Sinaran matahari terpacak di atas kepala Intan yang membuatnya bangun dari tidurnya. Dia berdiri dan merenggangkan badannya lalu ingin mencari kelibat Shah. Dia terfikir juga kalau Shah tu memasuki hutan dan tinggalkannya seorang diri. Takut dengan andaian sendiri, dia mula melangkah pergi ke hutan namun sempat ditahan oleh suara garau Shah.“Oi nak ke mana? Aku di sini lah!” ujar Shah. Intan terkejut kena sergah oleh Shah dari belakang begitu. Apabila dia menoleh ke belakang, dia disajikan pula dengan badan Shah yang tidak berbaju itu malah dengan badannya yang basah kerana air sungai ataupun peluh.
Intan tercengang sekejap sebelum dia tersedar kembali barulah dia segera menutup matanya dengan tangannya. “Apa awak ni! Cuba pakai baju tu biar sopan sikit! Kan saya ni bukan mahram awak lagi kan!”
“Pastu? Kenapa kau lihat juga? Dapat pun kau pandang hutan sana tak pun pasir ni saja kan? Hah fasal mahram bukan mahram ni, nanti aku jadikan kau isteri ku, biar sekaligus mahram dan halal, betul tak Intan?” usik Shah. Tidak tahu bahawa Intan kini memerah pipinya dan juga berbunga hatinya tiba-tiba apabila Shah mengatakan ‘isteri’ itu.
“Oi! Tak payah ambil sangat kata-kata aku tu, aku gurau je lah! Dah meh makan buah sini, sarapan kita pagi ni”Intan pula hanya merengus lalu dia pergi kearah Shah dan mengambil buah-buahan itu.
Mereka memakan buah-buahan tersebut sambil berteduh dibawah pokok yang besar di situ. Selepas mereka habis makan, mereka pun duduk tenang kembali menikmati keindahan alam ini.
“Hmm ni kau nak mandi ke tak?” soal Shah tiba-tiba. Intan terkejut dengan soalan itu dan apabila dia ingin menjawab dia dicelah oleh Shah.
“Nanti dulu, jangan cakap aku nak mandi dengan pula. Maksud aku tu, kau nak mandi ke tak? Kalau ye, aku pergi masuk hutan sana. Kau boleh lah pergi mm buka segalanya dan mandi. Aku tak ada di sini tengok kau, jangan risau” terang Shah lagi.
Intan baru faham terangan Shah itu lalu dia pun anggukkan kepalanya. Kemudian baru lah Shah pergi masuk ke dalam hutan sementara menunggu Intan habis mandi air sungai.
Intan awalnya teragak-agak ingin membuka bajunya namun akhirnya dia buka jua segala benang di tubuh badannya lalu dia berendam dalam air sungai itu. Sejuk dia rasakan air sungai itu, mungkin disebabkan berhampiran dengan air terjun itu kali.
Apabila dia sudah selesai mandi, dia segera memakai balik pakaiannya sebelum dia memanggil Shah. Namun apabila dia hendak memanggil nama Shah, ada sesuatu bergerak di belakang semak itu.
Dia sudah mulai takut dan berundur beberapa tapak sehingga dia terlanggar sesuatu. ‘Sesuatu’ itu adalah tubuh badan Shah dan apabila Intan melihat kepadanya, dia segera berlari ke belakang Shah.
“Awak! Tu! Ada sesuatu di belakang semak tu! Pergilah!” kata Intan sambil menolak Shah untuk pergi tengok ada apa di belakang semak itu. Shah pula kalut semacam sebab dia pun sama juga takut sebenenarnya. Buatnya binatang buas ke apa, susah-susah saja cuba bertahan untuk hidup semalam.
“Hishh sabarlah! Ye ye aku tengok! Kau duduk sini diam-diam! Biar aku saja tengok!”
Shah terus melangkah perlahan-lahan kearah semak itu dengan bersenjatakan kayu yang berlemparan di pasir itu. Apabila dia tiba di hadapan semak itu, semakin kuat gerakan ‘sesuatu’ itu.
Shah sudah bersedia ingin menghempas apa saja yang keluar dari semak itu. Akhirnya ‘sesuatu’ itu berhenti gerak, apabila ‘sesuatu’ itu memunculkan dirinya, Shah pula terkejut sehingga dia hampir terjatuh.
Rupa-rupanya 2 ekor tupai yang sedang bergelut akan satu buah mangga. Shah yang menyaksikan pergelutan itu, mahu saja dia hempas kedua-dua tupai itu. Berani tupai-tupai tu tipu dia.
Intan yang di belakang itu sudah tergelak melihat muka Shah yang jelas bengang itu dengan disertai pergelutan tupai-tupai di hadapannya itu pula. Shah hanya menjeling kepada Intan dan merengus.
“Puas kau kan gelak kan aku?”
“Mana ada awak, saya gelakkan tupai-tupai tulah. Nasib baik juga tupai-tupai itu yang keluar dari semak tu”
“Elehh, buatnya binatang buas macam mana? Aku yang mati dulu tahu?”
“Kalau binatang buasnya tu….awak lah. Bapak singa! Rarrr! Saya takut!” ejek Intan dan terus melarikan diri apabila Shah mula mengejarinya selepas mendengar ejekannya itu.
“MARI SINI KAU! NI HAH BAPAK SINGA PULAK NAK MAKAN KAU! MEH!”
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...