Bab 12 ✨

66 33 0
                                    


Padang Latihan Angkatan Diraja, Istana Paspuri

Selesai saja makan tengahari tadi, Shah terus pergi menjalankan tugasnya sebagai angkatan diraja lebih-lebih lagi dia lah orang ketiga yang paling berkuasa dan berpengaruh dalam sistem angkatan itu.

Pada ketika itu, mukanya sangat bengis kerana terdapat ramai angkatan yang baru saja masuk sejak minggu lepas belum lagi terlatih sempurna.

“Baris!” “Senangkan diri!” “Baris!”

Itulah saja yang dia latihkan mereka dari tadi dan juga ada arahan lainnya. Namun apabila arahan terakhirnya itu tidak diberikan kerjasama dari angkatan bawahannya itu, tahulah mereka nasib mereka.

“APA KAMU NI! INI KAMU KATA NAK JADI ANGKATAN? DENGAR ARAHAN PUN SUSAH! BAGAIMANA NAK JADI PELINDUNG NEGARA NANTI!” marah Shah.

“SEBAGAI HUKUMAN PUSING PADANG 10x!” arahan dari Shah tidak dibantah namun dituruti jugak oleh mereka.

Selepas memberi arahan itu, sahabat perjuangannya iaitu Awang Farid berlari kepadanya kerana ada perkara yang hendak disampaikan. Farid pun membisiki sesuatu ke telinga Shah.

“Baginda nak jumpa kau sekarang ni, di bilik mesyuarat” bisik Farid.
Shah menganggukan kepalanya lalu berterima kasih kepadanya.

Kemudian dia terus pergi untuk berjumpa dengan baginda raja Mahapuri Agong.

*****

Tiba Shah di bilik mesyuarat itu, hanya ada baginda saja di sana. Shah pun mengetuk pintu dahulu sebelum membongkokkan badannya kepada baginda. Baginda memberi isyarat untuk datang kepadanya.

“Assalamualaikum, Tuanku ingin bertemu dengan patik?” soal tertib dari Shah.

Baginda hanya tersenyum kepada Shah, “Duduklah Shah”.

Shah pun duduk dan menanti apa yang hendak dikatakan oleh baginda.

“Beta hendak tanya saja keadaan kamu dan mak kamu?”

“Alhamdulillah, patik dan mak juga sehat seperti biasa Tuanku. Cumanya masa kini ada lah juga seorang pembantu rumah kami yang datang dari negeri sebelah” ujar Shah.

“Ohh…” mendengarkan ‘negeri sebelah’  kata-kata Shah itu membuatkan baginda terfikir tentang orang yang dia kasihi disana.

Baginda senyum hambar kepada Shah dan anggukkan kepalanya.

“Baiklah itu sahaja beta mahu dengarkan, kamu sambung kembali membuat tugas kamu”

“Baiklah Tuanku” Shah pamit disertai dengan membongkokkan badannya lalu pergi sambung kembali membuat tugasnya yang tergendala.

*****

Selepas habis tugasnya melatih angkatan bawahannya itu, dia terus pulang ke rumah kerana dia sangat letih. Masuknya dia ke rumah itu sangatlah gelap, hanya disinari dengan cahaya bulan.

Dia memasuki biliknya dan terus mengambil tuala hendak mandi. Selesai sahaja mandi dan makan malam, dia pergi ke ruang tamunya. Dia nak mengambil suasana malam sekejap sebelum tidur.

Apabila dia duduki sofa ruang tamu itu, dia terasa tangannya belah kanan itu kenyat-kenyat kesakitan. Mungkin kerana latihan silatnya tadi pagi kut. Dia cuba meredakan kesakitannya itu namun gagal. Dia teruskan saja mengurut tangannya hingga ada suara yang menyapanya.

“Awak buat apa tu?”

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now