Bab 27 ✨

43 22 0
                                    


Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba Shah melencong ke tempat lain. Intan yang berada di belakang menjadi kalut apabila dia melihat Shah melencong ke tempat yang tidak diketahuinya itu.

“Eh awak! Awak nak pergi mana tu?! Bukan jalan tu lah nak balik rumah!” kata Intan terus pergi kearah Shah dan menghalang jalan Shah. Shah hanya menjeling malas terhadapnya lalu menolak lembut badannya ke sebelah.

“Hish bising lah kau ni! Ikut je lah aku!” Shah terus maju kedepan meninggalkan Intan di belakang lagi. Intan hanya mengeluh saja lalu mengikut juga langkah Shah.

Setelah mereka tiba di tempat itu, mereka masing-masing berdiam diri menikmati suasana di tempat itu. Intan tergamam dengan keindahan alam dan juga tempat ini.

Tempat itu ialah dimana terbentangnya jambatan kolam yang dikelilingi air, dihiasi dengan dedaunan yang terapung di permukaan air kolam itu. Ianya nampak sangat romantik bagi sesiapa yang ingin bertemu dengan pasangan kekasih mereka di sini.

“Wahh cantik sangatlah tempat ni! Romantik pula tu! Eee suka lah!” ujar Intan teruja. Shah yang berada disebelahnya itu hanya menggelengkan kepalanya melihat karenah Intan itu namun ternampak comel dimatanya.

“Kau pula teruja sangat dah kenapa? Tak tahu berterima kasih ke?” Shah tersenyum sinis kearah Intan. Intan tersengih kambing lalu dia menyantum kan tangannya.

“Hee yelah, saya baru tahu ada tempat yang cantik dan indah ini di sini lebih-lebih lagi dekat dengan rumah awak….terima kasih bawa saya melihat tempat ni”

“Hmm” Shah terdiam mendengar jawaban dari Intan kemudian mereka bersama-sama menikmati keindahan tempat ini dan memerhatikan langit malam dalam keadaan sunyi antara mereka.

“Bagi aku tangan kau” Shah tiba-tiba membuka mulutnya. Intan mengerutkan dahi kearahnya tapi Shah hanya diam sambil menunggu Intan memberi tangannya.

“Eh awak nak buat apa dengan tangan saya?” soal Intan polos. Shah mengeluh seketika sebelum dia terpaksa memegang pergelangan tangan Intan yang berlapik itu. Lalu dia mengeluarkan gelang yang cantik tadi dan beri kepada Intan.

“Ni bukannya gelang tadi ke? Kenapa awak beri saya?”

“Habis tu tak kan aku pula yang pakai? Ohh kalau si Uthman tu beri kau gelang, kau nak pula? Faham, tak apa kalau tak mahu tak payah ambil—”

“Ishh awak ni, bukan saya yang mahu dia belikan gelang tu. Bahkan saya yang nak bayar tapi dia yang degil nak bayarkan juga. Dah lah , tak usah ingatkan lagi. Hah sekarang, bagi balik gelang tu dekat saya”

Shah hanya menjeling lalu secara tiba-tiba dia pula memakaikan gelang itu di pergelangan tangan Intan. Intan sudah merasa berdebar semacam pula dengan perbuatan Shah itu.

Selepas memakaikan gelang, Shah melihat kearah mata bulat Intan lalu dia melepaskan perlahan-lahan tangan Intan. Intan merasa pipinya semakin memerah akibat renungan Shah yang begitu tajam lalu dia pun memalingkan mukanya kearah kolam dihadapannya.Intan terdengar bunyi Shah menarik nafasnya sebelum memanggil nama Intan.

“Intan”

“Hah apa dia—” kata Intan sambil kembali memalingkan mukanya kearah Shah namun dicelah oleh Shah dengan 3 patah perkataan yang membuatnya tergamam.

“A-aku suka k-kau”

Dengan bersaksikan bulan, bintang, kolam, pokok-pokok, dedaunan dan lain-lain, akhirnya terluah juga isi hati Shah kepada Intan selepas dia mengumpulkan kekuatan sejak beberapa hari lepas.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now