sekejap.

“Aw! Aw! Sakitlah Intan” rungut Shah sambil mengusa dadanya. Intan menjeling, “Awaklah! Tinggalkan saya macam tu, buat luruh jantung orang je tahu?!”

“Alaah, kau ni tinggal sekejap je..belum betul-betul meninggal tahu, entah apa jadi kalau betul…” sempat Shah mengusik. Intan semakin muncung lalu dia memukul lagi dada Shah.

“Aw! Sakitlah Intan, kau nak aku mati ke? Nanti tak ada siapa nak kahwin dengan kau kecuali aku...”

“Ish dia ni kan! Main-main tahu….biarlah kalau awak takde, Farida da untuk gantikan awak! Hmph!” Shah mencerlung tajam kearah Farid manakala Farid sudah sumpah seranah terhadap Intan. Nama aku juga dia petik!

“Yeke? Habis anak kucing mana yang meraung kuat tadi?” usik Shah lagi. Melihat Intan semakin memuncung itu, dia kembali berkata “Yelah, aku main-main je…tak payah muncung sangat…tajam tahu!”

Intan memukulnya lagi, geram sangat dengan usikan Shah itu. Tidak padan dengan sakit! “Aw! Kau ni suka dada aku ke? Sabar lah, nanti kita kahwin kau boleh puas-puas—”

“Ehem!” deheman itu datang dari baginda yang sudah menaikkan kirainya kearah mereka berdua. “Tidak sedar kea da ramai yang menyaksikan perbualan kamu sejak tadi ni?”

Shah dan Intan malu sendiri apabila baru sedar dengan keramaian orang yang menyaksikan itu. “Alhamdulillah Shah, dengan rezeki Allah kamu dihidupkan kembali..” ucap baginda.

Shah senyum kearah baginda. Baginda menapak kearah Shah lalu menepuk bahunya, “Berehat secukupnya dan kembalilah sehat seperti biasa…” tergantung sekejap perkataan baginda seraya tersenyum.

“Sebab beta nak berbincang dengan kamu berdua mengenai hal istiadat perkahwinan kamu berdua nanti, faham?” seraya itu baginda terus berpaling meninggalkan mereka yang sudah terlopong itu.

Malah orang-orang di situ sudah bersorak gembira dan mengucapkan tahniah untuk mereka berdua. Shah dan Intan melihat sesama sendiri lalu menunduk akibat malu yang teramat.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now