1935“Aziza! Cepat ke sini!”
Aziza yang sedang membawa bayi kecil berusia 8 bulan itu berlari dengan pantas memasuki terowong gelap bersama suaminya, Nuqman.
Sampai sahaja mereka depan seseorang itu, mereka mengeluh dengan kuat sesekali melihat ke belakang takut ada yang mengekori mereka.
Selepas memastikan tiada orang, mereka kembali menghadap seseorang yang di hadapan mereka.
“Aziza, beta mahu lepas ni kamu pergi selamat kan diri kamu dua bersama puteri, faham? Nanti kamu pergi ke dalam hutan dan terus saja berlari sehingga kamu ternampak sempadan negeri sebelah. Jangan patah balik walau apapun yang terjadi, faham Aziza, Nuqman?” arahan dari Raja Mahapuri Agong.
Ya, ‘seseorang’ itu adalah Raja Mahapuri Agong, raja kepada negeri Manwura dan ‘puteri’ yang disebutkan itu adalah anak nya yang bernama Puteri Intan Mawarti.
“Baik Tuanku!” mendengarkan arahan yang keluar dari mulut raja mereka membuatkan mereka hanya turuti saja.
Raja Mahapuri hanya tersenyum kelat kepada mereka berdua yang sebelum ini pernah berkhidmat dibawah nya.
Aziza ialah ketua dayang di istana paspuri dan Nuqman ialah tukang kebun kawasan istana saja. Mereka bercinta sejak pertama kali berjumpa dan selepas seminggu mereka berkahwin dan sekarang mereka dikurniakan zuriat yang baru berusia 2 bulan dalam perut Aziza.
Namun jika bukan memikirkan keadaan mereka sekarang ini, sudah pasti mereka berada di Istana Paspuri dan juga hakikatnya keadaan sekarang ini sukar untuk di kawal kerana adanya sekumpulan pemberontak dari negeri entah dari mana sedang menyerang negeri mereka saat ini.
Dengan rasa resah dan gelisah, Raja Mahapuri terpaksa meminta pertolongan dari bekas pekerja nya untuk menolong menjaga puteri nya di negeri sebelah.
“Nuqman, jaga mereka berdua dengan sebaik-baiknya. Semoga kamu dilindungi oleh Allah Taala untuk perjalanan kamu dan kirim salam dekat Mak Aswanita (bekas dayang di istana juga)” pesan baginda.
Mereka berdua senyum hambar kerana ini bagai kali terakhir mereka berjumpa dengan Raja mereka.“Terima Kasih Tuanku, kerana menjaga kami berdua selama keberadaan kami menjadi pekerja bawahan Tuanku. Kami kan menjunjung perintah Tuanku dalam menjaga puteri ini bagai anak kami sendiri. Sampai masanya, kami akan memberitahu nya perkara yang sebenar”
“Baiklah, terima kasih juga beta katakan untuk kamu yang sentiasa setia berkhidmat untuk beta selama tempoh kamu di sini. Inshaallah, kita akan dipertemukan lagi jika ajal mau belum menyembut kita.”
Namun apabila mereka sedang berjejak kasih buat kali terakhir, tiba-tiba ada bunyi benda yang meletop yang sangat kuat.Ini membuatkan Raja semakin cemas dan bergegas menolak mereka menghampiri hutan.
“Baiklah cepat! Pergi sekarang! Beta takut kejadian ni semakin berbahaya untuk kamu” cemas Raja Mahapuri tu.
“Baiklah Tuanku, Assalamualaikum….”dengan sedih mereka lekas pergi ke hutan rimba itu dan bermulalah perjalanan yang jauh untuk ke negeri seberang.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...