“Salam sejahtera dan selamat malam rakyat-rakyat sekalian. Terima kasih kerana datang ke majlis beta sempena kepulangan puteri beta iaitu Puteri Intan Mawarti. Beta yakin kamu semua tahu tentang peristiwa itu. Jadi berdirinya beta di sini untuk memperkenalkan puteri beta kepada kamu semua”Baginda menarik tangan Intan untuk berdiri di sebelahnya. Baginda senyum seraya mengangguk kearah Intan apabila melihat wajah gementar Intan itu. Intan tersenyum lalu menoleh kedepan semula untuk memulakan ucapannya.
Sementara itu, Shah sudah memasuki dewan besar itu dan seraya menunggu hampir di pentas tempat kerabat diraja itu duduk dan berdiri. Baginda terlihat kelibatnya seraya menganggukkan kepala kearahnya dan Shah turut menganggukkan kepalanya.
Baginda tahu bahawa Shah merancang sesuatu kejutan untuk puterinya dek kerana Shah sudah terlebih dahulu meminta keizinan untuk meminjam teropong besar untuk kejutan tersebut. Kini, dia sedang memandang Intan yang seperti mahu memulakan ucapannya.
“Salam rakyat-rakyat sekalian. Seperti yang dikatakan ayahanda beta, nama beta ialah Puteri Intan Mawarti. Sebelum itu, ayahanda, izinkan Intan bercakap macam biasa saja ya?”
Baginda menganggukkan kepalanya kerana faham Intan belum tahu sepenuhnya bahasa istana. Intan kembali memandang mereka semua, “Seperti yang dikatakan, memang saya baru pulang ke negeri sini selepas 20 lebih tahun. Dipendekkan cerita, sebelum ini saya tinggal bersama keluarga angkat saya iaitu dayang istana saya dulu dan mula tinggal di negeri ini sejak saya berkerja sebagai pembantu rumah kepada salah seorang panglima atasan. Awalnya saya juga tidak tahu bahawa sayalah puteri namun setelah dibongkarkan kisah sebenar, barulah saya dapat terima walaupun secara perlahan”
Kelihatan semua rakyat itu menganggukkan kepala mereka. Intan tersenyum kearah mereka seraya mengakhiri ucapannya, “Begitulah kisah saya dan sebelum saya mengakhiri ucapan saya malam ini, saya ingin berterima kasih kepada kalian semua untuk datang ke majlis ini dan selamat menjamu selera”
Selepas itu, terus muzik dan persembahan di tepi dewan besar itu dimainkan bagi menceriakan lagi suasana. Manakala semua rakyat itu ada yang pergi mengambil makanan, berbual dan lain-lain.
Shah menapak kearah Intan dan Raja Mahapuri Agong yang sedang menuruni pentas rendah itu. Kini, Shah berada di hadapan mereka sambil memandang Intan tidak lepas. Intan merasa pipinya berona merah.
“Assalamualaikum Tuanku dan..Puteri Intan” senyum Shah kearah mereka berdua seraya menundukkan badannya juga kearah Raja Sakara dan Putera Saqeef di belakang itu.
“Waalaikumsalam, hah Shah baru muncul nampak…Intan nampak tertunggu-tunggu akan kelibat kamu sejak tadi” ujar baginda. Intan mencuit lengan ayahandanya kerana malu kena usik di depan Shah dan lain.
Baginda dan Raja Sakara sudah terketawa melihat reaksi Intan. “Dah , kamu bawa Intan pergi ambil makanan….” arah baginda. Shah mengangguk seraya itu mereka berdua berjalan meninggalkan kerabat diraja itu.
“Sepadan lah mereka berdua tu lagi-lagi aku nampak mereka mesra apabila bersama mungkin sebab mereka dah rapat sebelum Intan tahu semua perkara ni” ujar Raja Sakara.
Baginda hanya menganggukkan kepalanya. “Tapikan Mahapuri, kau jadi ke nak kenankan Intan dengan Saqeef?” soalan Raja Sakara itu membuatkan baginda tergamam seketika kerana dia lupa akan hal itu.
“Ohh fasal tu, kita lihat saja nanti lah. Nanti aku tanya Intan akan hal itu namun perihal jodoh ni melibatkan perasaan jadi aku tak nak paksa Intan juga, kau faham kan Sakara?”
Raja Sakara mengangguk, “Tak apa Mahapuri, aku faham dengan apa yang kau katakana. Benar lah jika ada jodoh atau takda, maka itu sudah takdir. Aku pun tak nak paksa Saqeef dan Intan..”
“Dah mari kita berbual dengan rakyat-rakyatku, pasti mereka ada banyak pertanyaan” ujar baginda seraya itu mereka berdua pun melangkah pergi. Tidak ketahui Putera Saqeef yang berada dibelakang mereka itu sudah mengerutkan dahinya akibat melihat kemesraan Intan dan Shah itu.
‘Aku pasti mereka berdua ni ada apa-apa selain puteri dan pengawal peribadi’
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...