Keesokkan harinya, Intan sudah bersiap sedia dengan pakaian dan tudungnya termasuk solekan di mukanya yang bantu oleh dayang-dayang istana. Sudah beberapa minit, dia menunggu kelibat Shah mengetuk pintunya namun tiada.Tidak betah menunggu lama,akhirnya dia mahu keluar dari biliknya itu. Biar dia sendiri saja yang dipimpin oleh pengawal lain menuju ke bilik santapan diraja. Apabila dia membuka pintu biliknya, kelihatan Shah yang segak itu ingin mengetuk pintu biliknya.
Mereka tergamam dengan penampilan masing-masing. Shah berdehem, “Baguslah kau dah keluar…tak payah aku nak ketuk bagai..” Manakala Intan di hadapannya sudah melarikan pandangannya dari Shah akibat malu.
“Cantik kau harini Intan…sama seperti selalu” puji Shah. Intan semakin memerah mukanya menahan malu, “Hmm awak pun…segak juga”. Shah terketawa kecil melihat reaksi Intan.
Kemudian dia baru tersedar ada pengawal lain sedang melihat adegan mereka, dia berdehem lagi. “Baiklah, mari puteri…patik bawakan puteri Intan pergi ke bilik santapan diraja”
Intan sudah mengerutkan dahinya kearah Shah. Tiba-tiba saja menukar panggilan terhadapnya. Namun sekejap saja dia baru sedar juga ada pengawal lain yang memerhatikan adegan mereka tadi.
Lalu mereka pun membuka langkah menuju ke bilik santapan diraja itu sambil menahan malu akibat adegan mereka tadi.
*****
Selepas banyak selok belok, akhirnya mereka sampai juga di depan pintu bilik santapan diraja itu. Intan mengeluh kecil seketika penat kerana berjalan lama tadi. Manakala Shah sudah menganggukkan kepalanya kearah pengawal istana yang menjaga pintu itu untuk memberitahu ketibaan mereka.
“Ketibaan Puteri Intan Mawarti dan Panglima 2 Indera Shah”
Akhirnya terbuka pintu bilik santapan diraja, lalu mereka berdua pun masuk ke dalam bilik itu. Mereka disajikan dengan keberadaan baginda raja Mahapuri Agong, Raja Sakara dan Putera Saqeef.
Intan menunduk kearah mereka, “Assalamualaikum, maaf lambat ayahanda”. Baginda sudah tersenyum manis kearah Intan, “Duduklah Intan, Shah”.
Mereka mengangguk lalu duduk bersebalahan dan bertentangan dengan Raja Sakara dan Putera Saqeef manakala ayahandanya berada di tengah meja santapan diraja. Dengan itu, bermulalah santapan mereka pada pagi itu.
Selepas makan, mereka semua diam tidak berputik hinggalah baginda sendiri yang bersuara terlebih dahulu.
“Alhamdulillah selesai sarapan pagi kita pada harini..dan Intan, ayahanda pun sudah menguruskan acara menyambut kepulangan kamu dan juga merasmikan kamu sebagai puteri mahkota” ujar baginda.
“Perihal acara ni, akan ayahanda sampaikan titah kepada rakyat nanti dan menghantar jemputan bagi setiap rumah mereka. Shah, beta arahkan kamu dan panglima 1 untuk menguruskan keselamatan acara ini” sambung baginda lagi.
Manakala Intan hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya saja. Shah pula menundukkan kepalanya tanda hormat dengan arahan baginda.
Raja Sakara berdehem, “Tidak sangka kamu adalah puteri Mahapuri selama ini..”. Dia menujukan kearah Intan dan Intan pula senyum kekok saja kerana tidak tahu hendak kata apa.
Kemudian mereka pun berbual sesama mereka sambil memakan pencuci mulut. Habis saja, mereka semua turut bangkit dan berjalan keluar dari bilik santapan itu.
Raja Sakara dan anaknya mengikuti Raja Mahapuri Agong pergi ke bilik lain untuk melanjutkan perbualan manakala Intan dan Shah pula pergi secara berasingan ke tempat masing-masing.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...