Bab 7 ✨

80 41 0
                                    


Waktu subuh akan tiba, Intan perlahan-lahan merungkaikan pelukan mak Lela di pinggangnya itu. Lalu dia bangun dari katil dan mencapai tuala yang tersangkut di almarinya.

Tepat masa dia keluar biliknya, ada sesuatu yang menghalang depan biliknya itu. Sesuatu yang berwarna hitam, badannya tinggi dan tegap. Setelah ‘sesuatu’ itu memusingkan badannya, masa seperti terberhenti sekejap.

Ye, seseorang itu adalah Indera Shah yang baru balik dari kerjanya tadi. Mereka masing-masing terkaku dengan keadaan mereka sekarang. Intan seperti baru tersedar dari kakunya lalu menjerit sekuatnya.

“AAAAA! PENCURI! MIANG! GATAL! MAK LELA!!” jerit Intan sekuatnya sambil menghempas kepala Shah dengan tuala tanpa menyedari manusia yang berada dihadapannya itu adalah Shah.

“AAAA! KAU SIAPA HAH! BERHENTI HEMPAS KEPALA AKU LAH! SAKIT TAHU TAK?!” jerit Shah juga sambil merengus kesakitan akibat serangan tuala Intan.

Mak Lela yang terkejut dengan jeritan mereka it terus terbangun. Dia melihat dua insan yang bertuah itu telah bergelut sesama sendiri.

Seorang menghempas dan seorang lagi mencuba untuk memberhentikan tuala itu dari melibas kepalanya.

Mak Lela menggelengkan kepalanya lalu berdiri untuk mendapatkan mereka berdua.

“Dah sudah-sudahlah tu Shah! Intan! Kamu ni pagi-pagi subuh sudah bising! Orang lain nanti dengar apa kata mereka!”

Intan yang hendak menangis sambil bergelut menarik tualanya dari genggaman Shah itu terberhenti segenap. Kemudian dia pusingkan tubuhnya ke arah mak Lela.

“Shah? Mak, dia bukan Shah mak. Dia ni--” Intan baru tersedar lelaki dihadapannya itu adalah Shah. Dia terlopong sekejap memikirkan situasi mereka sekarang ini. Dengan dia yang tidak memakai tudung manakala Shah yang serabut rambutnya akibat serangan tualanya itu.

Shah yang berdiri itu hanya pasrah dengan keadaan dirinya. Dah lah baru pulang ni hajatnya mahu redakan kepenatannya namun ada pula mak ayam mengokok di pagi hari.

“Ya Allah! Rambut saya! Ishhhh!” segera Intan mengambil balik tuala nya dari genggaman Shah itu. Shah pun bagai tersedar bahawa dia sudah terlihat sesuatu yang bukan halal baginya lalu dia menundukkan pandangannya.

Intan menjadi malu sendiri dengan mak Lela dan juga lelaki itu lalu dia terus berjalan hendak ke bilik air,tiba-tiba laungan azan subuh bergema. Itu cukup membuatkan Intan lagi tergesa-gesa untuk mandi dan mengambil air wudhu, takut tidak sempat solat di waktu tepat.

Manakala Shah dijeling oleh maknya sendiri. Shah bersiap sedia saja menadah telinganya akan bebelan maknya ini.

“Hah kamu tu! Pagi-pagi barulah balik! Dengan pakaian kamu yang hitam itulah yang mengejutkan Intan” rengus mak Lela.

“Alah Shah juga yang salah. Dah orang baru lepas bekerja lebih-lebih lagi kami terus dipanggil untuk latihan silat, mana tidak nya? Ni, perempuan tu yang hempas, jerit-jerit dekat Shah tahu…..sakit mak” rengek Shah sambil memberikan alasannya kenapa dia akhir balik.

“Perempuan itu ada nama ye, Intan namanya. Dia tu anak kepada sahabat mak dulu sewaktu menjadi dayang istana dan sekarang dia jadi pembantu rumah ni untuk sementara saja. Jadi mak nak kamu serasi bersama untuk beberapa bulan ni ye dan hah minta maaf padanya sebab kejutan kamu tu eh?”

Shah hanya diam saja, tidak juga angguk dan tidak juga menggeleng.
“Dah pergi masuk bilik dulu nanti selepas Intan keluar , baru kamu pergi mandi dan ambil wudhu. Kita sembahyang subuh sama-sama” arah mak Lela.

Shah menganggukkan kepalanya, “baiklah mak”.

*****

Selesai solat subuh jemaah, Intan dan mak Lela pergi ke dapur hendak menyediakan sarapan pagi manakala Shah pula tidak tahu ke mana, mungkin tidur agaknya.

Intan yang menolong mak Lela itu hanya mendiamkan diri tidak tahu bagaimana hendak minta maaf dengannya. Apabila Intan Berjaya mengumpulkan kekuatan, mak Lela mencelah.

“Sudah-sudah lah tu Intan, tidak apa yaa. Tak usah dibahaskan mengenai tadi.Kalau mahu pun, mak mahu kamu minta maaf dekat Shah lepas apa jadi tadi tu.Bukan apa, mak mahu kamu tu kalau boleh dalam keadaan baik dalam masa beberapa bulan kamu di sini itu, ya?” pujuk mak Lela.

Intan hanya anggukan kepalanya. Ya, nanti dia akan meminta maaf pada lelaki itu walaupun dia agak malu juga sebenarnya. Kemudian mereka pun menyambung membuat tugasan mereka iaitu membuat sarapan pagi.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now