Pada keesokan pagi, Intan mengemas di bahagian bilik tetamu dan juga dapur selepas bersarapan pagi.Dia menghempaskan badannya di katil itu dan mengeluh buat sekian kalinya.Dek kerana kepenatan, dia ingin tidur kembali tapi sesuatu perkara menghentikan perbuatannya.
“Betul juga, mana ye anak lelaki mak Lela tu? Tak balik-balik lagi ataupun aku yang tak sedar dia dah balik?” Tanya Intan sendiri.
Intan menggeleng kepalanya malas mahu memikirkan hal itu.Lebih baik dia meneroka tempat utama negeri itu.
Lalu dia bangun untuk mengambil tudungnya dan keluar dari biliknya kerana ingin meminta izin mak Lela yang dia hendak keluar sekejap.Selepas diberi izin, dia pun keluar untuk memulakan misi menerokanya itu.
*****
Setelah tibanya di tempat itu, dia tergamam melihat suasana di situ.Intan melihat begitu ramai penduduk sedang berjual beli , ada yang membeli keperluan asas seperti baju, kain dan juga makanan malahan perhiasan kecil-kecil juga ada.
‘Wahh sungguh meriah negeri ini.Banyak pula tu rakyat datang ke sini untuk berjual beli’ bisik hati Intan, kagum sangat dengan apa yang dilihatnya.
Kemudian Intan pun mula meloloskan dirinya dalam kelautan manusia itu. Dia cuba sedaya upaya untuk bertahan dengan kesempitan ini demi untuk pergi ke tempat jualan perhiasan kecil-kecil itu.
Selepas beberapa lamanya, barulah dia sampai itupun kalau bukan dia sendiri meminta laluan, lama lagi gamaknya kan sampai.
Dia mengeluh besar sehingga penjual orang tua di hadapannya itu terketawa.
“Haihh, itu baru sedikit nakk, belum lagi tiba malam ni lagi ramai yang keluar rumah” kata orang tua itu.
Intan tercengang sekejap selepas mendengar kata orang tua itu. Lalu dia melilaukan matanya melihat berbagai jenis perhiasan yang cantik itu.
Apabila dia sudah mencari perhiasan yang dimahukannya iaitu gelang bercorak, dia ambil dan merenungnya segenap.
“Cantik pada kamu nakk, sesuai sangat untuk gadis muda seperti kamu memakai gelang itu” puji orang tua itu. Intan tersenyum lalu dia memberi duit kepada orang tua itu.
Apabila dia memusingkan badannya, tiba-tiba ada orang sergah badannya sehingga membuatkan badannya tidak seimbang lalu dia terjatuh dengan gelangnya itu.Akibatnya gelang yang baru dibelinya itu pun menjadi mangsa tempat orang itu berlari.
Intan segera mendapati gelang kesayangannya itu lalu menoleh ke belakangnya untuk melihat orang itu. Rupa-rupanya seorang lelaki miskin telah dikejar oleh seorang lelaki berbadan tegap dan besar itu.
“Ohh dia lah yang tolak aku tadi” rengus Intan.Dia patut mengawal rasa marahnya lebih-lebih lagi dalam negeri orang ini.
Kemudian Intan pun pergi balik semula ke rumah mak Lela dan membuat segala pekerjaannya yang tertangguh itu sambil menunggu larut malam tiba.
*****
Kini malam menjelma, Intan dan mak Lela sedang bersiap-siap untuk pergi ke pertunjukkan itu.Intan hanya melihat perbuatan mak Lela mengunci pintu itu.
“Mak Lela, anak lelaki mak Lela itu tidak balik semalam ke?” Tanya Intan polos
“Ye nakk, dia kerjanya sampai larut malam duk mengawasi keselamatan pertunjukkan tu.”
Intan angguk saja selepas mendengar penjelasan mak Lela itu. Kemudian mereka bersama-sama memulakan perjalanan pergi ke tempat pertunjukkan itu berada.
Setelah beberapa lamanya, mereka pun tiba di sana. Sungguh ramai orang di sana sehingga dia tidak nampak apapun melainkan lautan manusia.
Mereka berdua pun terus cuba cari tempat duduk berhampiran dengan pertunjukkan itu tapi sudah dipenuhi oleh orang yang terlebih awal datang.
Lalu mereka pun duduk dibelakang itupun hanya tinggal 2 kerusi cukup untuk mereka dua saja.Setelah mereka duduk, kedengaran bunyi yang beralunan dari hasil tiupan pengawal diraja iaitu menandakan ketibaan kerabat diraja.
Intan berdiri sebelah mak Lela sambil beriak kagum dengan pakaian dan penampilan raja itu.Dia mengerutkan dahinya kerana dia tidak ternampak pun kelibat permaisuri yang sepatutnya ada di sebelah raja itu.
“Mak Lela, siapa nama raja itu dan kenapa tidak ada permaisuri ikut?” Tanya Intan
“Nama raja itu adalah raja Mahapuri Agong dan permaisuri Kaseh Mastura….sudah mangkat,Intan” terang mak Lela sambil melihat Intan dengan pandangan sedih.
“Ohh begitu..” Intan tidak tahu mengapa tetapi apabila nama dua kerabat diraja itu disebut, dia merasa aneh dalam hatinya seperti dia terasa dekat dengan nama mereka.
Selepas kerabat diraja duduk di tempat mereka, upacara pertunjukkan pun bermula dan penari mulalah keluar untuk mempersembahkan tarian mereka dengan pelbagai jenis muzik dipasangkan.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...