Setelah beberapa jam habis peperangan itu, kini Intan, Shah dan baginda telah segera dirawat oleh doktor istana dalam bilik masing-masing.Syukur bahawa Intan dan baginda masih hidup dan sedang diberi rawatan oleh bidan-bidan. Manakala sekarang keadaan Shah belum dipastikan oleh doktor kepada panglima 1 yang menyebabkan dia semakin takut.
Kini panglima 1 berada di dalam bilik Intan setelah melawat baginda. Dia kasihan melihat keadaan mereka namun tidak ada apa yang boleh dibuat jika itu sudah takdir mereka.
Panglima 1 mengeluh seketika sebelum dia terkejut dengan sergahan Farid yang cemas melalui pintu bilik Intan itu. “Macam mana Shah sekarang Tuan? Dia baik-baik saja kan?”
Panglima 1 menggeleng tanda tidak tahu lalu Farid tunduk lemah. Buntu fikirannya mengenai keadaan Shah. Dia sangat sayangkan sahabat seperjuangannya itu namun jika itu sudah takdir, dia harus redha.
“Huk! Huk!” Intan di atas katil besar itu terbatuk kuat hingga mengejutkan orang-orang yang berada di situ. Intan melihat sekelilingnya dulu sebelum mendarat pandangannya kepada panglima 1 dan Farid.
“Panglima huk! Huk! A-air” terus panglima mengambil segelas air di tepi katil itu dan berikan kepada Intan. Intan meneguk pantas air itu kerana tekaknya terasa kering setelah beberapa jam tidak bangun.
“Tuanku puteri baik-baik saja?” Intan mengangguk perlahan sebelum dia bangun dari baringnya. Dia berdesis kuat apabila terasa kesakitan di belakangnya akibat peperangan tadi.
“Sekarang mana ayahanda dan Shah?” Panglima 1 mengeluh sebelum dia menjawab, “Ayahanda kamu berada di bilik sebelah kanan dan Shah juga sama di sebelah kiri” Intan mengangguk saja lalu di perlahan berdiri dengan bantuan Panglima 1 dan Farid.
“Tuan puteri nak ke mana ni? Puteri mesti rehat secukupnya dulu…puteri sakit ni” haling Panglima 1 sebaik mungkin. Intan menoleh kearah Panglima 1, “Salah ke saya nak jumpa ayahanda saya?”
“Tidak lah tapi—” katanya dicelah oleh Intan. “Jadi bawa saya berjumpa dengan mereka sekarang” arah Intan. Panglima 1 mengeluh lalu dia bersama Farid membawa Intan ke bilik baginda dulu.
Setelah masuk ke dalam bilik di mana keberadaan baginda itu, Intan terus mendakap erat tubuh ayahandannya itu. Kebetulan baginda sudah bangun lalu dia pun mendakap tubuh anaknya sambil tertawa.
“Intan fikir ayahanda dah takda” kata Intan sambil menangis. Baginda mengusap pipi anaknya itu dengan rasa sayang. “Taklah, ayahanda kan kebal..mana boleh mati lagi…banyak masa ayah nak luangkan dengan puteri ayah ni”
Intan tersenyum dalam tangisan lalu dia memeluk kembali sambil sebamkan mukanya di dada ayahnya. “Shah dah bangun ke belum?” soal ayahandanya kepada Panglima 1. Intan ikut mendongak menunggu jawapan darinya.
Panglima 1 menggeleng tanda tidak tahu, “Belum ada apa-apa maklumat…beberapa jam tadi mereka sehabis mungkin menyelematkannya kerana terlalu banyak darah keluar dari badannya..dan sekarang keadaannya belum diketahui”
Baginda mengeluh, ‘Mudahan-mudahan tidak ada apa-apa yang terjadi kepada menantu ayah tu’ bisik hati baginda. Baginda sengih kelat lalu dia melihat kearah Intan, “Intan pergi lah dulu…jenguk Shah”
Intan mengangguk, “Baiklah ayahanda” Dengan itu, Intan pun berdiri perlahan dengan bantuan bidan di sana. Keluar saja dari bilik ayahandanya, dia terus berlalu kearah pintu bilik keberadaan Shah.
Kelihatan ramai angkatan di sana sedang menunggu keadaan Shah dengan resah sekali. Panglima 1 mengetuk pintu itu lalu setelah beberapa detik, barulah terbuka pintu itu. Kelihatan seorang bidan membuka pintu itu.
“Mana Shah?” soal Intan terus dengan wajah tertanya-tanya. Bidan itu teragak-agak hendak berkata apa-apa dan itu disaksikan oleh Panglima 1 lalu Panglima 1 berkata, “Puteri tanya tu jawab”
“A-ada dekat d-dalam..tapi—” terus saja dipotong kata-kata itu apabila badan bidan itu disorong ke sebelah perlahan oleh Panglima 1. Namun apabila mereka menyaksikan keadaan di depan itu, rupanya dapat meruntuhkan beberapa hati yang melihatnya.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...