Kini, Intan duduk bertentangan dengan Shah sambil memerhatikan dia makan malam. Intan hanya diam membisu sejak tadi, tidak tahu apa yang hendak dibualkan dan masih berfikir bagaimana cara dia meminta maaf kepada Shah.Sampai habis Shah makan malam, Intan masih merenungnya walau hakikatnya dia sedang mengelamun. Shah merasa dia diperhatikan itu, terus saja dia menolak pinggannya itu ke sebelah. Intan yang baru tersedar dari lamunannya dek kerana bunyi pinggan itu.
Sekarang bagai cerminan diri Intan, Shah pula membalas kembali renungannya sambil memeluk tubuhnya. Intan merasa malu tiba-tiba apabila Shah berbuat begitu lalu akhirnya dia pun bersuara.
“Awak, apa ni renung-renung ni? Pergi lah basuh pinggan—” kata Intan dicelah oleh Shah.
“Kau minta suap ke renung-renung aku dari tadi bagai?” kata Shah sambil mengangkat kening dan tersenyum sinis kepada Intan.
“Mana ada lah! Bila saya renung awak? Tak kuasa lah saya nak—”
“Yelah kau je lah menang Intan….kau kan perempuan” malas mahu berbahas dengan mulut Shah yang sangat menjengkelkan itu, Intan mula berdiri hendak masuk biliknya namun ditahan oleh Shah.
“Eh nak ke mana? Tak usah merajuk, aku tak pandai betul nak pujuk perempuan merajuk ni. Besar-besar pun merajuk lagi. Dah tunggu aku dekat ruang tamu sana, aku pergi basuh pinggan aku sekejap. Tunggu tahu!”
Shah memerli Intan sekaligus mengarahnya untuk menunggu di ruang tamu. Intan hanya menjeling kearah Shah. Lalu dia menghentakkan kakinya secara perlahan saja bagi menunjukkan tanda dia memprotes.
‘Hishh tak sedar diri lah dia ni, benci lah! Dia pun sama juga marah dan merajuk perihal tadi. Hish’ bisik hati Intan, namun dia turuti saja arahan Shah itu meskipun dia sangat nak baling kuali hitam mak Lela tu kearahnya.
Belum betah menunggu, Intan menoleh sekejap melihat Shah yang sedang mengambil beg duitnya dari biliknya itu. Intan mengerutkan dahinya dan mahu bertanyakan sesuatu namun dibantut oleh Shah.
“Dah jom!”
“Eh kita nak pergi mana?” soal Intan kelam-kabut.
“Aku nak bawa kau pergi ke pasar jual-jual nak beli barang aku sekejap, kau temankan aku”
“Eh tapi malam dah lah awak lagipun mak dah tahu ke—”
“Jangan risau, aku ada berada dekat dengan kau dan ye mak dah tahu awal dah. Dah jom lah, nanti tutup pula jualan tu”
Lekas-lekas Shah memasang seliparnya lalu pergi meninggalkan Intan yang kalut di belakang itu.
*****
Sampai sahaja mereka di sana, masih ramai orang sedang berjual beli sungguhpun malam sudah. Dengan itu, Shah pun terus gerakkan kakinya pergi ke kedai yang dia hajati itu sebelum itu dia menarik hujung baju Intan takut hilang budak pendek itu.
Setelah beberapa lamanya, barulah mereka tiba di kedai jualan itu. Shah melepaskan genggamannya di baju Intan dan Intan pula yang berada di belakang Shah terus pergi ke sebelah Shah.
Berkerut dahinya melihat apa yang dihadapannya sekarang ini. Rupa-rupanya kedai itu adalah kedai gelang yang sering dia berjual beli itu. Intan menoleh kearah Shah meminta penjelasan darinya namun diabaikan saja oleh Shah.
Shah pergi memilih pelbagai jenis gelang yang tersusun cantik dan bermacam-macam corak itu. Lalu dia mengambil satu gelang ini dan berikan kepada Intan. Intan terkejut dengan perbuatan Shah itu.
“Kenapa awak beri dekat saya? Tapi kejap, kenapa awak pergi kedai ni? Bukannya awak nak beli barang awak ke tadi?”
Shah mengeluh dan berkata, “Aih banyak cakap lah kau ni. Ye, nil ah barang yang aku maksudkan tadi. Nah cuba pakai gelang ni” arah Shah. Intan tidak puas hati dengan jawaban Shah tapi dia turut saja memakai gelang itu.
Shah melihat gelang yang dipilihnya itu dipakai oleh Intan. Sungguh cantik dan padan dengan Intan.Dia senyum sekilas sebelum mengarah Intan untuk membuka gelang itu. Lalu dia ambil gelang itu dan juga pilihan gelang yang lain kemudian dia membayarnya.
Selepas saja membayar, Shah mengucapkan terima kasih kepada pak kedai itu lalu meninggalkan Intan lagi di belakang. Intan terkejar-kejar akan Shah dari belakang sambil menyuruh Shah berhenti sekejap.
“Awak! Awak! Nanti lah dulu! Fuh! Penat!” Mereka berhenti di tepi jalan dan Intan pula masih lagi tercungap-cungap mengambil nafasnya. Lalu kembali berkata sambil menjeling Shah.
“Kenapa awak beli gelang tu? Kalau untuk saya, tak payah susah-susah lah—”
“Sejak bila aku cakap aku belikan untuk kau? Tak ada pun. Memandai eh kau. Dah jom pergi!” celah Shah lalu lekas-lekas dia pergi dari situ sambil menyembunyikan senyumannya.
Suka betul dia mengusik Intan sebab Intan comel apabila pipinya memerah.Intan merengus lalu mengikuti juga langkah panjang Shah itu
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...