Bab 6 ✨

87 42 0
                                    


Setelah selesai upacara pertunjukkan itu, Intan dan mak Lela ingin pergi pulang kerana sudah lewat malam. Mereka tidak sempat hendak beli apa-apa dari jual-jualan yang ada di sana.

Dek kerana terlalu sesak, Intan memegang tangan mak Lela supaya mereka tidak terpisah. Intan yang sedang mengetuai mereka menuju ke jalan balik itu, terberhenti seketika selepas merasakan ada orang yang mencelah antara peminggangannya dengan mak Lela.

“Mak!” ujar seseorang. Intan menoleh ke belakang mahu melihat siapa gerangan yang mengacau mereka punya masa jalan balik itu. Tahu-tahu dia terlanggar pula belakang seseorang itu.

‘Adoi nasib hidung ni comel, tidaklah mancung sangat kalau tidak mahu patah hidung aku ni’ bisik hati Intan sambil memigang hidungnya. Dia cuba melihat siapa lelaki itu namun hampa cuma ternampak muka sebelahnya sahaja.

“Mak nak balik dah ke?” ujar lelaki itu sambil menyalam mak Lela. Intan baru perasan yang mungkin inilah anak lelaki mak Lela katakan itu.

‘Hmm segak orangnya, tegap pula tu. Ohh mungkin dia ni angkatan askar diraja..’ fikir Intan sambil memerhatikan lelaki itu.

“Yelah mak nak balik ni, takkan nak duduk sini” ujar mak Lela. Lelaki itu tersengih malu lalu mengusap kepalanya.

“Yelah, Shah tanya saja. Ni mak nak balik seorang saja kah? Shah boleh hantarkan mak. Sekejap eh” lelaki itu ingin pergi ke arah tuannya untuk meminta izin menghantar balik maknya namun ditahan oleh maknya.

“Tak payah, ni mujur ada Intan ada juga dengan balik ni”
Lelaki itu memusingkan badannya untuk melihat wanita yang bernama Intan itu. Kemudian apabila mereka bersua muka, mereka masing-masing terkejut.

“Kau!” “Awak!” jerit mereka bersama.

“Awak kan yang langgar saya petang tadi? Mujur gelang ni tidak apa-apa disebabkan awak” ujar Intan membahas balik hal tadi.

“Aku pula dipersalahkan? Dah kau yang menghalang jalan orang, kau tahu tak kalau tadi tu aku tidak sempat menahan pencuri tu, kau aku tangkap!” rengus Shah

Mak Lela tercengang antara perang mulut anaknya dengan Intan. Dia tidak tahu apa hal yang terjadi tetapi dia harus memberhentikan mereka.

Intan membulatkan matanya dek kerana dia dimarahi begitu seolah-olah itu adalah salahnya. Dia ingin membangkang kata-kata lelaki itu namun diberhentikan oleh mak Lela.

“Intan!Shah! Apa kamu ni? Tidak tahu malukah ada orang ramai menyaksikan kamu bertengkar dari tadi?” ujar mak Lela.

Mereka bagaikan tersedar lalu melihat sekeliling mereka ada orang-orang yang sedang bercakap sesama sendiri. Shah merengus sahaja manakala Intan termalu sendiri.

“Dah nanti lagi kamu bertengkar. Mari Intan kita balik” mak Lela mengambil tangan Intan lalu mereka beriringan bersama untuk pergi balik ke rumah.

Indera Shah hanya mengekori mereka dengan matanya dan rasa yang tidak puas hati. ‘Siapakah wanita itu dan kenapa dia bersama mak?’ monolog hati nya.

Lalu dia kembali memusingkan badannya dan berjalan kearah sahabat-sahabat kerjanya untuk menyambung balik kerjanya yang tergendala.

*****

Selepas sahaja pintu rumah itu dibuka oleh mak Lela, Intan menyalam tangan mak Lela lalu terus sahaja pergi masuk bilik nya.

Dia menghempaskan badannya di katil itu. Perasaan tidak puas hati masih berlegar dalam hatinya disebabkan hal tadi. Kemudian dia cuba beristigfar untuk membuang segala rasa itu.

Tok! Tok! Tok!

Mak Lela mengetuk pintu Intan seraya masuk apabila Intan membuka kan pintu itu. Dia duduk di katil Intan dan mengusap belakang Intan.

“Mak minta maaf ye fasal anak mak itu. Mak tidak tahu apa yang terjadi petang tadi itu tapi maafkan dia ye” rayu mak Lela.

“Eyh bukan salah mak Lela pun…umm dia memang macam tu kah mak Lela?” tanya Intan.

Mak Lela senyum dan mula membuka cerita tentang anaknya.

“Indera Shah, putera sulong kami dan juga abang kepada Anggerik. Dia seorang pahlawan terkenal dalam negeri ini dan juga kerja angkatan diraja persis seperti ayahnya” tersenyum mak Lela sekejap sebelum kembali pudar.

“Namun sifatnya yang baik,penyayang,suka bergurau senda itu kian hilang setelah kehilangan adiknya yang menjadi salah seorang tebusan semasa pemberontakan berlaku 3 tahun lepas. Selepas itu, ayahnya pula meninggal dunia kerana sakit yang tiada ubatnya” air mata bergelenang di pipi mak Lela selepas menceritakan semuanya.
Intan menjadi rasa bersalah terhadap mereka sekeluarga. Dia pun memeluk mak Lela dan memujuknya agar bertenang.

“Tidak apa mak Lela, Intan ada di sini boleh jadi anak perempuan mak Lela. Sungguhpun tidak sama dengan arwah adik Shah tapi Intan cuba jadi yang semampunya selama Intan ada disini ye?” pujuk Intan.

“Terima kasih ye nak…panggil mak je, kan Intan nak jadi anak mak kan?” senyum hambar mak Lela berikan manakala Intan senyum ikhlas kepada mak Lela.

“Baiklah mak, kita tidur ye lewat sangat dah ni” lalu mereka pun tidur bersama-sama sambil berpelukan di katil Intan.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now