“A-aku suka k-kau” Akhirnya terluah juga isi hati Shah kepada Intan selepas dia mengumpulkan kekuatan sejak beberapa hari lepas. Intan pula tergamam mendengar luahan hati Shah yang tiba-tiba itu.“A-apa maksud awak?” soal Intan untuk memastikan telinganya itu mendengar dengan baik atau tidak. Nanti buat malu saja kalau apa yang dia dengar itu hanya ilusi semata-mata dan bukanlah kenyataannya.
“Haih, kau ni lembab betullah” Ada saja perkataan menyakitkan hati keluar dari mulut Shah walaupun ketika itu dia dalam misi meluah hati. Hakikatnya dia sendiri berdebar jantungnya namun dia pandai dalam mengawal raut wajahnya.
“Aku kata aku suka kau” dengan yakin Shah menuturkan lagi ayatnya itu kepada Intan. Lalu dia kembali memandang langit malam itu manakala Intan pula tidak tahu mahu balas apa melainkan dia pun ingin mengatakan isi hatinya juga.
“Sejak bila awak…su-suka saya?” malu-malu Intan bertanya kepada Shah. Dah terbalik pula situasi mereka ni, patutnya Shah yang malu alih-alih Intan pula yang terkena malunya.
Shah mengangkat keningnya lalu terketawa melihat Intan yang malu itu lalu berkata, “Sejujurnya, aku pun tak tahu bila aku mula suka kau tapi yang pasti malam sebelum hari si Uthman tu datang, aku baru sedar yang aku dah lama suka kau cuma aku je yang lambat faham hati sendiri”
Intan tersenyum mendengar jawaban jujur dari Shah itu lalu sebelum dia ingin membalas , Shah mencelahnya lagi. “Tapi…kau tak perlulah banyak fikir tentang hal ni. Soal hati dan perasaan ni….aku tak juga memaksa kau untuk kembalikan dengan perasaan yang sama terhadapku. Aku cuma meluahkan apa yang terbuku dalam hatiku ni saja.”
“Saya faham awak, Shah. Malah saya sangat terkilan dengan luahan hati awak secara tiba-tiba tu.Awak pandai memendam perasaan awak tu dengan menghiasi sifat tegas dan kasar awak” Mereka masing-masing menghadap satu sama lain.
Intan senyum lagi seraya berkata lagi, “Tapi Shah, jujur juga dari jauh sudut hati saya, saya juga memiliki perasaan yang sama terhadap awak. Saya pun tak tahu bila saya mula suka awak tapi tulah saya rasa semasa kita bermalam selepas kejadian lemas tu lah saya mula suka awak. Mungkin bila awak ceritakan tentang keluarga awak dan arwah adik awak, saya terasa lebih rapat dan mengenali sisi Shah yang tak ramai orang kenal”
Sekarang Shah yang berada di sebelahnya pula yang terkilan lalu Shah terketawa suka. Intan terpukau dengan senyuman yang terhias di bibir Shah lalu dia juga ikut senyum kembali.
“Tak sangka pula, kau pun memiliki perasaan yang sama terhadapku. Aku fikir kau suka lah si Uthman tu memandangkan dia memiliki paras muka yang elok, baik hati dan pangkatnya sebagai anak ketua kampong tu. Alih-alih kau suka pula dekat aku yang selalu kasar dengan kau ni. Ya, betullah tu perihal sisi aku yang lain iaitu menceritakan tentang keluarga aku adalah sisi yang tidak semua orang tahu kecuali sahabat karib dan sekerjaku”
“Hm tak lah awak, Uthman tu hanya teman saja…tak lebih dari tu. Umm tapi kan awak…Aishah tu apa pada awak?” takut-takut Intan menanyakan soalan itu.
“Samalah dengan kau, dia tu aku hanya anggap sebagai adik aku je dulu. Tapi sejak dia mula suka aku, aku jauhkan diri dari dia supaya menyenangkan untuknya melupakan perasaan tu namun sampai sekarang dia masih terkejar-kejar kan aku. Tak penat ke dia mengejar sesuatu yang hanya akhirnya menyakitkan hatinya saja?”
“Sabar awak, mungkin dia sedang mencuba untuk melupakan tetapi tulah saya pun tak kenal dia sangat…”
“Dah, tak apa. Tak usah fikirkan dia. Sekarang ni, aku nak tanya kau…” tanya Shah sambil merenung wajah Intan yang tertunggu-tunggu apa yang dia nak katakan. Namun Shah tiba-tiba malu dan mengusap tengkuk belakang kepalanya.
“Hmm? Apa dia awak? Cakaplah…” Intan tersenyum melihat Shah yang sudah malu itu malah dia sudah dapat agak apa yang Shah ingin tanya kepadanya namun dia desak Shah untuk mengeluarkan ayat itu juga.
“Malu lah Intan, esok je lah eh? Jom balik” Shah ingin bergerak pergi namun dihalang oleh Intan yang sudah mengangkat keningnya tanda mengusik.
“Cakap je lah apa nak dimalukan? Tak ada orang pun dekat sini. Saya je yang dengar….cepat cakap kalau tak saya merajuk ni”
“Ishh dia ni kan! Yelah, yelah! Kau nak tak jadi kekasih ku?” memerah telinga Shah apabila dia menanyakan itu kepada Intan.
Intan tersenyum riang lalu menjawab, “Nak! Mestilah nak! Hihi” Shah berdehem bagi menutup senyumannya dari melebar ke telinga selepas melihat kecomelan Intan itu. Lalu dia menonjol lembut dahi Intan dan membuka langkahnya.
“Dah jom kita balik! Lewat malam sudah ni” Intan masih tersenyum sendiri kemudian barulah dia bergegas mengikuti langkah panjang Shah.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...