Bab 40 ✨

44 19 0
                                    

“Betul Intan…kamulah puteri beta….Puteri Intan Mawarti Ibni Raja Mahapuri Agong”

Dengan itu, Intan terjatuh ke lantai kerana terkejut dengan apa yang baru dinyatakan oleh baginda. Terus saja baginda memaut bahunya bimbang jika dia sakit kerana terjatuh tadi.

Intan perlahan-lahan mendongak melihat baginda yang merangkap ayahandanya itu. “Tak mungkinlah…patik anak raja? Anak Tuanku? Tidak…” Intan menggelengkan kepalanya.

“Benar Intan, kamu adalah anak ayah yang sudah lama ayah menanti kedatangan kamu..” terang baginda lagi. Akhirnya baginda dapat menggunakan perkataan ‘ayah’ terhadap anaknya sambil meneliti wajah anaknya yang masih tidak terima kenyataan.

“T-tapi macam mana boleh Tuanku tahu patik adalah anak Tuanku? Boleh jadi nama patik memang sama persis nama puteri—”

“Tidak, kamulah puteri sebenar dan anak sebenar ayah. Kamu ingat cerita yang ayah terangkan tadi? Kamulah tu….tinggal bersama dayang istana dulu yang menjaga kamu ketika bayi lagi malah hingga besar panjang…” jelas baginda lagi.

Intan memegang kepalanya, masih menafikan kenyataan sebenar itu. Baginda mengeluh sekejap lalu perlahan-lahan cuba raih tangan Intan untuk berdiri. 

“Taka pa, Intan. Nanti…Shah akan terangkan selanjutnya lagi kepada kamu…cuba ayah pesan supaya jangan memarahinya atau membencinya disebabkan hal ini. Dia tidak ada salah apa-apa”

Selesai bertutur baginda terus melangkah keluar dari bilik tersebut meninggalkan Intan yang terpinga-pinga di situ.Intan melihat ayahandanya dengan renungan yang tertanya-tanya akan ayat yang baru dikatakan sebentar tadi lalu dia pun turut berlalu mengikuti jejak ayahandanya.

Setelah beberapa lamanya, mereka kembali semula di bilik tetamu itu. Mereka berdua masuk, disajikan dengan raut muka Shah yang kelihatan risau dan tidak tentu arah itu. Shah cuba merenung mata Intan namun Intan pula tidak mahu melihat Shah.

Baginda melihat mereka berdua dan faham bahawa Shah perlukan masa berdua dengan anaknya itu berkata, “Baiklah Shah, kamu tugas kamu jangan lupa…beta pergi dahulu”

Shah menganggukan kepalanya lalu menundukkan badannya kearah baginda. Selepas saja baginda sudah keluar dari pintu itu, dia kembali melihat kearah Intan yang masih senyap sejak masuk tadi.

Shah mengeluh, “Intan…aku minta maaf—” katanya dicelah oleh Intan yang tiba-tiba merenungnya dengan tajam sekali. Shah tergamam melihat sisi Intan sebegitu rupa yang membuatnya semakin takut.

“Maaf awak kata?! Kenapa awak tak bagitahu awal-awal dekat saya?! Kenapa tak ceritakan semuanya yang saya ni puteri?! Saya ni apa kepada awak sebenarnya Shah?!” marah Intan bertubi-tubi. 

Sudah dipesan oleh ayahandanya supaya jangan bertindak marah sebegitu arah Shah namun diabaikan saja kerana hatinya sudah panas.

‘Maafkan Intan ayah..Intan tidak dapat tutup kemarahan Intan’ bisik hati Intan.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now