“Sebenarnya ada perkara yang patik ingin sampaikan kepada Tuanku” ujar Shah yang sudah seperti cacing kepanasan. Baginda menganggukkan kepalanya tanda supaya Shah meneruskan percakapannya.
“Begini, sebenarnya Intan itu….adalah anak Tuanku” selesai saja Shah mengungkapkan ayatnya, baginda terus melihat Shah dengan wajah yang sukar di tafsir.
“A-apa maksud kau, Shah? Anak aku adalah Intan tadi tu? Beta tidak fahamlah….bagaimana kamu tahu dia anak beta sedangkan beta sendiri tidak dapat mengecamnya?” berkerut dahi baginda sambil menunggu balasan dari Shah yang sudah berdiam diri.
“Ya betul Tuanku, ampunkan patik kerana tidak memberitahu awal-awal kepada Tuanku” Shah terus berdiri dan menundukkan badannya kearah baginda.Baginda menyuruh Shah duduk kembali untuk menjelaskan perkara itu dengan lebih lanjut.
“Patik tahu perkara ini hanya baru seminggu yang berlalu dari mak patik. Patik juga memberi reaksi yang sama seperti Tuanku hingga patik sendiri masih tidak mahu terima kenyataan bahawa dialah puteri Tuanku. Patik tahu yang Tuanku sudah tahu bahawa Intan adalah kekasih hati patik” jelas Shah panjang lebar.
Baginda hanya menganggukkan kepalanya perlahan masih mencuba memproses perkara yang baru ketahui. Sejurus itu, dia tersenyum sekilas kepada Shah lalu menepuk bahu Shah.
“Alhamdulillah, puteri beta sudah kembali ke negeri asalnya. Beta tidak memarahkanmu tetapi beta masih hairan kenapa Aziza mak angkat Intan itu tidak memberitahu beta bahawa dia ingin mengembalikan puteri beta terlebih dahulu?” soal baginda dengan nada perlahan dan Shah menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu sebabnya.
“Baiklah, tidak apa. Asalkan kamu sudah memberitahu perkara sebenar kepada beta, itu sudah memadai. Terima kasih kerana menjaga puteri beta selama dia menjadi pembantu rumah kamu. Syukur Allah memberi Intan penjaga yang amanah dan baik hati seperti kamu”
Setelah berkata demikian, baginda terus mengarahkan pengawal di sana supaya segera menjumpai Intan dan membawa kembali masuk ke dalam bilik tetamu ini kerana ingin berjumpa dengan puterinya itu.
Shah kembali merasa tidak tentu hala namun baginda menepuk bahunya seakan menenangkannya. “Tidak apa Shah, beta akan bercakap dengannya sekejap dan selainnya beta arahkan kamu menjelaskan semua kepadanya”
“Beta ingin mengeluarkan titah bahawa puteri beta sudah kembali ke sini dan selesai saja, beta juga mahu kamu menjadi pengawal peribadinya untuk menjaganya setiap masa dan perihal kamu berdua adalah kekasih itu….beta izinkan tetapi jangan ada orang lain yang mengetahui akan hal kamu ini, boleh?”
Shah seraya menganggukkan kepalanya, “Boleh Tuanku jika itu adalah perintah Tuanku, akan patik junjung perintah Tuanku itu” Baginda tersenyum melihat kearah Shah.
“Tuanku?” soal Intan setelah memasuki bilik tetamu di istana itu untuk kali kedua sambil mengerutkan dahinya.
Baginda dan Shah segera menoleh kearah suara halus dari Intan. Baginda mengarahkan Intan supaya duduk di hadapannya. Intan menundukkan kepalanya lalu dia duduk di sebelah Shah.
“Ampunkan patik Tuanku, ada apa-apa Tuanku ingin berjumpa dengan patik?” soal Intan polos tanpa mengetahui makna disebalik perjumpaannya dengan merek untuk kali kedua ini.
Intan melihat kearah Shah yang tidak berani bertentang mata dengannya lalu kembali melihat baginda di hadapannya. Baginda tersenyum kearahnya lalu berdiri bersedia untuk menjelaskan sedikit perihal biodata Intan yang sebenarnya.
“Mari ikut beta, sambil berjalan beta akan ceritakan kepada kamu” pelawa baginda kearah Intan. Seraya itu, mereka berdua berjalan keluar dari bilik tetamu tersebut meninggalkan Shah di sana untuk berfikir bagaimana dia hendak menjelaskan semuanya kearah Intan nanti.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...