Bab 54 ✨

29 17 0
                                    


Setelah beberapa lamanya, mereka berdua tiba di taman istana itu. Sebelum Intan mahu melangkah masuk, Shah terlebih dahulu menghalangnya. Intan mengerutkan dahinya apabila melihat Shah yang mengeluarkan kain untuk menutup mata.

“Sini, aku nak tutup mata kau kejap…supaya kau tak tengok dulu kejutan aku” Shah memakaikan kain itu dimata Intan. Intan segera memaut lengan Shah kerana pandangannya sekarang sudah gelap.

“Mari, perlahan-lahan menapak tu” Mereka bersama-sama memasuki tempat taman itu dengan perlahan sekali. Manakala Putera Saqeef juga tiba di sana lalu dia hanya menyembunyikan dirinya di sebalik dinding di situ.

Intan dan Shah sudah sampai berhampiran dengan teropong bintang besar itu. Shah meleraikan kain di mata Intan. Intan menggosok matanya yang sudah kabur akibat kain itu.

“Hmm apa ni awak? Mana kejutannya?” soal Intan polos. Shah menggelengkan kepalanya, “Tuu depan kau tu…tak nampak?” Intan segera melihat di depannya, di situ terletak suatu benda besar yang ditutupi dengan hitam.

“Ni ke? Wah apa yang tersorok dalam nya—” Intan yang sudah menghampiri benda itu untuk menyelak dalamnya dibantut oleh Shah.

“Eh! Biar aku je yang selak dan persembahkannya kepada kau…kau pasti suka Intan. Dah duduk jauh-jauh” ujar Shah seperti mengusir Intan. Intan sudah merungut namun dia turuti saja.

Manakala Putera Saqeef sudah semakin bingung mendengarkan perbualan mereka itu. “Aku, Kau? Saya, Awak? Biar betul?”

Shah sudah bersedia untuk menyelak kain hitam itu. “1…2…3!” Akhirnya terselak juga kain hitam itu menunjukkan benda yang menjadi kejutan itu. Intan sudah melopong mulutnya melihat teropong bintang besar di hadapannya itu.

“Masyaallah! Shah! Apa ni! Cantiknya!” Intan teruja sekali sehingga dia terlompat-lompat sambil memegang teropong bintang besar itu. Shah sudah malu sendiri sambil mengusap tengkuk leher belakangnya.

“Ni teropong bintang besar…khas kejutan untuk kau dari aku sebab kau kan minat bintang dan bulan. Lagipun aku dapat keizinan dari ayahanda untuk pinjam sekejap teropong ni demi kau..” terang Shah.

“Ohh terima kasih awaknya! Sangat dihargai kejutan istimewa awak ni!” senyum Intan kearah Shah. Shah menjeling saja Intan apabila mendengar nada Intan seperti mengusiknya.

“Hm yelah…suka tak?” soal Shah. Intan mengangguk teruja sekali lalu terus dia mencuba meneropong langit malam itu. Shah meneliti wajah mulus putih itu dari sebelah.

“Awak! Saya nampak bentuk kalajengking(scorpio) lah!” Intan terus menarik lengan Shah untuk Shah melihat bentuk itu. Shah tercengang kejap kerana dia tidak tahu benar perihal bintang dan bulan ni.

“Hm tak berapa nampak lah kalajengking nya…betul ke kalajengking?” soal Shah ragu-ragu. Intan menjeling, “Yelah awak..kalajengking tuu…ke awak yang tak tahu bentuknya?”

Shah segera berpaling dari Intan bagi menutup malunya. “Taklah, aku tahu cuma tak berapa banyak pengetahuan mengenainya” Intan tersenyum mengusik kearah Shah. “Yelahh….cakap je lah awak tak tahu, nak tutup malu pula”

Intan sambung meneropong bintang-bintang itu. Shah yang sedang memandang Intan itu terus tersengih, “Aku cuma tahu satu bintang je yang aku tengok tadi…kau nak tahu apa?”

Intan menoleh kearahnya dan mengangkat keningnya, “Apa dia?” Intan menunggu jawaban dari Shah. Shah tersenyum, “Ni bintang yang berada di depan aku ni” Intan segera menghempas dada Shah dan menutup mukanya.

“Apa ni Shah! Malu lah saya!” Shah tergelak besar melihat wajah malu Intan. “Comel lah kau ni, tu pun nak malu” Intan menjeling main-main kearahnya. Shah tersengih lagi, “Yelah aku main-main je…ni soalan aku, kau nak tahu apa yang aku nampak selain kalajengking tadi?”

Intan memandangnya tipis dengan rasa tidak percaya, “Apa lagi? Main-main lah awak ni!” Shah tergelak lagi, “Tak lah, ni betul-betul” Intan menganggukkan kepalanya menyuruh Shah teruskan katanya.

“Di langit malam tadi….aku nampak kita berdua di masa depan. Cerah tahu? Pastu ada anak—” terbantut kata-kata Shah kerana dia dihempuk oleh tangan kecil Intan. “Aw! Aw! Apa ni Intan! Aku cakap betul lah!”

“Ishh! Awak ni kan suka main-main tahu!” Intan malu sekali lagi dengan wajah memerahnya. Shah tergelak lagi, “Maaf maaf, aku main-main je….ampunkan patik puteri sayang”

Intan menjeling manja kearahnya. Shah tersenyum lalu mengusik lagi, “Tapi betul lah aku nampak—”

“Indera Shah! Ee awak nii!”

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now