Bab 11 ✨

64 34 0
                                    


Pada pagi itu, Intan menyediakan sarapan pagi seorang diri dek kerana mak Lela rasa kurang sedap badannya.Shah pula tidak kelihatan sosoknya lepas dari malam tadi.

“Intan, kamu dah nak siap dah ke?”tanya mak Lela sambil menuruni tangga ke dapur itu. Intan mengangguk lalu dia segera meletakkan sarapan pagi di atas meja makan.

Kemudian, mereka pun memakan sarapan mereka dengan tenang dan sunyi. Intan yang ingin bertanya keberadaan Shah it terus mematikan kesunyian itu.

“Mak, tuan muda mana? Dia belum bangun lagi?”

“Tak, selepas kita solat subuh tu, dia memang tidak tidur kembali kerana dia tu ada latihan silatnya awal pagi ni” ujar mak Lela.

Intan mengangguk saja dan mereka pun sambung makan. Setelah bersarapan, Intan nak pergi ke halaman belakang kerana nak menyidai pakaian-pakaiannya itu.

Selesai dia menyidai, dia ternampak ayam-ayam mak Lela yang berada dalam reban itu agak bising. Mungkin hendak mahu keluar agaknya. Lalu Intan pun membukakan pintu reban ayam itu maka keluarlah semua ayam-ayam itu.

Dia mencapai makanan ayam itu iaitu bertih jagung dan meneburnya kepada ayam itu. “Sedap betul ke ayam oii! Nah makan lagi!” kata Intan sambil menyeluk lagi bertih jagung itu.

Apabila dia ingin meneburkan lagi kearah ayam-ayam itu, tiba-tiba ada orang sergahnya dari belakang. Memang terkejutlah si Intan itu sampaikan dia tertoleh kepada empunya suara sekali pula dengan menebur bertih jagung itu tepat ke muka orang itu.

Orang itu adalah Shah yang baru sahaja balik dari latihan silatnya. Dia tidak sangka sekali apabila dia balik terus mukanya diteburkan dengan bertih jagung kepunyaan ayam-ayam maknya.

Manakala Intan pula berdebar-debar apabila melihat orang itu adalah Shah dan mukanya pun sudah cukup buatkan Intan takut sendiri.

“Balas dendam nampak? Aih kau ni, kut ye pun nak balas balik, cuba jadi adil lah. Ni tak, dengan makanan ayam kau sembur aku” kata Shah dengan nada yang bersahaja. Malas dia nak marahkan budak tu, lebih baik dia mengusik saja.

“Tuan muda lah! Cuba bagi salam awal-awal! Tak lah saya terkejut sekali sembur dengan bertih jagung ni” ujar Intan sambil menjeling Shah. Shah pula hanya pasrah saja lah asyik dia saja yang salah, lelaki kan ?

Intan pula selepas itu meletakkan kembali makanan ayam itu di atas reban ayam itu. Lalu apabila dia menoleh kembali, dia melihat Shah yang sedang menepis sisa bertih jagung di baju hitamnya itu.

Dia memerhatikan tubuh badan tegap yang berpeluh itu, mungkin asbab dari latihan silat lelaki itu. Namun apabila dia nak kembali menatap mata Shah, Shah pun sudah memandangnya hairan.

“Kau dah kenapa melihat tubuh badan aku ni? Kau jangan nak buat perkara tak senonoh dekat aku…aku ni tau halal haram tahu tak?” tuduh Shah begitu saja.

Intan pula yang tercengang, “Eh apa fasal pula saya nak buat perkara tak senonoh kepada tuan muda? Tak ada masa lah saya nak buat tu”

“Dah kau duk merenung badan aku, memanglah aku fikir yang bukan-bukan.” Ujar Shah lagi.

“Alah tuan muda, saya melihat pun sebab banyak sangat peluh tuan muda ni. Bukan sebab saya teringin pun badan tuan, ada lagi yang lebih mantap dari tuan” tipu Intan. Dia sebelum ni kalau boleh, dia tak mahu lah nak dekat dengan mana-mana lelaki dek kerana sifat malunya namun saja lah dia nak usik tuan mudanya ini.

Shah menjelingnya, “Eleh kau mana tahu badan aku bagaimana, dari luaran je kau nampak. Kalau kau nak tahu, aku punya badan yang tinggi dan tegap inilah yang jadi pujaan perempuan-perempuan di luar sana”

“Aik angkat bakul sendiri nampak, tuan muda?” Intan percaya dengan apa yang dikatakan Shah itu namun saja lah lagi dia mengenakan tuannya itu.

“Kenyataan kan? Kenapa? Kau nak tengok ke? Meh Meh” sambil Shah ingin membuka bajunya depan Intan. Dia sebenarnya tidaklah membuat perkara tu, mahu mati dia kena bebel oleh maknya nanti.

Intan pula kalut apabila tuan mudanya ingin membuka bajunya itu lalu terus dia berlari lintang-pukang masuk ke dalam rumah. Niatnya ingin mengenakan tuan mudanya itu alih-alih dia pula yang terkena sendiri. Seram amat!

Shah pula hanya tersenyum sendiri lagi melihat gelagat Intan tu. ‘Tahu pun malu. Comel’. Lalu dia pun memasuki bilik air itu untuk mandi biar bagi bersih badannya dari peluh dan sisa bertih jagung tadi.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Hikayat Cinta Paspuri [C]Where stories live. Discover now