Akhirnya mereka tiba juga, setelah beberapa selok-belok jalan menuju ke sungai itu. Nasib tidak ramai orang di sana yang mengambil air kalau tidak malu juga Intan jika dia membasuh pakaian-pakaiannya di hadapan orang ramai lagi-lagi depan Shah.Kemudian Shah melihat kearah Intan lalu berkata, “Dah jom kita pergi hujung sana supaya tak bertembung dengan orang-orang ni” Intan pula kalut selepas mendengar arahan Shah itu dan juga sudah jauh ke depan.
“Eh tuan muda kejap! Boleh tak saya je yang hujung sana? Sebab saya nak basuh pakaian-pakaian saya ni” Intan menunjukkan kain sarong yang berisi pakaiannya itu kepada Shah apabila Shah mula menampakkan mukanya yang bingung itu.
Shah hanya anggukkan kepala, “Hmm yelah, aku jauh sedikit dari kau. Ni dekat batu besar ni, kau dekat batu besar sana. Hati-hati juga, ombak dekat sana kuat” pesan Shah sebelum mereka berpisah.
Intan pun terus pergi ke tempat hujung dan mula membasuh pakaian-pakaiannya. Setelah betah menunggu, Shah pun pergi kearah Intan yang masih membasuh pakaiannya itu.
“Oi belum habis ke? Lama sangat lah kau ni!” soal Shah manakala Intan menoleh kearahnya setelah mendengar rungutan Shah itu.
Terberhenti seketika basuhan nya itu, lalu dia sedar masa itu dia sedang membasuh pakaian dalamannya yang terakhir.
Intan membulatkan matanya, kemudian dia segera berdiri untuk membatasi penglihatan Shah namun disebabkan batu itu licin , dia hampir terjatuh ke dalam sungai namun sempat ditarik tangannya oleh Shah.
“Kau tak reti berhati-hati ke?! Kalau tadi kau sempat jatuh macam mana?! Kan jadi masalah lagi?! Kang aku juga yang kena tahu dengan mak!” marah Shah. Intan pula terkejut dengan situasi yang dia sedikit lagi jatuh ke sungai dan juga situasi mereka berdua yang rapat itu.
Namun apabila Intan nak meminta maaf kepada Shah, tiba-tiba air sungai itu semakin naik dan juga berombak. Malah ombak besar itu mengenakan kaki mereka berdua hingga menyebabkan mereka berdua tergelincir dari batu tersebut.
Mereka berdua terpisah akibat dari tergelincir dan air sungai yang semakin deras itu. Intan terkapai-kapai untuk mencari nafas kerana dia tidak berapa pandai berenang manakala Shah pula pandai berenang kerana itu kewajiban bagi angkatan sepertinya.
Shah yang melihat Intan terkapai-kapai itu, cuba sedaya upaya berenang kearah Intan namun apabila dia sedikit lagi mendapatkan Intan, mereka berdua di tolak dengan air sungai yang deras itu.
*****
Setelah beberapa lamanya Shah menekan dada Intan itu untuk mengeluarkan air dalam badannya, barulah Intan sedar dari lemasnya. Dia terbatuk-batuk dan mencari nafasnya dalam keadaan panik.
Shah yang berada d sebelahnya mengucapkan syukur kepada Illahi kerana masih menyelamatkan mereka berdua. Dia nampak Intan yang sedang panik terus cuba menenangkan Intan.
“Intan! Cuba bawa bertenang, jangan kalut sangat mencari nafas! Hei Intan! Sabar…awak baik-baik saja” pujuk Shah dengan nada yang lembut serta memigang bahu Intan yang berlapik itu.
Intan pun cuba bawa bertenang dan barulah dia ada nafasnya yang kembali biasa. Dia melihat keadaan sekeliling, semuanya adalah hutan rimba manakala di hadapan mereka adalah air terjun.
“Tuan muda…kita berada di mana sekarang?”
“Tu lah, masalahnya aku pun tak tahu. Aku rasa kita dah jauh sangat dah ni. Nampaknya kita kena bermalam dekat sini sementara menunggu orang-orang mencari kita” ujar Shah sambil melihat keadaan sekeliling.
“HAH?! JAUH?! DAN APA?! BERMALAM?! YA ALLAH…” dek kerana kalut sangat, Intan akhirnya pengsan lagi sekali.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...