Pada keesokkan harinya, ianya tidak seperti hari biasa. Malah Intan merasa hari itu dingin saja padahal suhu panas cuaca itu agaklah tinggi kerana cahaya matahari yang sangat terik tengahari itu.Ketika ini, Intan sedang menyidai pakaian-pakaian sambil menyanyi. Dia tidak perasan ada orang memerhatikannya di belakang. Setelah dia habis menyidai, dia ingin masuk ke dalam rumah namun dia terkejut dengan keberadaan Shah di pintu dapur itu.
“Eh awak! Terkejut saya! Kenapa awak dekat sini?” soal Intan polos sambil memegang dadanya kerana terkejut tadi.
“Takdalah, saja melihat siapa yang menyanyi di hari yang terik semacam ni….” Senyum Shah sekilas kearah Intan namun apabila dia teringatkan perihal malam tadi, terus saja mendung mukanya.
Intan yang perasan dengan riak wajah Shah yang bertukar it uterus dia pergi kearah Shah. “Kenapa awak? Awak baik saja ke? Ke ada perkara yang merisaukan awak? Cuba beritahu saya”
Shah hanya menggeleng lalu tersenyum kembali, “Tak ada apa lah Intan, saya baik saja. Mungkin saya kelihatan begini sebab penat kut” alasan Shah. Dia masih buntu hendak buat apa dengan hal semalam itu.
Intan mengangguk risau, “Baiklah, awak rehat saja ye? Pergi masuk dalam bilik dan rehat. Kalau ada apa-apa, panggil je saya atau mak”
Shah hanya mengangguk saja lalu mereka bersama-sama masuk ke dalam rumah. Ingin saja mereka masuk ke dalam bilik masing-masing namun tiba-tiba ada orang memanggil nama Shah di luar rumah.
“Assalamualaikum Shah! Shah!”
Shah dan Intan memandang antara satu sama lain lalu mereka pergi juga ke pintu rumah untuk menjenguk siapa gerangan yang memanggil Shah itu. Sampai saja di depan pintu, mereka melihat seseorang itu macam dalam keadaan bergegas.
“Ohh waalaikumsalam Farid, kenapa ni? Nampak macam penting saja ni, ada hal ke?” soal Shah.
“Betul Shah, aku dari rumah aku tadi. Aku yang sedang berbual dengan mak aku tu terkejut ada orang menyergah tiba-tiba. Rupa-rupanya aku kena beritahu bahawa raja nak jumpa kita sekarang!”
“Aik tiba-tiba saja, ada apa-apa kah?”
“Eish kau ni, aku pun tak tahu lah! Cepat! Nanti kita pula kena hukum nanti!”
“Hmm yelah kejap!” Shah pergi bersalin baju angkatannya dan membawa segala keperluan untuk ke sana. Kemudian dia pergi keluar dan melangkah kearah Intan dan Farid yang berbual itu.
“Dah siap berbual?” dingin saja suara Shah. Cemburu lah tuu!
“Eh Shah! Dah, dah! Cun awek kau Shah! Pandai kau pilih” usik Farid. Belum betah itu dia dihidangi dengan wajah mencuka Shah.
“Dah jom! Nanti kita pula kena hukum kan?” balas Shah kembali kearah Farid. Farid hanya mencebikkan bibirnya dan menganggukkan kepalanya.
“Intan, nanti pesan dekat mak yang aku mungkin akhir balik malam ni ataupun aku tidak balik langsung, faham?” pesan Shah. Intan hanya menganggukkan kepalanya.
Sejurus itu, Shah dan Farid pun melangkah pergi dari situ dan Intan pula senyum dan melambai tangannya kearah mereka. Barulah dia masuk ke dalam rumah dan berehat di dalm biliknya. Nanti saja dia menyampaikan pesanan dari Shah kepada mak Lela.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...