Tiba keesokkan harinya, dikira hari yang terakhir untuk bersiap sedia sebelum hari peperangan berlaku namun ianya bertukar menjadi hari yang cukup bala bagi negeri Manwura.Semua berlaku dengan pantas sekali sehingga mereka angkatan-angkatan dan rakyat sekalian belum cukup bersedia dengan peralatan di tubuh mereka. Kini, beberapa buah rumah kayu sudah terbakar dek kerana serangan pemberontak-pemberontak itu.
Serangan pemberontak-pemberontak itu mengandungi amaran supaya baginda dan puteri Intan segera berjumpa dengan mereka di tapak hutan yang sangat luas dek kerana beberapa angkatan baginda yang ketika itu sedang membuat patrol di sempadan menghalang mereka dari masuk ke negeri itu.
Sekarang, semua yang ikut berperang termasuk angkatan-angkatan dan baginda sedang berhadapan dengan pemberontak-pemberontak itu. Manakala, kebanyakan wanita termasuk pelatih memanah wanita diarahkan untuk tunggu di istana.
Kini, Intan yang tertidur lama setelah mengerjakan ibadat subuh tadi baru ada niat untuk bangun. Dia menggeliat seketika sebelum dia terdengar bunyi esakan di luar pintunya.
Intan segera berdiri dan memakai tudung nya lalu membuka pintu biliknya. Di sana kelihatan banyak wanita, gadis dan budak-budak kecil di dalam istana yang sedang menangis dan dalam keadaan takut.
Malah juga di depannya ada sekumpulan pelatih memanah wanita yang sebelum ini dengannya berlatih memanah. Intan mengerutkan dahi, “Apa yang dah terjadi ni? Kenapa mereka semua menangis dan takut?”
Aminah salah seorang dari kumpulan memanah itu menapak perlahan kearah Intan. “Ampunkan patik, Tuanku….keadaan sekarang amat menakutkan bagi mereka…” Intan masih bingung namun bagaikan ada batu besar menghempas dirinya.
“Maksud awak..? P-peperangan itu sedang berlaku ke sekarang ni?” soal Intan terkejut. Aminah dan yang lain mengangguk sekilas lalu menunduk. Intan menggelengkan kepalanya, “Kenapa tak bangunkan saya?! Jadi..m-macam mana s-sekarang? Di mana mereka?! Kenapa kamu semua tidak pergi?!”
Intan sudah hilang kawalan dengan perasaan marah, takut, gentar dan semua menjadi satu emosi. Aminah berkata lagi, “Selain mereka, kami juga diarahkan supaya tunggu di sini bersama-sama dengan mereka semua…kami tidak dibenarkan untuk pergi berperang atas arahan baginda”
“Tak! Mana boleh macam tu! Kita sudah menghabiskan tenaga kita untuk berlatih memanah ni tapi akhirnya disuruh tunggu je dalam istana? Ish tak boleh jadi ni! Ni sekarang mereka dekat mana?”
“Kami tidak tahu tempatnya dimana tapi yang patik dengar tadi adalah di hutan yang luas berhampiran dengan sempadan” Intan mengangguk sambil memikirkan di mana jalan untuk ke tempat itu.
Tiba-tiba dia terdetik untuk pergi kearah padang markas angkatan itu dek kerana semenjak dua kali dia pernah ke situ, dia sering terlihat pemandangan hutan yang luas jauh di hadapan padang itu.Apabila dia sampai di sana, betul tekaannya itu. Pemandangan jauh di hadapan padang markas itu, kelihatan dua kumpulan besar yang sedang berhadapan. Dia tahu itu adalah angkatan-angkatan ayahandanya dan juga pemberontak-pemberontak itu.
“Tekaan aku betul…dah mari kita pergi sana sekarang!” arah Intan lalu berpaling ingin meninggalkan tempat itu untuk mengambil segala peralatan memanahnya.
“Tapi…kita diarahkan untuk tunggu Tuanku lagipun pemberontak-pemberontak itu sungguh menyeramkanlah” celah Najidah iaitu salah seorang daripada mereka. Manakala pemanah yang lain turut menganggukkan kepala.
“Tapi Jidah…macam mana kalau mereka meminta pertolongan kita nanti? Padahal kita sudah terlatih untuk menghadap situasi ini tapi kita tak bersedia untuk menolong mereka? Maka tidak ada faedah langsung kita berlatih memanah sebelum ini kan?…Apa-apa pun arahan tetap arahan malah arahan dari Tuan Puteri di depan kita juga adalah suatu arahan untuk kita..jadi kita kena turut juga…Demi negeri kita” ujar Hafiyah salah seorang daripada mereka juga.
Intan tersenyum puas dengan tindakan Hafiyah yang memujuk sahabatnya itu. Najidah tersenyum sekilas lalu menganggukkan kepalanya.
“Baiklah, mari kita bergerak sekarang!”
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Hikayat Cinta Paspuri [C]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...