Selesai imbas kembali, Farid tersenyum manis kearah Intan,“Ampun Tuan Puteri, patik diarahkan oleh Shah untuk menjemput puteri dan iring puteri ke majlis tersebut”Intan hairan, “Beta faham tapi kenapa bukan Shah yang jemput beta?” Farid sudah duga bahawa pasti soalan itu akan keluar dari mulut Intan.
“Shah meminta maaf bahawa dia tidak dapat menjemput Tuan Puteri disebabkan tugasannya di majlis tersebut” ujar Farid.
“Ohh baiklah, mari kita ke sana” seraya itu, Intan terus melangkah pergi meninggalkan Farid yang terkulat-kulat di belakang. Laju saja Farid mengejar langkah Intan itu.
*****
Sementara itu, di dewan besar diraja sudah dipenuhi dengan rakyat-rakyat jelata yang berpakaian kemas. Mereka sudah ternanti-nantikan siapakah puteri mahkota sebenar kepada negeri mereka itu.
Manakala baginda Raja Mahapuri Agong bersama Raja Sakara dan Putera Saqeef sudah tertunggu-tunggu akan ketibaan Intan di situ. Pengawal peribadi milik baginda iaitu panglima 1 mula menapak kearah baginda.
“Sudah tiba masanya Tuanku untuk masuk ke dalam dewan besar, Tuanku” bisik panglima 1. Baginda menoleh kearahnya lalu memandang semula kearah pintu luar dewan besar itu dengan wajah risaunya.
“Sebentar, beta masih menunggu anak beta untuk tiba dahulu” ujar baginda. Selepas saja baginda berkata begitu, kedengaran tapak kaki di hadapan mereka. Kelihatan wajah cantik Intan dengan berpakaian yang anggun itu bersama Farid.
“Assalamualaikum ayahanda…maaf lambat” ujar Intan seraya tersenyum kearah mereka. Mereka semua menganggukkan kepala sambil tersenyum kearah Intan. Baginda menapak kearah puterinya.
“Cantik sungguh Intan malam ni…sesuai sangat gaun ini dengan Intan” puji baginda sambil menggosok kepala Intan. Intan tersengih malu lalu memandang Putera Saqeef yang sudah tersenyum itu.
“Betul kata ayah kamu Intan, nampak ayu dan anggun kamu malam ini…betul kan Saqeef?” puji Raja Sakara sambil menanyakan anaknya. Putera Saqeef menganggukkan kepalanya.
“Hihi, awak pun apa kurangnya Putera Saqeef….segak sangat malam ni” puji Intan semula. Putera Saqeef sudah sengih malu mendengarkan pujian Intan. Raja Sakara sudah mengangkat keningnya.
“Aik, anak beta saja yang segak? Beta?” usik Raja Sakara. Intan tercengang sekejap lalu mereka semua terketawa melihat reaksi comel Intan. “Eh Tuanku pun segak malam ni, kalah Putera Saqeef”
Mereka ketawa lagi mendengar jawaban Intan itu. Manakala Farid yang di belakang sebenarnya berpura-pura ketawa kerana dia terbayang reaksi Shah jika dia tahu bahawa buah hatinya memuji lelaki lain lebih-lebih lagi lelaki itu ialah Putera Saqeef.
‘Aduh mati ni mati aku! Kalau Shah nampak atau dengar ni , mahu mampus aku kena olehnya’
“Mari kita masuk ke dalam sekarang…kasihan mereka semua menunggu kita semua” ujar baginda tiba-tiba menyentakkan fikiran kusut Farid ketika itu. Farid hanya mampu mengeluh.
“Hah Farid kamu pergi sambung tugasan kamu ye, terima kasih Farid” Farid menundukkan badannya kearah mereka. Lalu mereka semua bersedia sudah untuk memasuki dewan besar diraja itu tanpa mengetahui ada seseorang yang tengah panas sekarang.
‘Wah, bagus ye Intan…berani kau puji lelaki lain belakang aku’
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...